click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label warna warni kehidupan. Show all posts
Showing posts with label warna warni kehidupan. Show all posts

Tuesday, October 13, 2026

Campsite Bukit Fraser..

Peralatan camping dah beli, aktiviti bercamping perlu diteruskan..jadual jadual bercamping pelbagai tempat telah disusun. Penyertaan menurut siapa yang mempunyai kelapangan, kerana masing masing mempunyai kehidupan..kalau menunggu semua berkelapangan  aktiviti akan terbantut.


November kami bercadang bercamping di Bukit Fraser,  5 orang sudah menyatakan minat untuk turut serta. Tapak camping telah dikenal pasti..tapak milik Majlis Daerah Raub cuma tarikh tepat belum diperolehi kerana menunggu respond wakil pegawai memaklumkan kekosongan tapak.



Bulan November mungkin musim hujan, suasana lebih dingin...Kita orang kebun sudah selalu sangat bermain panas. Jadi sesekali mencari kelainan  bercamping di puncak tinggi. Tidur malam pasti lebih seronok, syok dapat menikmati suasana dingin sambil berselubung selimut tebal  berumahkan khemah kecil.




Tinjuan mendapati ramai orang turut berkongsi minat yang sama..Kini tapak perkhemahan perlu ditempah terlebih dahulu..


Salah satu tapak perkhemahan Jalan High Pine. Harga tapak Rm30/petak. Terdapat kemudahan tandas. Ada beberapa lagi tapak perkhemahan di puncak.

Jika sukakan  berkhemah di pinggiran sungai atau air terjun boleh menginap di Tapak Perkhemahan Jeriau, kedudukannya agak jauh dari puncak dalam 4Km menuruni lembah..

Secara peribadi kita sukakan tapak berkabus di puncak dengan pemandangan tanah tinggi. . Di lembah kita sudah muak dengan suasana yang tidak jauh beza dengan kebun..





 Tapak tapak baru diwujudkan untuk memenuhi permintaan tinggi terutamanya dihujung minggu atau hari kelepasan am.


Wakaf wakaf turut boleh disewa serendah rm10 bergantung kepada saiz wakaf..

 


Berbanding di lembah yang agak terpencil, tapak di puncak  sangat hampir dengan kemudahan tempat makan..jadi tak perlu beriya membawa keperluan bekalan makanan..beli saja makanan untuk lebih mudah..Setakat membawa jajan ringan selain alatan ringkas  memasak air, itu sudah mencukupi..

Sambil melayan kesejukan malam boleh lah ngopi ngopi..


Saturday, October 3, 2026

Siput Babi...

Siput ni pun perangai mcm babi, suka menjahanamkkan tanaman, mungkin sebab itu digelar siput babi...Cepat sangat membiak.
.

Nak senang bungkus ketat ketat dan buang dalam tong sampah, tapi kita bagi peluang kedua, siput dikumpul dan dicampak ke belukar  bukit...Harap dengan habitat baru serta banyak pucuk pucuk kayu, siput tak menjadi ancaman ke kebun kita pula..



Taik siput mengotori dinding..


Kita nak tanam masih belum berkesempatan, setelah 2 hari ditinggalkan habis togel daun gac dibahamnya. Harap masih boleh diselamatkan..

Koleksi pertama ada juga rasa kasihan, bila balik rupanya masih berbaki 4,5 ekor tertinggal, padahal puas kita cari supaya sifar siput babi, tambah geram  sebahagiannya sedang memakan lagi daun pokok , kalini tak bagi peluang, kutip dan humban dalam bekas tertutup sisa bahan organik dapur..Tak tau lah berapa lama boleh bertahan dalam ruangan terkurung begitu..


Friday, September 25, 2026

Smart Homes. & Otomasi

Camping kebun Sagil memasuki hari ke 2.

Selain berliburan tetap menyelitkan pembelajaran, hari kedua camping, tuan kebun berkongsi idea membangunkan sistem otomasi kebun. Dalam sistem otomasi, aktiviti kebun  dipantau dan dikawal dari jauh. 






Pengairan kebun berfungsi secara automatik setelah sistem menganalisa keperluan semasa, melalui cerapan bacaan kelembapan tanah begitu juga data hujan.



Praktikal menghidup dan mematikan lampu  menggunakan phone..

Pengawasan kebun juga dipantau melalui phone yang dihubungkan dengan cctv kebun.





Pengairan dan pembajaan kebun dikawal dari jauh menurut blok blok tertentu untuk mengoptimakan penggunaan pam.




Pembajaan foliar juga menggunakan sistem kawalan jauh..hanya baja tabur dibuat secara manual..

Namun begitu tak boleh bergantung sepenuhnya dengan sistem otomasi, sistem perlu dipantau berkala secara manual untuk keberkesanan secara maksima.

Untung ada rakan kebun pandai..Tuan kebun dulu top student sekolah...

Thursday, September 24, 2026

Sawah Ring & Santapan Perdana Sagil

Sesudah Taman Lagenda Gunung Ledang terus ke Sawah Ring Bukit Gambir..Tak pasti bagaimana tercetus nama sawahring itu..Tak banyak baki tanah sawah di Johor..

Sekiranya cuaca terang, Gunung Ledang jelas kelihatan, sangat cantik bergambar berlatarbelakangkan sawah dan gunung..Ketika kami datang persekitaran berjerubu.

Terdapat kiosk kiosk jualan dan wakaf







 Bila berkumpul ramai ramai kemuncak acara adalah BerBBQ















Bab makan memang tak tinggal. Kos keseluruhan dikongsi bersama..Bukan tak sudi menerima sumbangan sukarela tapi demi mengeratkan kebersamaan sesama peserta. Jika tiada koleksi dibuat  selalunya gader gader begini tidak akan kekal lama.

Biarpun tidur dikhemah tapi  syok, makanan mewah..Setelah dikira perbelanjaan, untuk 9 orang, sumbangan setiap peserta pun tak banyak tidak lebih RM100 seorang untuk sepanjang pertemuan termasuk tiket, sarapan, makan tenghari hari ke 2, minum petang dll..Makan tenghari hari pertama hos yang menaja..Puas dipujuk namun itu permintaannya..Jadi kita hormati. 



Wednesday, September 23, 2026

Taman Lagenda Gunung Ledang...

 Sebagaimana dirancang 22hb memulakan aktiviti lawatan santai kebun Sagil bersama 7 rakan lama. Ada yang terpisah sejak 40 tahun dahulu. Sepatutnya 8 orang, seorang disaat akhir menarik diri kerana terkena jangkitan influenza A.

Memenuhi rutin harian sesudah tidak lagi aktif berkerjaya, ramai rakan memilih untuk berkebun, jadi lokasi pertemuan adalah di kebun. Masing masing membawa set khemah, tidur di ruangan terbuka kebun. Orang kebun boleh saja berkompromi dengan ketidakselesaan. 

Mengisi aktiviti awal, menyinggah ke Taman Lagenda Gunung Ledang. Taman ditutup pada pukul 5 petang. Bayaran masuk rm5 seorang..Jika ingin mendaki ke puncak diwajibkan bersama malim gunung dengan caj bayaran Rm130. 

Kita dah penat berkebun, mendaki puncak bukan lagi keutamaan ketika ini, baki baki kudrat elok dimanfaatkan untuk kebun. Jika ingin ke puncak perlu  sesi lain kerana  turun naik perlukan masa hampir 12 jam.

Jadi melawat ke kaki gunung dan air terjun sahaja.























Santapan tenghari, tuan kebun berbaju ungu berbesar hati  membelanja  tetamu  dengan hidangan asam pedas pelbagai jenis ikan di warong berhampiran kebun. 

Malam nanti diikuti dengan santapan perdana BBQ kebun.












Ruangan terbuka kebun dicelah pepohonan tak perlukan penghawa dingin, kesejukan malam menyengat sehingga ke tulang biarpun hanya berbekalkan kipas mini, kebetulan sebelah petang  diiringi hujan lebat, tidur malam beralaskan tilam angin atau  katil lipat sudah cukup selesa bagaikan menginap di hotel berbintang.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK