click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 19, 2025

Mesin Bungkus Kedap Udara..



Kebun tumpang hadapan rumah memang lama tak dijenguk..  Semangat sedikit kendur kerana tanah tidak lagi subur , pokok pisang generasi ke 3-4 sudah terbantut, daun menguning. Sedangkan sebelum ini pokok-pokok pisang lah yang membuatkan hati berbunga..

Semak mula meninggi. Ingin membersih pun semacam membuang masa kerana kebun tidak lagi memberikan hasil yang baik. Ingin berhabis membaja, minda dipersimpangan., daripada membaja di kebun tumpang, lebih baik dimanfaatkan di kebun sendiri...Katalah pokok-pokok sedang hidup subur, tetiba tuan tanah inginkan kembali tanahnya kita pun tak dapat berbuat apa..itu bukan tanah kita.




Hah betul lah apa yang difikirkan selama ini..Tengahari tetiba terpandang papan iklan tanah yang ditumpang untuk dijual, sedangkan paginya kita bermandi peluh menebas semak samun yang makin meninggi.

Tak mengapa, itu hak tuan tanah, berdasarkan perkembangan semasa, tanah mengambil masa untuk terjual..sempatlah memanfaatkan lagi tanah..


Seronoknya bercucuk tanam, biarpun ditinggal pokok terus membesar dan mengeluarkan hasil...Musim hujan sekarang kantan galak berbunga, lambat dituai mengembang lah ia..tapi ok saja yang kembang masih boleh dimanfaatkan, dibuat sambal tumis kantan garing pun sedap...

Ubi betul-betul tak sangka bersaiz besar..bukan saja dipangkal tapi di batang yang tumbang ditanah... Tak taulah samada pokok yang ditanam atau tumbuh sendiri..


Tak rugi meringankan tangan berkebun, usaha tak seberapa hasil boleh dituai berterusan...Mereka yang tinggal di kampung memiliki kelebihan,  tanah yang luas boleh dimanfaatkan dengan membela ternakan juga..Setakat ayam, itik angsa maupun ikan takkan tak boleh bela...Daging dapat, telur pun dapat..Rugi jika tinggal di kampung serai pun terpaksa membeli, sedangkan halia kunyit main campak pun hidup...Argh tak ada alasan merungut jika barangan dapur naik harga..


Hasil yang dituai jika terlebih banyak, untuk tahan lebih lama boleh di pek dalam plastik kedap udara...Harga mesin bungkus kedap udara  bawah rm30 pun dah boleh dapat..

Jadi apa lagi..jomlah manfaatkan setiap inci tanah kosong tu..

Tuesday, November 18, 2025

Kiosk Gunting Bas Mini Kembali Bernadi...

Permohonan tapak kosong untuk memindahkan operasi kiosk gunting bas mini   melalui pihak pengurusan apartmen JMB menemui jalan buntu.  Tempoh pengosongan tapak  pula sudah tamat,  biarpun begitu kiosk gunting tetap meneruskan operasi, namun pasrah jika pihak berwajib menyita premis. 

Bersedia dengan kemungkinan terburuk, lokasi pindahan ke kebun rakan telah dikenal pasti...dalam masa sama tetap meneruskan pencarian lokasi baru supaya hayat kiosk gunting dapat dilanjutkan...

Cahaya dihujung terowong nampaknya sudah kelihatan. Biarpun belum direalisasikan kerana masih diperingkat perancangan, kebenaran secara lisan  sudah diperolehi. Mungkin awal tahun depan berpindah... Harapnya dalam tempoh tersebut tiada tindakan susulan pihak penguasa terhadap tapak sekarang.





Beginilah keadaan tapak baru yang bakal menempatkan kiosk gunting bas mini. Keadaan tapak tidak terurus dan terbiar. Lokasi tanah milik Tadika Kemas, tidak jauh dari tapak sebelum ini.


Lorong yang sesuai untuk membawa masuk bas mini


Sebagai tanda terimakasih, kawasan ini secara berperingkat akan dibaikpulih supaya lebih kemas dan teratur. Sampah sarap dan semak samun akan dibersihkan ..Struktur yang usang akan diganti..Warna yang kusam akan dicat. Sebelah malam akan dihiasi dengan cahaya...


 
Beberapa gerai jualan makanan lain telah dijemput untuk memeriahkan tapak baru..Sambil menunggu bergunting, pelanggan boleh menikmati makanan dari gerai jualan..


Bas sediada pun sudah kelihatan uzur dan perlu diberi imej baru, mungkin atas sebab ini  permohonan permit gagal. 
Untuk mengembalikan nostalgia silam, bas akan dicat meniru sebiji ikonik KL suatu ketika dulu. Diharap dengan penampilan baru, penerimaan masyarakat dan majlis perbandaran akan lebih positif...

Dalam quran ada menyebut setiap kesukaran akan diiringi dengan kemudahan/kesenangan. Kita hanya berusaha selebihnya bertawakal..

Sunday, November 2, 2025

YR Gunting Felda Sueharto

Bertitik tolak mendapat notis pengosongan kedai gunting bas, lokasi premis baru mula  dicari..Pencarian sehingga ke Kuala Perlis, Perlis, Senggarang Johor, Behrang Perak, Felda Gedangsa, Felda Sg Tengi dan  Felda Sueharto Hulu Selangor. 


Membuat tinjuan premis-premis bersama tukang gunting, kata sepakat diambil memilih Felda Sueharto Hulu Selangor..Kedai kayu tepi jalan utama berhadapan Stesen minyak Bhp.



Hampir sebulan menaik taraf kedai usang sediada..



Saiz kedai 10×40, memadai untuk sebuah kedai gunting 2 kerusi..





Hiasan dalaman dan peralatan kebanyakannya dbeli online dan kedai Rm2..Peralatan gunting memanfaatkan dari kedai-kedai sediada...Tak boleh sangat dituruti kehendak tukang gunting yang menginginkan serba serbi baru...Pelaburan  perlu dibuat secara berhemat..Untung sabut timbul untung batu tenggelam.



Akhirnya kedai dibuka sebagaimana dirancang pada 1hb Nov 2025. Mula menerima pelanggan pertama seawal malam 1hb ketika penambahbaikan kedai masih dijalankan. Penduduk setempat memang mengalu- alukan pembukaan kedai gunting sepenuh masa. Satu satunya kedai gunting sediada yang dibuat di beranda rumah  dibuka tak tentu masa . Penduduk terpaksa pergi ke Tanjung Malim jika ingin bergunting.

Kawasan gunting perlu cerah..Biarpun ruangan kecil, pemasangan 6 biji lampu awal tidak mencukupi dan ditambah lagi kepada 10 biji..


Ruangan menunggu santai..


Pelanggan cilik pertama


Papan tanda luar, memanfaatkan papan sediada hanya menempah stiker baru. 



Bunting di pasang dilokasi strategik untuk menggamit pengunjung datang...

Semoga pelaburan mendatangkan hasil..Aminn

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK