Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800. Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa.
Tuesday, May 6, 2025
Kancil Sudah Tiada...
Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800. Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa.
Saturday, September 9, 2023
Ole- Ole Kebun
Kan seronok bila balik dari kebun ada saja yang dibawa balik, walaupun usaha tak seberapa, dapat kutip sana sikit, sini sikit, bila dikumpul banyak juga, tak habis makan sekeluarga.
Sementara tanaman utama berhasil, tanaman sampingan yang akan membuatkan kita leka, nanti tanpa sedar sudah bertahun berulang alik ke kebun dan pokok utama sedia memberikan hasil.
Thursday, August 31, 2023
Penghadang Cerun Jalan Kebun
Sunday, August 27, 2023
Misi Menyelamatkan Kembara...
Misi menyelamat selesai. Awal pagi lagi, rakan meneruskan perjalanan ke kebun di Puncak Gesir/Behrang..
Saturday, August 26, 2023
Tragedi Jumaat...
Pokok durian ini masih lagi kurus, baru mengeluarkan daun baru , dulu ditanam remaja berusia 2 tahun dibeli pada harga Rm300 lebih..mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.. mungkin akar baru belajar menjalar setelah sekian lama bergumpal dalam polibeg. Pemangkasan dahan dan ranting perlu dibuat.
Dalam perjalanan balik inilah yang terjadi, Kembara mengelongsor ketika menuruni laluan curam licin..mujur tayar tersangkut pada beg tanah yang dibina mengukuhkan cerun, jika tidak terjunam ke kaki cerun.
Thursday, August 17, 2023
Taman Bandar Elmina Shah Alam....
Friday, May 26, 2023
Pokok Pisang Berbuah lagi...
Terpandang jantung pisang mula menjulur, hati girang bukan kepalang..
Biarpun sebahagian bertandan tidak berapa besar, itu tak kesah..pisang lebih untuk kegunaan sendiri.
Pokok kelapa tumbuh sendiri ini dulu nyaris mati sebab tiada yang ambil peduli ..rumput menjalar menyelubungi pokok . Apabila dibersihkan kini sudah mengeluarkan hasil. Biarpun buah kecik tapi air banyak. Lepas berkebun kait kelapa muda. Perghh...Segarr..!
Pokok kelapa ini pun mulanya tidak diberikan harapan untuk hidup, entah kenapa tetiba daun kering dan pucuk bergulung...sebab itu anak pokok disebelah dibiarkan disitu sebagai ganti. Kini nampaknya ada sinar hidup semula, sudah kembali berbuah.
Fuh nikmat apa lagi yang ingin didustakan. Biarpun dijaga lebih kurang, sampai masa pokok berbuah..Semangat memuncak untuk menanam nenas dikebun sendiri, cuma pagar keliling perlu diberi keutamaan. Leceh menumpang tanah orang, tak berani nak menanam nenas dengan kuantiti yang banyak dalam tayar. Kotlah tiba-tiba tuan tanah ingin memajukan tanah, sukar juga melupuskan tayar-tayar yang bertimbun.
Cukuplah cuma 30 pokok nenas ditanam didalam tayar di kebun tumpang, yang lain akan ditanam tanpa tayar..Nenas ok saja membesar didalam semak. Tayar lebih baik digunakan dikebun sendiri. Selain menjadi benteng teres, tayar yag sudah disi tanah langsung saja ditanam pokok nenas...taklah terasa membebankan membuat benteng teres nanti . Banyak tu nak guna tayar terpakai.
Jom jom berkebun..






















































