click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 17, 2024

Betik Thailand ..


Melawat kebun rakan kita meminta benih cili kampung, dalam masa sama ditawarkan benih betik. Bab menyemai memang agak fobia, sebab jarang yang menjadi.. Rakan nak beri benih yang sudah bercambah...Ini sudah cukup bagus.. Dia main cabut begitu saja...katanya keesokan hari baru tanam dalam polibeg pun tak mengapa..


Pagi ni dah dipindahkan ke polibeg, 9 pokok kesemuanya...sebahagian besar akan di tanam di kebun bukit yang lain di kebun tumpang.

Sementara menunggu tanaman utama berhasil ada lah yang dibawak balik setiap kali ke kebun..Tak terasa membuang masa sangat pergi kebun sekadar untuk membersih kawasan untuk tempoh yang lama...Antara jajaran pokok utama boleh diselingkan dengan pokok jangkamasa pendek seperti betik dan pisang. Buat sementara ini selagi pagar tak setel   tak boleh menamam pokok selingan dengan banyak. Pagar dibuat sesudah  pokok besar   mati dan tumbang dengan menakik kulit...Kita nak tebang tak berani...Berpagar tapi pokok besar keliling sempadan dibiarkan, monyet boleh melompat dengan mudah.


Ada rezeki  berbuah nanti dan boleh menikmati hasil. Harapnya sementara ini tidak diserang penyakit dan haiwan liar...


Jom jom berkebun...

Thursday, May 16, 2024

Tuai Pisang Tanduk...


Nak dibanding dengan pisang yang berjaga memang out. Pokok pisang ini dijaga lebih kurang sebab itu hasil tak secantik yang dibelai dengan penuh kasih sayang. Walaupun demikian tetap mengeluarkan hasil. Setandan 10 biji sebesar lengan budak awal remaja, jadi takda sebab kita tak mau memanfaatkan ruangan kosong persekitaran rumah..

Akhir- akhir ini saja  berazam untuk diberi baja sebulan sekali...Sayang setelah berpenat menanam pokok dibiarkan begitu saja..Melihat daun kembali menghijau seolah dapat suntikan semangat. 

Perkongsian di media sosial setandan pisang tanduk boleh mencecah 30 kilo, sebiji sebesar lengan orang dewasa. Tapi melihat kepada usaha yang dibuat selayaknya buah mereka besar..pokok berbaja, daun bersembur racun kulat, serangga dan foliar. Sistem pengairan sempurna.


Kita taklah dapat tiru seratus peratus dapat sebahagian pun cukup lah..


Jom jom berbudi dengan tanah..



Monday, May 13, 2024

Teroka ..Tanam.. Tinggal..Tuai 4T..

Bermula dengan 2 lot tanah terbiar, sekarang dah hampir 3 lot kita teroka. Kalau satu lot berkeluasan 6000kps sudah hampir  suku ekar kita teroka. Tanam dengan pokok pisang dan tanaman lain yang mudah dijaga. Walaupun tak semuanya subur..kira bolehlah.. 4T..Teroka Tanam  Tinggal dan Tuai.. 

Anak pokok pisang jika dibiarkan, mengganggu tumbesaran induk, nak dicantas sayang, maka kita buka rumpun baru, itu yang melarat ke lot baru.. Lot kosong depan rumah tuan tanah tak dapat dikesan, mana yang tak diusahakan terbiar semak dan dapat notis saman PBT, tanah yang diusahakan selamatlah...Harap tuan tanah menghalalkan hasil yang diperolehi..

Bila bertanam persekitaran kenalah dibersihkan .. tak susah, tak habis pun satu tangki minyak mesin rumput, potong sekali lalu supaya rumput tidak terlalu tinggi...nampaklah terbela. 

Mana yang air bertakong digali parit tanah...Tak mampu disiapkan sekali, ulang berkali kali..Buat ketika semangat datang..Masa lemau ok saja terbiar..Takda penetapan masa..



Pokok pisang ni dulu nyaris mati sebab sekeliling berair..sekarang serumpun dah dituai hasil dan sepokok lagi sedang menunggu matang...harini memindahkan lagi 2 anak pokok...

Jiran sebelah kanan dulu kita minta izin untuk tanam pisang, ermm... dia keberatan..sekarang menawarkan semula untuk kita usahakan bila tak sanggup asyik membersih dan meracun... Argh tak maulah..


Bila tanah tanpa tanaman memang terasa berat membersih berbanding tanah bertanam sebab otak kita teruja membersih sambil melihat pokok- pokok yang membesar..Lagipun ruangan yang perlu dibersihkan semakin kecil hanya antara tanaman. Rumput pun tidak begitu cepat meninggi.




Bila benih yang disemai tumbuh, semangat yang malap kembali segar..lupa segala kepenatan...6 pokok avocado dari 17 benih yang disemai berperingkat kini telah tumbuh...Di kebun bukit sudah ada 7 pokok. Misi menanam 30 pokok avocado  makin hampir menjadi kenyataan...

Siput jangan berani kacau pucuk...Siap kau..




Saturday, May 11, 2024

Pencuri Ketupat Tumpas....

Tewas. Selincah-lincah tikus mondok akhirnya terlekat jua..

Ini betul betul misteri..ketupat yang disediakan untuk menyambut tetamu, setalam lesap keesokan pagi berbaki satu saja. Banyak...lebih 20 biji juga. Hairan bagaimana tikus ini boleh mengusung satu persatu. Terbayang tikus mengusung seperti dalam filem animasi Tom & Jerry..Ketupat yang dilarikan secara tak sengaja ditemui di bilik pakaian pada petang hari. 


 
Dulu masa membela ayam tak heran memerangkap tikus yang banyak lagi gemuk..Malam hari mereka menyelinap di dalam tong makanan.

Pasang pelekat getah kekadang sehingga berbelas terperangkap. 

Awalnya tak tau nak buat macamana dengan hasil tangkapan..,jika dibiar begitu memang panjang umur. Tips mudah jemur dibawah terik matahari..ermm sekejap saja berpisah roh dari badan...



 

Friday, May 10, 2024

Ciku Mega...



Alhamdulillah, pokok ciku mega berjaya dibiakkan. Walaupun tot kali ini agak lama, kerana tidak menyapu penggalak akar pada pangkal yang di tot, akhirnya batang  mengeluarkan akar juga..cuma 2  dari 5 batang tidak mengeluarkan akar sempurna, baru mula berakar berbanding 3 lagi akar telah banyak...beranggapan akar tergumpal didalam tanah, kita potong kesemua batang, masa dipindahkan ke polibeg baru perasan akar  tersangat baru..harapnya hiduplah..

Tak hidup pun ok, ada banyak dahan lagi yag boleh di tot..penggalak akar pun dah beli.

Pokok indok di tepi rumah telah berbuah, ditanam sejak pkp lagi, dibeli secara atas talian, harga tak silap dlm rm35 sepokok tak termasuk pos. Daripada rimbunan pokok dicantas begitu saha lebih baik di tot untuk dipindahkan ke kebun bukit..Banyak penjimatan.

Di kebun bukit, sepetak kawasan boleh memuatkan 15-20  pokok ciku..Sepokok yang telah ditanam, sekarang sudah berputik...

Kita tanam saja dulu..Apa nak dibuat dengan buah-buah nanti kita fikirkan kemudian..



Monday, May 6, 2024

Cameron Highland Mei24

Bila kaki mulai pulih, mula lah gatal  merayap..lebih seminggu bergolek jalan bertongkat kerana gout diikuti dengan sakit sendi tendonitis.  Makan berpantang menunjukkan hasil positif. Tak pasti tujuan asal, sesudah memasuki tol plaza baru ambil keputusan ke  CH. Beg pakaian memang sentiasa tersedia di kenderaan.

Datang hari biasa Khamis, CH tak sesak..Jumaat terdapat pertambahan pengunjung dari negeri cuti Jumaat , tapi tidak sesesak Sabtu Ahad..Sewa bilik hotel masih mesra poket  dalam lingkungan Rm100+- . 

 

Skyfarm Agro Highlands.



Kesempatan ke CH membeli stok makanan dan buahan mesra gout. Strawberi bagus, keledek, jagong, timun pun mesra gout.

Tak banyak pilihan untuk orang berpantang. Hanya memilih makanan semula jadi, tiada makanan proses maupun Gorengan dan tanpa Gula







CH destinasi berbaloi untuk dikunjungi, suasana dingin dan nyaman. Kalau aspek kekemasan dan kebersihan ditingkatkan lagi nescaya CH menjadi permata destinasi pelancongan tempatan.

Permerhatian mendapati  masjid masjid di CH sudah sampai masa dinaik taraf..luaran kelihatan uzur, baik  Masjid Brinchang, Tanah Rata maupun Ringlet...

Datang melalui hiway PLUS exit Tapah balik melalui Sg Koyan -Raub- Bukit Fraser-Rawang...

Next kita meronda jauh lagi...


Sunday, May 5, 2024

Sulam Pokok Durian DH...


Sekarang hari kebun tidak lagi terkhusus pada hari Rabu, hari lain pun boleh asalkan berkelapangan. Dulu memilih hari Rabu untuk memudahkan tuan tanah yang kita tumpang laluan supaya senang mengingati hari kebun, tambahan lagi hari rabu selalunya pelanggan kedai gunting tidak begitu ramai untuk pembantu ikut serta ke kebun.

Kini  pembantu bukan lagi budak gunting dan palang laluan pula sudah tidak lagi dikunci, boleh saja ke kebun menurut kelapangan. Pembantu baru merupakan pekerja kontrak binaan lebih berkelapangan pada hari Ahad.

Kita suka ke kebun pada hari Ahad sebab jalan tak jem...pembantu baru pula sudah terbiasa berkerja seawal 8 pagi, jadi urusan ke kebun lebih mudah..Dulu dengan pembantu lama, setiap kali pergi terpaksa mengejut dan memujuk..,  masa terbuang paling kurang sejam, sedangkan untuk tempoh ini jika terus ke kebun banyak aktiviti kebun boleh dimanfaatkan...

Jika kebun berjiran diusahakan dan lapang, nescaya penulis ke kebun berseorangan, tak perlu berteman..Mudah, pantas dan jimat..



 Hari ini menyulam 10 pokok durian yang mati dan menambah tanaman pokok nangka 5 pokok. Petak khusus nangka masih terdapat ruangan yang boleh dimanfaatkan lagi.

Tin kosong digunakan untuk mengepong pokok dari disodok babi, kawan yang menanam sawit memberi tips ini. 

Kepongan tayar, babi masih mampu menyondol ruangan dalam tayar dan mencabut tanaman yang baru ditanam.. terutama dikawasan favorit..mungkin disitu banyak cacing.

Kita pindahkan sedikit dari kawasan favorit dan tukar kaedah kepongan dengan harapan  babi akan kurang  tertarik untuk ke situ.

Beginilah dugaan berkebun di kebun terpencil..



Thursday, May 2, 2024

Golok Kebun...

Penyakit membeli barangan secara online adalah benar. Kini membeli barangan tersangat mudah dan bahaya, tanpa sedar ada saja yang dibeli. Barangan yang dijual adakalanya sangat murah. 



Macam tak percaya golok berukuran 15in panjang ini berharga promosi Rm13 termasuk postage. Harga asal adalah rm50. Menurut penjual, golok diperbuat dari bilah spring lori.. Golok disertakan sarung dari plastik hdpe, serta boleh sangkut ditalipingang. 

Golok memang tersangat tajam..Zasss 

Wednesday, May 1, 2024

Duri Hitam...

Cabaran berkebun bukan sedikit. Tak semua perancangan menjadi sebagaimana yang kita inginkan. Tanam sepuluh hidup sepuluh itu hebat...Tanam sepuluh berbaki sedikit  itu cabaran sebenar berkebun. Sebab itu semangat jangan dihabiskan di awal- awal  berkebun untuk menghadapi kemungkinan ini..

Berkebun komersil berbeza dengan berkebun santai. Berkebun komersil modal awalan kena keras..prasarana asas mesti diberi perhatian serius...sistem pengairan, kawalan serangga, kawalan haiwan liar, pembajaan mesti mantap..Hasil pun mantap

Berkebun santai prasarana boleh berlebih kurang, tapi pencapaian kebun jangan disamakan dengan kebun komersil.

Kebun penulis termasuk dalam kategori 2.. 

Mengakui kekurangan itu, terpaksa menerima hakikat perlu mengulang berkali-kali  proses tanam dan sulam.  

Pokok durian spesis tanaman agak manja. Sedangkan yang dewasa boleh terbantut tumbesaran inikan lagi yang masih merangkak dari anak pokok. Kesesuaian tanah, kurang penjagaan, serangan serangga, haiwan liar dsb adalah cabaran menanam pokok durian.



Untuk menyulam pokok yang terbantut atau mati, anak pokok durian dibeli lagi..Kali ini mencuba spesis duri hitam 8 pokok dan tikka 2 pokok berharga 35 setiap satu. Sekarang dah tak pentingkan spesis..yang penting pokok boleh hidup.


5 anak pokok nangka J33 turut dibeli..jika dulu hanya berharga Rm10, di nurseri berbeza harga Rm23 sepokok.  Sepuluh pokok yang ditanam 3 minggu lepas ada yang hidup, banyak juga yang tewas...daun seperti diserang serangga. 


Benih durian kampong hanya 5 pokok yang hidup berbanding 10 yang dipindahkan ke polibeg..

Benih avocado belum bercambah lagi.

Inilah cabaran berkebun...Namun masih kekal semangatt..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK