click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Kembara Guanzhau615. Show all posts
Showing posts with label Kembara Guanzhau615. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

Jom Guanzhao- Shenzen...

Catatan perjalanan hari 1 dan 2  boleh di baca di SINI






Hari ke 3 kami ke Shenzen...Seawal pagi  telah menuju ke stesen keretapi laju..Perjalanan menaiki teksi mengambil masa selama lebihkurang 45 minit melalui lebuhraya bertol. Membayangkan perjalanan ke Shenzen mengambil masa yang panjang kami membeli tiket  kelas pertama berharga dalam RM100 seorang sehala..Tiket kelas kedua berharga dalam RM55 seorang sehala...Ingin membeli tiket terpaksa meminta bantuan pegawai kaunter informasi menuliskan destinasi juga kelas tiket dalam bahasa cina. Sepatah haram tulisan rumi  tidak boleh difahami oleh penjaga kaunter jualan tiket ..Pengajarannya.. Bukan prasyarat untuk menjadi  negara maju mesti  mengetahui bahasa asing terutama inggeris...Memahami adalah kelebihan.. itu saja...Kita sibuk menekankan seolah semua warga mesti fasih berbahasa inggeris...Kalau tak menguasai seolah akan kekal mundur...





Kelas pertama penumpang dibantu oleh pramugari ..sausana seperti dalam kapalterbang..hehe walaupun ini kali kedua menaiki keretapi laju di China tapi masih tetap teruja..Kali pertama menaiki keretapi sewaktu di Beijing...Sepanjang perjalanan ini ,tak silap  ada dua kali berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang di stesen terpilih, Hentian ke tiga kami telah tiba dihentian Shenzen...Hah dah sampai..Tak sampai pun setengah jam perjalanan..Rasa tak berbaloi membeli tiket kelas pertama..Catatan terlaju yang terpampang di skrin adalah 305km sejam..




Menurut carian diinternet  Shenzen merupakan bandar yang baru dibangunkan..Dahulunya kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang tidak memiliki tempat  menarik untuk ditonjolkan...Tiada objek tinggalan bersejarah dsb sebagaimana tempat tempat lain..Walaupun dilihat sebagai satu kekurangan tapi itu tidak menghalang Shenzen  kini menjadi tumpuan warga luar kerana terdapat dua tarikan utama disini. Window of the World dan Magnificent China..Window of the World menghimpunkan replika-replika ternama seluruh dunia manakala Magnificent China menghimpunkan replika ternama seluruh China..Di tanah air kita juga memiliki sebahagian replika replika ternama dunia ynag terdapat di Taman Tamadun Islam Trengganu..











Disebabkan kawasan pameran yang tersangat luas kami hanya berkesempatan melawat Window of the World...Tiket memasuki taman boleh tahan mahal. RM250 seorang. Tidak dapat meneliti replika secara teliti...Bersegera berpindah dari satu replika ke satu replika yang lain  untuk menghabiskan keseluruhan kawasan pameran. Sesudah lawatan pulang semula ke Ghuanzou. Jika mempunyai masa memang saja bermalam di sini..Boleh terus ke Hongkong yang berbaki 45minit perjalanan menaiki keretapi laju..Apa nak buat tiada persediaan awal...Ke Guanzhou kami membeli tiket keretapi kelas ke2..

Terlalu banyak...Sebahagian lagi replika yang terdapat ditaman ini..







Keesokan hari kami  menghabiskan masa di Guanzhou.. Membeli belah  ole ole dipusat beli belah berhampiran dengan hotel penginapan.. Sebelah malam  kembali ketanah air...

Setelah pengiraan, perbelanjaan keseluruhan untuk 4 orang didapati  tidak melebihi RM7000 termasuk membeli ole ole..Sangat berbaloi...Kebetulan terserempak dengan rombongan yang baru menamatkan lawatan ke Guanzhou sahaja,  sewaktu di lapanganterbang dimaklumkan lawatan 3H 5M mereka  dikenakan bayaran RM 2500 seorang. Pastinya tidak termasuk kos membeli belah ole ole.. Hehe ini yang semakin seronok nak meronda lagi secara persendirian....Semoga berjumpa lagi dilain kembara..Tunggu..!

Thursday, April 30, 2015

Jom Guanzhao ...


Sebut Guanzhao segera terbayang pusat borong barangan China. Mahu melihat sendiri apa istimewanya Guanzhao ini sehingga menjadi sebutan dikalangan pemborong- pemborong. 16hb April 2015 tertunai hasrat berkunjung ke sana..  Kunjungan  kali ini tidak menggunakan khidmat ejen pelancongan.. Segala urusan tiket, visa, penginapan dll diuruskan sendiri. Tidak susah sebenarnya. Bayaran visa 80 seorang yang dibuat di pejabat kedutaan China di Jalan Ampang, berdekatan dengan Megan Avenue. Tiket penerbangan dibeli semasa promosi RM 500 seorang dua hala. Sangat berbaloi untuk penerbangan selama lebih 6 jam. Bayaran hotel yang ditempah secara atas talian juga sangat berpatutan RM100 sebilik dilengkapi dua katil.



Tiba di Lapangan terbang jam 1 pagi. Urusan imegresen mudah. Cabaran berikutnya ingin ke hotel menaiki kenderaan awam. Didekati ramai ulat- ulat teksi sapu. Walaupun pihak polis ramai, puak puak ini selamba memancing pengunjung untuk menggunakan khidmat mereka.. Kekadang kita naik rimas dengan gelagat mereka yang tanpa henti mengekori walaupun sudah menyatakan enggan menggunakan khidmat mereka. Atas nasihat rakan yang pernah berkunjung, guna saja khidmat teksi berdaftar yang banyak terdapat di sana. Perjalanan selama sejam untuk ke hotel dikenakan bayaran 200 Yuan., Separuh dari harga yang ditawarkan oleh ulat ulat teksi sapu. Untuk mengatasi masalah komunikasi pengunjung perlu bersiap sedia dengan alamat hotel bertulisan cina. Tulisan biar besar untuk mudah dibaca. Ada pemandu yang enggan membawa pengunjung kerana malas meneliti tulisan yang kecil.

Hampir jam 3 pagi tiba di hotel. Walaupun sudah awal pagi kelihatan  banyak  gerai-gerai tepi jalan masih beroperasi.  Benarlah kata rakan.. kebanyakan bandar di China walaupun berprasarana dan memiliki bangunan-bangunan moden tapi aspek kebersihan sangat teruk. Pekerja pembersihan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan peniaga dan pengunjung..Kemajuan fizikal tidak seiring dengan pembangunan rohani.





Keesokan pagi terus merayap sekitar pusat bandar. Sangat suka dengan bandar disini..hampir segenap ruang ditanam dengan pokok pokok .  Diperhatikan juga  deretan demi deretan  kedai menjual barangan sama berdasarkan zon barangan. Kebetulan kawasan penginapan kami adalah zon cenderahati dan kasut. Harga yang ditawarkan tidaklah murah seperti disangka . . Dimaklumkan kawasan penginapan kami bukanlah kawasan pemborong yang sebenar. Ia telah dikomersilkan kerana kawasan tumpuan pengunjung luar.







Bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki teksi. Masalah komunikasi menghalang untuk menggunakan khidmat bas atau metro bawah tanah. Pertama kali mencuba bas awam kami terlajak destinasi..Terpaksa berhempas pulas menerangkan ke pemandu teksi untuk ke tempat yang ditujui..Untuk meneroka lanjut agak takut- takut disebabkan masalah komunikasi ini...Kunjungan berikut rasanya sudah boleh meneroka lebih jauh., sudah boleh menjangka apa yang ingin dilihat atau dicari.










Hari pertama dan kedua kami menghabiskan masa dengan melawat kedai-kedai, Taman Botani..Menaiki kereta kabel..juga menyusur sungai di malam hari.

Hari ke 3 kami  ke Shanzen menaiki keretapi laju…Kalau kami tahu sedari awal Hongkong juga mudah dikunjungi sudah tentu kami juga akan ke sana…Selain kesuntukan masa kami juga perlu mendapatkan visa lain sewaktu memasuki semula tanah besar… Takpa lainkali lah…


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK