click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label German/Iceland/Lisbon/London. Show all posts
Showing posts with label German/Iceland/Lisbon/London. Show all posts

Monday, April 10, 2023

Europe D45-Setiap yang bermula pasti berakhir...

19Feb-10hb April 2023 cukup 45 hari. Isnin kembali ke tanahair. 



Puas memang puas, segera ingin balik, banyak urusan yang perlu disambung sekembalinya nanti..Bila melihat video  kebun dan rumah yang jiran kirim hati menjadi sayu..halaman rumah kelihatan tidak terurus. Begitulah keadaannya, itu kita masih ada lagi di dunia, anak-anak sibuk dengan kehidupan masing -masing. Tak hairanlah rumah-rumah pusaka yang semakin uzur tak terurus di kampung, apabila waris semakin jarang pulang ke kampung.





Apabila membelek video-video terdahulu membangkitkan semula kenangan indah. 

Walaupun ada ketika terpaksa menempuh saat memenatkan, berkejar waktu berpindah -randah, adakalanya terpaksa bermalam di airport, selain kebas punggung lama didalam penerbangan., semua segera terpadam apabila mengingati momen- momen indah.

Ibarat makan sambal belacan taubatnya hanya sementara, semangat untuk meronda ke destinasi lain tetap berkobar-kobar. 

Sunday, April 9, 2023

Europe D44-Dortmond Stadium & Mosque

Mengakhiri minggu terakhir di Germany, melawat lagi bandar besar dalam negeri NRW iaitu Dortmond..

Banyak lagi bandar besar lain dalam NRW seperti Bonn yang tak berkesempatan pergi, tapi dah pergi 3 bandar Dusseldorf selaku ibu negeri, Cologne dan Dortmond selain bandar kecil  daerah seperti Bochum  sudah memadai untuk mendapat gambaran rupa keseluruhan bandar dalam Germany.



Sabtu terdapat banyak perlawanan bola Bundesliga. Laverkusen vs Frankfurt, Dortmund vs Berlin Union dll. Semua perlawanan di stadium berdekatan dengan penginapan kami.

Berbanding EPL, Bundesliga kurang mendapat liputan di Malaysia. Rasanya hanya Bayern Munich dan Dortmond yang sering diperkatakan kerana menyerlah diperingkat liga eropah. Penulis pun tak begitu mengikuti perkembangan bola Bundesliga sebab tu banyak team yang tidak diketahui.




Singgah ke Stadium Dortmund merasai kehangatan Bundesliga bersama penyokong setiap pasukan. Dortmund berjersey kuning dan pasukan pelawat Berlin berjersey merah. Semangat tak cukup kuat memasuki stadium melihat perlawanan secara live ..selain tak mengikuti  perkembangan bola, harga tiket jadi penghalang. Harga saat akhir memang sangat mahal, tiket untuk kerusi terpencil berharga €80 seorang dan untuk kerusi lebih strategik dalam €300  seorang..ermm 





Dalam pada semua penyokong sibuk memasuki stadium, kami beredar meninggalkan stadium, menuju ke bandar Dortmund



 
Singgah dulu ke Dortmund Central Mosque. 

Bertepatan ketika kami sampai azan zuhur dikumandangkan. Melihat kepada suasana, rasanya masjid ini aktif  dengan kegiatan kemasyarakatan. Dibahagian belakang terdapat meja-meja bersusun untuk majlis iftar.


Jemaah yang hadir dalam 3 saf, sebagaimana masjid lain Germany kebanyakannya berketurunan Turki.



Beginilah rupa apartmen berdekatan dengan masjid.




Dan ini pula di bandar Dortmund. Tak banyak beza dengan rupa  bandar besar lain. Hari sabtu beginilah keadaan di bandar- bandar Germany, ramai yang melangsaikan urusan sebab Ahad semua premis perniagaan tutup kecuali restoran dan cafe dan beberapa premis perlu saja.


Wahh, terdapat juga bas yang dijadikan cafe..

Sejurus Dortmond kami beredar pula ke bandar kecil Hattingen, segalanya mudah dihubungkan dengan tren, trem maupun bas. Di sini selain  pusat beli belah premis moden, terdapat juga kedai-kedai di deretan bangunan lama. Begitu menarik sekali...








