click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label MOUNTAIN BIKE. Show all posts
Showing posts with label MOUNTAIN BIKE. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Kejohanan Basikal Trek ACC 2023..

Dalam banyak-banyak sukan/perlawanan antarabangsa yang dianjurkan di  Malaysia, seingat penulis cuma bolasepak  yang  tak pernah pergi stadium. Bukan tak minat cuma pencapaian tertinggi bolasepak belum lagi mencapai peringkat kompetitif dunia jadi tak begitu teruja untuk bersesak di stadium..Tapi jika  berentap diperingkat tertinggi dunia seperti hoki, badminton, takraw Motogp, Formula 1 basikal dll selalunya penulis tak akan lepaskan peluang menonton. 

MotoGp dan Formula 1 tak puas tengok dilapangan sebab tiket paling murah akan dapat posisi menonton tidak strategik...di akhir perlumbaan kita tak tau siapa pemenang..Disebabkan trek terlalu panjang, kita juga tidak dapat menyaksikan aksi dramatik di sepanjang trek. Lokasi strategik harga tiket dah tentu mahall.


Lumba basikal trek satu-satunya sukan level dunia yang tak sepatutnya orang awam lepaskan peluang tengok live di velodrum. Atlit kita  Dato Azizul Awang dan Firdaus Shah antara pencabar terkuat merobek dominasi pelumba hebat dunia lain terutamanya Eropah, Australia,  Japan  China Dll. Walaupun pelumba Mat Salleh memiliki kelebihan  fizikal itu tidak menghalang atlit Malaysia menewaskan pencabar. Semangat tidak menyerah kalah  ini yang kita mau...


Ini aksi separuh akhir Keirin Elit melibatkan pelumba negara Firdaus Shah. 

Fuh berbaloi pergi velodrum Ahad lepas.

Firdaus dalam kecederaan terhentak tembok dan trek, basikal rosak teruk, seat patah tetap teruskan perlumbaan..seat tiada, duduk diatas palang basikal...fotofinish dia  menamatkan perlumbaan serentak ditempat ke 3 bersama pelumba kazakhtan..

Selalunya cuma 3 pelumba yang layak ke final utk setiap heat..ini pertama kali 4 pelumba masuk final..

Azizul telah layak bersama 3 rider lain  dalam semifinal heat terdahulu ..

Di peringkat final kita yang menengok, menggigil kaki menyaksikan pelumba membesit, bersaing  rapat mencari ruang. Silap percaturan  pasti melayang macam dalam semi final.

Final, menyaksikan Azizul mengungguli emas dan Firdaus mendapat gangsa. Hebat ...






Rugi betul orang ramai tidak datang ke Velodrum Nasional  Nilai Negeri Sembilan ini...Susah nak dapat penganjuran sukan bertaraf tinggi dunia begini. Banyak seat yang kosong padahal tiket hanya Rm30 dewasa dan 15 kanak kanak.





Lift hanya disediakan dilaluan masuk ViP, tiada dilaluan awam..apa lah, langsung tak mesra warga emas dan orang kurang upaya.




Penulis berpendapat promosi kurang dibuat dengan agresif sehinggakan ramai yang tak tahu. Konsert gedik gedik pun beribu orang datang stadium. Tak percaya orang ramai tak minat dengan acara basikal. Penganjuran jamboree MTB domestik pun beribu peminat basikal ikut serta inikan lagi sukan bertaraf tinggi dunia...

Saturday, November 14, 2020

Kayuhan Putrajaya...

Mujur PKPB tidak seketat PKP. ...Selagi vaksin tidak ditemui selagi itulah kita kena hadapi virus yang telah pun berada dalam komuniti...Asyik terkurung saja pun pastinya  rimas seperti kepala terbungkus dengan karung plastik. Kita kena lebih berjaga-jaga.

Aktiviti riadah masih dibenarkan dengan syarat menjaga penjarakan fizikal. 

Jika minggu lepas berkayuh di Tasik Cyberjaya, harini penulis berkayuh solo ke Putrajaya. Dua destinasi bertaraf internasional.

Seawal 8 pagi telah memulakan kayuhan..Cuaca yang sangat baik setelah beberapa hari hujan sebelah malam.





Di Putrajaya berjaya membuat satu pusingan lengkap mengelilingi pulau. 



Kebiasaannya pulau yang dibina atau terbina tapi  di Putrajaya tasik yang dikorek dikawasan berpaya melingkari dataran  mewujudkan sebuah pulau dan dihubungkan dengan jambatan-jambatan  cantik.







Antara bangunan- bangunan yang sungguh cantik mewarnai pemandangan Putrajaya.

Kelihatan Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih popular dengan gelaran Masjid Besi kerana struktur binaan keseluruhan  dibuat dari keluli. Pemandangan dari atas Jambatan Sri Saujana

Masjid besi dari sudut berbeza...


Berlatarbelakangkan Masjid Putra yang berada di dataran berasingan...




Taman Oriental Putrajaya




Kebersihan, keindahan dan kemudahan beriadah disini memang bertaraf antarabangsa.

Jarak kayuhan harini Amanputra-Cyberjaya-Putrajaya-Amanputra tidak kurang dari 35km. Jarak yang berpatutan setelah sekian lama menggantung basikal.


Monday, December 19, 2016

UPSI Jambori Dec2016

Ahad 18 Dec 2016
Upsi Tg Malim
Jumlah peserta lebih 1400 orang.
Lebihkurang 8 pg peserta dilepaskan dan hampir 12pm keseluruhan peserta tiba digarisan penamat.
Jarak trek 35km. Kondisi trek, adunan jalan  onroad.. offroad...kebun sawit, getah dan pinggiran hutan..Pendakian juga tidak begitu ekstrem...
Peserta yang berjaya menamatkan kayuhan dihadiahkan medal.



 Walaupun pendakian kategori boleh kayuh, disebabkan ramai peserta yang tak mampu kayuh, kita pun ikut menolak basikal..Susah untuk berkayuh dan mengimbangkan badan dicelah -celah peserta...


Saat yang ditunggu-tunggu setiap kali acara seperti ini adalah cabutan bertuah. Walaupun seringkali tidak bertuah, namun tetap ditunggu sehingga akhir majlis  mengharapkan tuah...hari itu sekali lagi tidak bertuah..Peserta bertuah membawa  balik basikal gunung...



Sehingga bertemu lagi dilain jambori tahun hadapan...

Monday, September 15, 2014

Kayuhan Pasartani Mega Stadium Shah Alam...

14 Hb Sept 2014,  Ahad

Harini kami akan ke Pasar Tani Mega Shah Alam. Melihat ramai yang berbasikal dilaluan ini saban minggu terbit keinginan untuk mencuba.. Jarak pergi balik Bdr Country Homes Rawang - Shah Alam dalam 80km. Keadaan laluan adalah landai hanya sebahagian perlu mendaki.. Dalam perjalanan ke rumah rakan hujan mula renyai ..diikuti dengan hujan yang tersangat lebat. Alang alang dah terbasah nampaknya kena teruskan kayuhan, Singgah dulu di restoran mamak sambil menunggu rakan bersiap dan hujan reda.


Lama juga berada dikedai mamak. Hujan semakin reda, namun rakan tidak juga muncul. Melihat langit gelap rasanya hujan begini akan berpanjangan. Jika belum keluar rumah memang malas untuk beraktiviti diluar rumah..


Tak boleh bertangguh lagi, kena teruskan juga kayuhan tanpa rakan dalam hujan rintik. Betul..bertembung ramai  yang berbasikal sepanjang perjalanan ke Shah Alam.. Ok juga sausana dingin tidak begitu memenatkan


Hujung minggu laluan motor ni memang agak lengang, itu sebab ramai yang berbasikal disini... Aku yakin jika laluan redup akan semakin ramai orang berbasikal disini. Diharapkan pihak kerajaan menguatkuasakan polisi kawasan hijau disetiap laluan bermotor begini. Bukankah bagus jika setiap kawasan lapang ditanam dengan pokok rimbun. Kerajaan perlu bertegas., tidak boleh terlalu mengharap dengan inisiatif pihak konsesi untuk melaksanakan polisi itu... Mereka hanya memikirkan untung dan rugi. 


Ramai yang cakap negara tropika kurang sesuai untuk berbasikal kerana cuaca yang panas...Benarkah begitu... Sebenarnya kita yang cuba menongkah fitrah. Kawasan tropika pokok teramat mudah tumbuh. Kita yang mengada-ngada inginkan supaya kawasan menjadi lapang . Kita tidak bersungguh memasukkan elemen hijau disetiap kawasan pembangunan. Sepatutnya konsep bandar dalam taman menjadi polisi penting yang perlu diterap dan dikuatkuasakan disetiap pembangunan yang dirancang.
Jika kita berbasikal  dikawasan rekreasi berhutan sausana adalah tersangat nyaman walaupun berbasikal di waktu tengahari. 



Kita berkayuh santai, bukan berlumba..jadi tak perlu memaksa diri..Bila penat berehat.. hampir 2 jam berkayuh, tiba juga dii Shah Alam..

 Kehadiran pengunjung di pasartani tidak sebagaimana biasa. Hujan ..memasing keluar lewat rumah.

                       
                                  Hehe selera sungguh setelah penat berkayuh...Tengok itu teringin..tengok ini teringin..pendek kata lihat makanan semuanya  sedap...Apa lagi..Melahap makanan  setelah penat berkerja tidak mengapa, kerana makanan ini akan memberikan/ mengembalikan tenaga..Yang tak betulnya..berlebihan makan tanpa riadah...Penerimaan tenaga melebihi penggunaan... lebihan ini yang akan memudharatkan badan.

                       
Nama saja pasartani, tapi pelbagai aktiviti boleh ditemui di sini..Penjualan kereta dan pelbagai keperluan lain juga ada.. Brader diatas sedang membuat demontrasi kaedah mudah pembelajaran matematik... Di merata tempat aku jumpa brader ni...

  Haha..matlamat untuk berbasikal ke Shah Alam tercapai...Mereka yang tidak pernah berbasikal akan terkejut dengan pencapaian ini. Tapi yang selalu berbasikal pastinya akan sinis dengan aku. Takpa akan datang akan cari destinasi yang lebih jauh lagi..








Tuesday, December 24, 2013

Aku Kemalangan...

Riadah  pecah lemak  bertukar jadi riadah pecah tulang.


Ahad  22hb Disember 2013 sebagaimana minggu sebelum ini  kami  berbasikal lagi.. Inilah satu-satunya riadah yang sangat sesuai dengan aku ketika ini. Golf..? pernah juga terlibat dulu tapi dah bertahun main tapi tiada peningkatan , kureng umph lama-kelamaan set golf terbiar berkarat dalam stor. Mujur ada kawan yang masih berminat, maka tergadailah set aku  itu. . Bila mula –mula sambar motor rajin juga berkonvoi, pantang kawan kawan sebut , mesti akan  turut vroom sana vroom sini.. Lama kelamaan bila dah pandai berkonvoi ke negara –negara jiran aktiviti konvoi  tempatan pun dah kurang umph melainkan berkonvoi ke kawasan baru. 





Berbanding aktiviti lain,   umph berbasikal nampaknya terus segar. Minggu sebelum ini kami berkayuh ’on road’ dari Gombak ke Genting Sempah melalui jalan lama ke Bentong .Minggu baru ni kami ber ’offroad’ pula di Batu Arang. Malang tak berbau kami terlibat dengan kemalangan sewaktu melayani laluan  curam. Ditambah laluan  beralur air musim hujan menyukarkan untuk mengawal basikal. Kawan di depan tetiba memperlahankan basikal , aku yang sedang meluru laju tak sempat berbuat apa-apa melainkan terus merempuh basikal beliau, melambung dan tergolek . Bahu kanan terhempas  atas laluan berbatu.  Wa terbaring mengharapkan tiada kecederaan ..mengharapkan kesakitan hanyalah sementara.  Bantuan luar diperolehi. Aku dibawa keluar dan terus balik. Walaupun bahu kanan terasa sakit dan terpaksa ditampung dengan tali tapi masih boleh memandu. Singgah diklinik , dinasihatkan terus ke hospital. Isteri  menghantar.  Imbasan x- ray mengesahkan tulang selangka aku patah. Namun doktor memaklumkan tulang selangka mudah pulih. Dijangkakan dalam sebulan akan pulih sepenuhnya. Fuh aku harap begitulah




Seperti diduga setelah  mengalami kemalangan, ada yang menyarankan supaya berhenti dari beraktiviti yang melibatkan kenderaan 2 roda. ..risiko tinggi katanya.. hehe  mereka nak merujuk basikal dan motor aku lah tu. Macamlah  berkenderaan lebih dari dua roda akan sentiasa selamat..Kalau difikirkan sangat risiko, seolah langsung tak boleh beraktiviti. Sedangkan semua aktiviti hatta tidur sekalipun tidak akan terlepas dari risiko. Nama pun malang tak berbau. Kalau nak terjadi, bila-bila  masa akan terjadi. Kita mungkin berhati-hati tapi bagaimana  dengan kecuaian orang lain..? Dalam kes  di atas, sebaik mungkin aku menjarakkan  diri dari orang depan, tetapi ditakdirkan kemalangan akan berlaku  maka terjadilah asebab untuk terjadinya kemalangan. Dah  lama aku berbasikal bersama-sama  sahabat aku ini, pantang menuruni bukit beliau akan berkayuh lebih laju, tapi entah kenapa hari itu beliau terlalu berhati-hati memperlahankan basikal, sangkaan aku hanya seketika sebelum memecut lagi..rupanya tidak. aargh mana sempat nak mengelak beb, walaupun segala jenis brek aku dah guna....

Doakan aku cepat semboh ok...




Tuesday, December 10, 2013

Junior World Cup Hockey...Tahniah Malaysia..

Peluang, Bimbingan, Pendedahan . Kita  boleh menakluk dunia. Aku suka melihat anak-anak muda berjaya di persada dunia.  Dalam sukan kompetitif seperti motoGp, basikal dan hoki memang aku kagum. Benar, Malaysia belum menghasilkan juara dunia, tapi dapat beraksi dalam acara dunia adalah satu pencapaian. Sebagaimana Jepun dan Korea dulu yang sering menjadi belasahan bila mula beraksi dalam bolasepak Piala Dunia, kini tidak lagi. Silap haribulan pasukan hebat  boleh kecundang. Apabila layak secara konsisten   peluang untuk menang adalah cerah.

Kepada pasukan Hoki Junior yang beraksi di Kejohanan Piala Dunia , India, Syabas..! Moga kemenangan sentiasa berpihak kepada anda. Tebaru Malaysia menang  ke atas England  4-2 untuk mengungguli Kumpulan D. Lawan di suku akhir nanti samada India atau Korea. Untuk rekod Malaysia menang ke atas New Zealand 3-2 di permulaan kejohanan , diikuti menang ke atas Afrika Selatan 2-1.

Itu untuk para remaja..Kepada warga tua walaupun tak boleh beraksi dikejohanan kompetitif  dunia dapat jadi juara kampong pun ok. haha. Jom kita beriadah...

8 Disember 2013, Sabtu
Jalan Gombak- Bentung lama
Jarak 35km. Riadah hujung minggu. Pergi mendaki, balik menurun...

                            
 R n R Genting Sempah...


Pelan-pelan kayuh lama-lama sampai juga. Jom join kami...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK