Atv ini salah satu pembakar semangat untuk rajin datang ke kebun, masa kecil mana pernah berpeluang bermain dengan motor beroda empat begini. Di kebun banyak manfaat, boleh angkut barang, segenap ceruk boleh didatangi..Berbanding motor roda 2, motor roda empat boleh berhenti tanpa memikir dimana untuk menongkat motor. . Cuma akses perlu disiapkan dan cukup lebar untuk atv.
Friday, July 5, 2024
Atv Kebun...
Atv ini salah satu pembakar semangat untuk rajin datang ke kebun, masa kecil mana pernah berpeluang bermain dengan motor beroda empat begini. Di kebun banyak manfaat, boleh angkut barang, segenap ceruk boleh didatangi..Berbanding motor roda 2, motor roda empat boleh berhenti tanpa memikir dimana untuk menongkat motor. . Cuma akses perlu disiapkan dan cukup lebar untuk atv.
Wednesday, July 3, 2024
Grafting/Cantuman Pokok Avocado
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrL_elZl0ON3cu3ivMhakuD1CTKI_zpT2RDTvUf-y0Cj0qQvRFB_dFNWZ8xwqGqZJ8eN9CWx7auqaVcNbikJbbgMq7GNl3YZh1orI4yosDUjpRU2yKwzw23Iku6xWwesvrI_66LYEACjbuzK-o8DTerRzNSXgRLO0KGzPirYM1hfJaOekaqd05e8O_NCg/s320/Screenshot_20240703_161044_WhatsApp.jpg)
Akses ke puncak kebun walaupun tersasar dari jangkaan siap, itu tidak mengapa, tiada ketetapan waktu ditetapkan..Tak mau berhempas pulas sehingga membunuh semangat ke kebun, berhenti kerja ketika semangat masih membara..jadi teruja untuk datang lagi.
Penandaan penjuru-penjuru tapak rumah mini kebun juga telah disempurnakan..rakan kebun turut bersetuju dengan lokasi yang dipilih..
Tersangat lega lori 4wd hardware boleh tiba sehingga separuh perjalanan untuk menghantar tiang pagar konkrit dan lantai simen. . Jarak berikutnya hanya boleh diakses dengan kenderaan kecil, sedikit demi sedikit bahan ini akan diangkut menggunakan Kembara.
Tuesday, July 2, 2024
Gergaji Bulat Tanpa Kabel
Serius tak ingat...ingatkan belian gergaji bulat terdahulu jenis elektrik berkabel 7 inchi.. dah lama beli tapi tak pernah guna kerana tak berfungsi..itula risiko beli barangan online..jika terdapat kecacatan nak dihantar kemana pun tak tahu biarpun ada waranti....tak silap gerjaji ni beli direct dari China..
Bila terdapat keperluan maka dibeli gergaji baru tanpa kabel untuk mudah digunakan di kebun..Bila barang sampai dan cuba membandingkan saiz, laa..rupanya kedua- duanya tanpa kabel dan bersaiz sama 5 inchi..Mujur belian terbaru Rm150, dilengkapi dengan 2 unit bateri, mesin berfungsi..Yang lama kena baiki dulu dipusat servis mesin ..harapnya dapat dikenal pasti kecacatan dan boleh baiki...jika dapat dibaiki boleh dijadikan gantian...Cuma kekadang tak berbaloi membaiki kerana kos sangat mahal berbanding membeli baru..
Seronok bertukang bila alatan lengkap, mutu kerja pastinya lebih kemas, kerja lebih pantas dan pemotongan bersiku lebih tepat berbanding menggunakan gerjaji biasa.
Ada banyak lagi alatan bertukang yang ingin dibeli... Antaranya penembak paku . Macam best saja melihat demo perkongsian pembeli..senang nak memasang kepingan siling tap.. tap ..tap..dah lekat hehe...