 


Kunjungan Hattingen, menutup tirai kembara Eropah 2023.. Ahad tidak ke mana melainkan berkemas untuk balik ke Malaysia. Flight Isnin  7.30 pagi , transit di Istanbul sebelum sambung ke Kuala Lumpur. Insya Allah tiba 7.30 pagi Selasa.

Friday, April 7, 2023

Europe D41- Osman Ghazi Tomb Bursa



Lawatan terdahulu 2011 berkunjung ke Masjid 
Hijau..di situ terdapat kubur Sultan Beyazid I, sultan yang membina  Bursa Grand Mosque.



Sekadar sehari tak sempat untuk melawat tempat cadangan Waterfall, Lake, Ottoman village dan Uludag.

 Harini menyambung lawatan Tophane Parki, tidak jauh dari Masjid  Bursa sekitar 10 minit berjalan kaki.









Memasuki Tophane Parki perlu melalui  kubu pertahanan zaman kesultanan dahulu atau Sultanate gate



Di park ini terdapat kuburan Sultan Osman Gazi, pengasas Kerajaan Ottomaniah.


Dapat mengambil gambar pengawal kuburan sultan yang bertukar shift.




Kuburan sultan bersama ahli keluarga. Quran dibacakan secara live sepanjang waktu.



Pengawal yang berkawal dipintu masuk kubur.






Sesuai dengan kedudukan tanah tinggi disini dahulu dijadikan kubu pertahanan ketenteraan.






Di Bursa terserlah kebaikan warga tempatan. Sewaktu balik kami ditunjuk arah oleh warga tempatan menaiki trem dan dibawa sehingga ke stesen metro. Kekangan berkomunikasi tidak menjadi masalah, bahasa isyarat pun boleh.


Ketika di stesen metro warga tempatan lain menawar untuk membayarkan tambang kami.

Pengangangkutan awam Turki memang murah. Tiket trem, metro dan bas hanya 5TL setiap satunya tanpa had jarak. Jika pergi tadi menaiki teksi  280TL, balik ini hanya 45TL untuk kami bertiga.

Ketika menaiki bas wargatempatan mengingatkan kami untuk turun di terminal feri kerana bas akan meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya.

Impresi buruk dihampiri ulat kereta sapu yang meminta sehingga 800TL segera terpadam dengan kebaikan warga  tempatan lain.

7.15 feri bergerak meninggalkan Bursa untuk k Istanbul semula.

Wednesday, April 5, 2023

Europe D40- Grand Bazar & Spice MarketIstanbul...

Lawatan wajib Istanbul pastinya Grand Bazar dan Spice Market. 





Cuma leceh kawasan wajib pergi ini,  setiap operator tour akan membawa ahli rombongan ke sini, peniaga sudah kenal dengan warganegara yang dibawa. Rimas dengan pujuk rayu penjual.

Malaysia..Indonesia.. singgah- singgah murah.. murah..

Padahal kita pergi bukan mau membeli sangat sekadar meninjau. Jika berkenan baru- baru  berbincang...

 








Dalam pada tak mau membeli, terbeli juga... kaum ibu bab merayap bazar memang handal, sanggup berjam membelek barangan.., tak puashati, berpindah premis lain..

Berbeza dengan bapak-bapak... merenung dari jauh, berkenan singgah, menawar lebih kurang dan beli. Tak sanggup memberi harapan kepada jurujual yang berkesudahan takjadi beli..

Spice market...










Seronok melihat susunan barangan beraneka warna di setiap kedai...herba dan rempah sekata dipandang mata...cuma leceh setengah barang tiada tanda harga. Tak maulah singgah sekadar menanya harga...bila harga dapat dilihat, berkenan baru singgah...malas melayan pujuk rayu jurujual.


Kucing gelandangan gemuk dan sihat..
Anjing pun sama...anjing boleh berbaring didalam premis perniagaan tanpa dihalau...herannya semua baik-baik dan jinak.

Sesudah merayap tiba masa berbuka puasa...









Asyik kebab saja sesekali menukar selera makan nasi berlauk ikan panggang. Ikan  disini dipanggang kosong berbeza dengan kita yang berlumur rempah dan terdapat paste sambal.

Set hidangan satu kepala 250TL...

Selepas ini kami akan ke Bursa...




























CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK