click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 4, 2026

Tektik Scammer...





Sepanjang membeli online, ada juga terkena tipu. 

Tipuan 1. Barang sampai tidak sebagaimana diharapkan.

Tipuan 2. Barang tidak dibeli tapi barang sampai

Tipuan 3.  Membeli barang tak sampai sampai walaupun duit sudah dibayar...

Pembelian di FB dari individu memang paling berisiko. Jarang terjadi di platform shopping online lain.

Tipuan 1 Belian ketika membeli pokok, segelintir penjual tidak bertanggung jawab, pokok yang dihantar mati ketika diminta ganti baru tidak dilayan, panggilan dan mesej langsung tidak berjawab, padahal sebelum pembelian begitu rajin melayan sebarang pertanyaan...

Belian berikutnya adalah charger bateri kenderaan. Menurut iklan selain charger terdapat  juga aksesori untuk  mengepam tayar..Barang yang tiba hanya pengepam tayar..Kita pun malas berhubung dengan penjual.

Tipuan 2 

Tektik scammer menghantar parcel secara random, tak pasti bagaimana mereka memperolehi maklumat peribadi, mungkin melalui pembelian terdahulu. Kita yang sering juga  memberi barangan online secara COD, tak menyangka barangan yang sampai bukan  yang dibeli. 

Kebetulan ketika parcel sampai kita diluar kawasan dan bayaran dibuat secara pindahan wang. Ingin dikembalikan tiada maklumat lengkap penghantar...2x terkena, penghantaran pertama setelah dibuka adalah pisau namun yang kedua  ditolak  sebab memang kita tiada membuat pembelian.

Tipuan 3 

Ini paling menyakitkan hati, pembelian terbaru lampu hadapan Kembara berharga rm200 di grup FB Kembara

Berhubung sebelum pembelian...walaupun diminta memasukkan kesemua bayaran, setelah berbincang bersetuju  membuat separuh bayaran, baki akan dibayar sesudah parcel diterima. Meyakinkan lagi jika tidak puashati dengan barangan diterima, tidak perlu membuat bayaran baki.. Penjual memberitahu akan memberi no order, tracking parcel dll. Kita pun tak boleh menilai kejujuran seseorang dengan sekali panggilan. 

Peliknya sebelum penghantaran, penjual menghubungi lagi meminta bayaran penuh dengan alasan terdapat masalah penghantaran. Menyedari sudah ditipu, tak mau membayar baki melainkan barang diterima sebagaimana janji asal.. Sesudah itu panggilan dan mesej langsung tidak berjawab.

Inilah risiko memberi barangan online daripada individu...Kita sedar akan perkara ini, itu sebab setelah pembayaran sudah redho dengan segala kemungkinan.

Kita percaya individu yang tidak jujur hidupnya susah...tak mungkin penipu boleh hidup  senang dan  tenang .



Thursday, September 3, 2026

Lalamove Kembara...

Tiada rotan akar pun berguna, kecil kecil cili padi. 

Kembara kebun beraksi lagi, kalini mengangkut motor. 

Motor modenas dibeli dari pemilik bengkel motor Rm480. Kelasakan Modenas generasi ni memang tidak diragukan, kita yang juga memiliki sebuah lagi motor ini sangat yakin dengan ketahanannya, biarpun berminggu tidak digunakan tiada masalah untuk menghidupkan enjin.

Mencari motor murah bawah Rm500 biarpun tanpa geran untuk digunakan pekerja supaya lebih berdikari, mencari keperluan diri seperti ke kedai, menghantar pakaian ke dobi dll.

Kita jaga budak budak kita supaya mereka betah ditempat kita mencari rezeki..



 Padu...

Wednesday, September 2, 2026

Semangat Bekebun...

Biarpun berhadapan pelbagai cabaran, kebun tetap disantuni. Kita sering membayangkan pokok-pokok membesar sekata, cantik dipandang dari kejauhan..sebab itu mana mana yang mati tetap disulam dengan pokok baru, biarpun beberapa kali..Samada  akan mendapat hasil kemudian hari itu belakang kira...Hati seakan puas, bila melihat pokok mampu  hidup biarpun teruk diserang..







Pokok belimbing sudah mula berbunga..dari 7 pokok, 2 membesar cantik, baki yang lain masih perlukan belaian..

Jambu bol dari benih biji halaman rumah, dari 3 pokok, sepokok berjaya hidup..2, yang lain disulam dengan pokok avocado dan nangka..

Pokok  bersaiz begini masih belum selamat dari jadi mangsa penceroboh.

Pokok  disulam ditapak sama yang musnah dek babi....Hati berbunga bila  melihat pokok mampu hidup dewasa ditempat yang pernah tewas dulu



Bertanda pokok yang disulam..

Pokok pokok nangka seusia bersebelahan telah dewasa..


Pokok matoa yang patah batang bertunas semula, cuma sekarang ni jarang hujan tak pastilah samada mampu bertahan atau tak... anak benih matoa telah disediakan jika pokok tidak mampu hidup..

Melainkan pokok durian, pokok pokok lain selagi tidak tercabut akar, jika patah batang sekalipun masih mampu bertunas semula, pokok sukun pun lasak, antara pokok terawal ditanam, rasanya dah lebih 5 kali patah batang, tak pasti angkara haiwan mana..kini pokok sudah memasuki fasa remaja..


 Sehari bawa sikit tanah dalam polibeg untuk menyemai pokok avocado dan lain lain pokok sulaman, disemai menggunakan tanah kebun supaya cepat menyesuaikan diri ketika dipindahkan ke kebun nanti..

Jom jom..Tetap semangat..

Monday, August 31, 2026

Markisa Avocado

Alhamdulillah dapat merasa buah markisa yang ditanam..yang gugur sendiri mungkin sudah betul betul matang berasa lebih manis berbanding yang dipetik. Pokok berbuah lebat, banyak lagi yang sedang menunggu matang, bakal dapat merasa lagi jika buah tak dikacau haiwan liar..


Biji benih buah avocado pun dah beli lagi online untuk menyulam pokok-pokok avocado dan lain lain yang mati...Hati dah terpikat untuk menanam lebih banyak pokok nangka, nangcem dan avocado. Berbanding pokok lain , 3 pokok ini nampaknya tumbesaran lebih cantik..sedap mata memandang. Pokok yang lain kekalkan mana yang hidup, tanam sekadar untuk  ada..

Biji benih disemai dulu sebelum dicantum tunas..Pokok avocado dikebun banyak juga yang ditanam dari biji, berdasarkan perkongsian utube jika pokok dijaga betul, pokok berbuah namun agak lewat sekitar 4 tahun, berbanding 2-3 tahun lebih pokok kahwin, hanya nanti buah pokok dari biji tak semestinya mewarisi pokok indok asal.

Yang penting boleh hidup berbuah biarpun agak lewat..dapat menyaksikan pokok hidup subur terselamat dari  musuh tanaman pun hati dah berbunga...

Sunday, August 30, 2026

Old is Gold

Keluaran 1998 sehingga kini masih padu. Untuk destinasi dekat atau ke puncak kebun memang telah teruji, sejak di overhaul dan dibuat pelarasan enjin, sangat tangkas memanjat bukit.., ketika awal-awal dulu,  lembab untuk  memanjat . 

Bunyi enjin mengaum, kini lebih lembut..Cuma kekurangan, ketika  jem melekat AC menjadi tidak begitu sejuk, berpunca dari kompresor yang sudah agak uzur, tapi tidak seteruk dulu sesudah diservis.. Pada pemanduan biasa AC cukup sejuk, tiada keperluan untuk menukar kompresor baru. 




Semalam teruji  membawa jalan jauh  dan memasuki pusat bandar Kuala Lumpur ketika orangramai bersesak ke segenap destinasi sempena cuti panjang hujung minggu bersambung cuti merdeka Isnin. Hati tetap risau kotlah enjin terlampau panas, alhamdulillah AC dan enjin lulus. Penggunaan minyak petrol 4wd memang agak tinggi untuk jarak pemanduan dalam 300+ km, hampir habis Rm50



Sekembali jalan jauh terus membeli lampu hadapan, kita kasi solek biar semakin berketerampilan, rumah lampu sediada pun dah pecah selain  cermin sudah terlalu pudar. Lampu terpakai original model Terios Sepasang RM200.

Motor cermin tingkap juga perlu ditukar, walaupun telah ditukar 2 kali tetap rosak lagi, barangan ciplak online, memang tidak boleh diharap.


Biarpun kenderaan kebun, tidak pernah tersisih dari dikilatkan...


Berkilat...

Wednesday, August 26, 2026

2H1M- Janda Baik Pahang...

Selasa 12 Rabiul awal cuti Maulidul Rasul, kesempatan berkumpul 3 daripada 5 anak anak  di Janda Baik.  Biarpun 2 yang jauh tidak dapat bersama, kesempatan seperti ini akan cuba disusun dilain ketika. 

Janda Baik tidak jauh dari kediaman masing- masing, tidak melebihi 2 marhalah sesuai untuk trip singkat, cuma yang tak syok kita tidak dapat manfaat solat jamak dan qasar..

Sengaja bergerak awal, biarpun check in dalam pukul 3. Rancangan asal ke Bandar Bentong dulu, merayap pasar pagi  mencari Jus halia Bentong, batalkan niat di saat akhir terus ke Janda Baik. 



Kedudukan Janda Baik yang tidak jauh dari Kuala Lumpur menjadikannya pilihan wargakota untuk bersantai bersama keluarga maupun rakan..


Sementara memanfaatkan waktu yang panjang meronda sekitar Janda Baik..sambil berpindah randah makan minum di cafe berbeza...

Dihari cuti hampir semua cafe penuh dengan pengunjung terutamanya Geng Motor.

Begitu juga dengan tapak perkhemahan, homestay atau resort resort.  Sungai juga tidak terkecuali. Yang lecehnya ramai pemilik premis  memagar pinggiran sungai menghalang orang awam mandi manda di sana..




Serius tak sangka banyak resort mini cantik di Janda Baik, antaranya Sugeh Resort ..Kita yang baru balik dari Padang Sumatera dapat merasai perbezaan kualiti  penginapan / perkhemahan keluarga sana dan sini..



KHAIIestate hanya bersebelahan dengan Sugeh Resort. 






Secara peribadi resort ini lebih menepati cita rasa..hiasan taman, rumah penginapan maupun cafe sangat mempersona hanya kawasan kecil tidak sesuai untuk aktiviti keluarga berbanding Sugeh Resort..Di Sugeh Resort selain sungai terdapat juga kolam renang besar..

Malam itu kami menginap di The Hectar. Rumah mini 2 bilik. Satu malam RM500












Perkhidmatan homestay atau resort resort persendirian mini kini ternyata sudah berada dikelas tersendiri..mampu mencabar dominasi hotel atau resort mega yang lain..

Kelebihan premis begini boleh berkumpul ramai ramai pada harga berbaloi..






Fasiliti, kualiti serta keterampilan premis adalah mantap..Syabas
 

Monday, August 24, 2026

Antara Dua Darjat...

Kita berpeluang melawat pelbagai negara.

Dalam lawatan tersebut negara- negara maju seperti eropah ni bagaikan bersahaja cantik  bersih dan kemas.. manakala negara asia tenggara seolah try hard untuk nampak cantik, tapi kebanyakannya tetap selekeh..Pergilah ke Indonesia, Kemboja, Thailand, Laos, Vietnam maupun Malaysia penampilan  lebih kurang sama jer,  jika berbeza baik pun tidak begitu ketara..  

Susun atur bandar dan penampilan kedai, gerai maupun pasar basah eropah sangat tersusun cantik berbanding kita yang rata- rata menyakitkan mata..

Nak kata mereka terlebih dulu bertamadun tak juga, negara negara arab maupun mesir jauh lebih awal bertamadun tapi sangat berserabut. Pembahagi jalan boleh dijadikan tempat buangan sampah...mereka yang pernah menunaikan umrah dan haji, lihatlah bagaimana rupa RnR di Arab Saudi..

Jika mengunjungi masjid di eropah sangat jelas berbeza, masjid Turki lebih kemas, tandas lebih bersih tapi masjid arab teruk, India Pakistan Bangladesh lagi  teruk..

Di Jepun tiada tong sampah awam, bahkan dikedai dikhususkan untuk sampah pekedai, orang luar tidak dibenarkan membuang sampah di situ..tapi sampah hampir tiada kelihatan, macamana masing-masing boleh berdisplin membawa balik sampah dan mengasingkan mengikut kategori boleh kitar semula ini.

Baru ni heboh berkenaan sampah yang ditinggalkan warga kota ketika menyaksikan perlawanan akhir bolasepak piala dunia di Dataran Merdeka.. begitu juga ketika musim pulang beraya di kampung halaman, berita sama berulang, sampah dibiarkan di pinggir- pinggir jalan ..Kenapa mentaliti warga negara sedang membangun masih sangat teruk ..pastinya kes sama di negara negara sedang membangun lain..




Ketika meronda di Jerman sempat memerhati, setiap malam Sabtu ramai warga kota Jerman berparti dikawasan terbuka...ketika awal pagi sampah hampir tiada ..


Pemandangan pinggiran sungai di Istanbul Turki..



Awal tahun berpeluang ke Amsterdam, Belanda selain Jerman, negara yang dikelilingi terusan,  persekitaran sungai begitu cantik dan bersih padahal kecantikan semula jadi biasa- biasa saja..

Dibawah ini pula di Padang Sumatera...













Pemandangan yang sungguh berbeza..padahal memiliki kecantikan semula jadi .

Dibawah ini pula penempatan lereng bukit Amalfi Itali, rupabentuk muka bumi hampir sama namun penampilan sungguh berbeza..




Penempatan di eropah hampir semua kemas dan bersih, bagaikan di poskad

 Kita hairan apa faktor yang menyebabkan warga negara maju kebanyakkanya lebih bersifat pembersih, kemas dan teliti..adakah sistem pembelajaran atau memang genetik warga negara maju memang sebegitu.


Kalau kita nak menunggu negara benar benar maju nampaknya lama lagi untuk berdiri seiring dengan negara negara maju lain..Lemahh

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK