click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label kembara Ayathuya.. Show all posts
Showing posts with label kembara Ayathuya.. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Jom Ayathuya- Berakhirnya kembara...


Tak tau apa jadi dengan sahabat kembara bersama keluarganya. Langsung tak boleh dihubungi. Kami berpecah semasa di Pasar Minggu Chattuchak.

Setibanya diperkarangan hotel sekembalinya dari bermudik Sg Chao Phraya kelihatan notis dicermin kereta, beliau telah keluar dari Bangkok.  Memandangkan hari telah malam kami berkeputusan untuk menginap lagi di Bangkok. Ada kesempatan berjumpa saja keesokkan hari dalam perjalanan balik ke Malaysia.

Duit kena jimat, kami berpindah ke hotel lebih murah 1000Baht semalaman..Hari biasa banyak bilik kosong. Keesokan pagi, seawal 7pg  Isnin 16 Disember 2012 terus  beredar meninggalkan Bangkok.  Menggunakan GPS walaupun tersesat  dapat keluar dari pusat bandar dengan mudah.

Destinasi berikutnya Samut Songkram...Melawat pasar sepanjang atau atas rail keretapi. Sausana hiruk pikuk pasar segera berubah  untuk memberi laluan keretapi menggunakan rel pula. Pangkin-pangkin berniaga telah diubah suai untuk memindahkan barang jualan dengan mudah semasa keretapi lalu. Argh macam ni pun disenaraikan sebagai tempat yang patut dilawati pengunjung. Bertemu dengan pengunjung Malaysia/Singapura di sini.








Dapat bertemu semula dengan sahabat aku ini di Nakon Si Tammarat..mereka bermalam di Huahin..Hari berikutnya kami bermalam lagi  di Phathalung. 500Baht. Keesokan pagi, kami berpecah disini.

                           

                            


 Sahabat aku terus balik ke P. Pinang melalui Hatyai dan Sadao/ Bukit Kayu Hitam manakala kami akan melalui Patani, Naratiwat. Tak Bai dan  masuk semula ke Malaysia melalui Pengkalan Kubor. Urusan imegresen lebih mudah sebab pengunjung tak ramai berbanding di Sungai Golok.


                            

 Perkhidmatan feri di Pengkalan Kubor...RM 4 sekepala  tak silap aku. Kenderaan RM 6


 Perkhidmatan feri Malaysia disediakan oleh JKR Malaysia...


Hehe..yang ini bukan di Siam tapi di Kota Bharu...Manyak busat...

Bermalam di Kota Bharu. Jam 2ptg  18 Disember 2012 tiba di MRSM Besut, Trengganu,  mengambil keputusan PMR anak ke 4. Alhamdulillah 8A.

Bermalam lagi di Kuala Trengganu, hanya tiba dirumah Rawang Selangor jam 4 ptg, 19 Disember 2012 setelah 2 minggu di perantauan. Sejumlah 6 ribu diperuntukkan berbaki 30 Baht. Pecahan perbelanjaan seperti berikut.

Minyak, tiket feri, tiket tempat lawatan- 2000
Penginapan-1000
Makan minum-1500
Perbelanjaan tidak wajib spt cenderahati dsb-1500


Jumlah jarak perjalanan keseluruhan melebihi 6000km.


Maka tamatlah cerita Kembara Ayathuya....

Ikuti coretan Kembara Kemboja 2 minggu dari sekarang. Maklumbalas pengunjung dialu-alukan. Mungkin ada saranan yang boleh dikongsi bersama.



Wednesday, January 30, 2013

Jom Ayathuya...Chatuchak, Chao Phraya...

Ok  aku nak tutup cerita Kembara Ayuthaya. Bermula hujung minggu ini sehingga pertengahan bulan Febuari blog ini akan direhatkan seketika. Kembali dari xpdc, catatan Kembara Kemboja pula akan dikongsi bersama pengunjung.

Berdasarkan kepada carian di internet, tempat/aktiviti berikut disarankan di Bangkok.. 1- Lawatan ke Pasar Minggu Chatuchak 2. Mencuba pengangkutan awam Skyway , MRT, bersiar-siar di Sg Chao Phraya. 3. Melawat Wat 4. Membeli belah di kompleks belibelah ...Semua tempat kami kunjungi walaupun perkara 3 dan 4 hanya dikunjungi dari kejauhan sahaja. Cukuplah sekadar melirik

Masa banyak terbuang di Chatuchak Market. . Memandangkan telah berjanji dengan yang lain untuk bertemu pukul sekian-sekian di tempat berkumpul, terpaksalah meronda keliling pasar..Belilah sehelai dua T-shirt...Pasar adalah pasar dimana -mana lebih kurang serupa saja. Barang jualan pun begitu..., cenderahati, pinggan mangkuk, potrait, pakaian , makanan dsb. Bezanya di sini  kawasan pasar yang sangat luas dan dipromosi sebagai produk pelancongan.

Jam 2 petang terus bergerak ke Sg Chao Phraya menaiki Skytrain atau MRT..pengangkutan awam serupa LRT atau komuter . Tiket tidaklah mahal.. destinasi paling jauh hanya 40 Baht. . Berdasarkan peta, kawasan liputan pun tidaklah begitu luas lagi.

Singgah dimasjid mengikut panduan GPS. Masjid dan makanan halal langsung tiada masalah di Bangkok. Menaiki teksi air...Suka aku mengingatkan sesiapa yang ingin bermudik di Sg Chao Phraya atau mana-mana sungai dimana-mana destinasi..Untuk tambang yang ekonomi jangan menggunakan khidmat pengusaha  persendirian..tak berbaloi dengan harga untuk pengalaman yang lebih kurang sama ..Dulu semasa di Istanbul, rombongan kami menggunakan khidmat pengusaha persendirian. Semasa anak melawat kesana , kumpulan mereka menggunakan kapal awam...perbezaan harga memang tersangat jauh berbeza...

Tiba di jeti yang tersangat banyak di sepanjang sungai ChaoPhraya pengusaha persendirian terus menghampiri kami, bermudik disungai dan terusan selama 2 jam dikenakan caj 1200 untuk sampan pancung berkapasiti 6 orang. Sebab gayat melihat saiz sampan yang kecil, menolak tawaran mereka.  Menggunakan teksi air awam sebesar tongkang yang lebih selesa, rupanya harga tiket hanya 15 baht seorang untuk destinasi paling jauh iaitu stesen terakhir..Muak duduk atas tongkang pergi dan balik...Jam 8 malam baru sampai semula ke jeti asal dan terus kembali ke hotel.

Sambung besok...gambar nak upload pun tak boleh. . Rabu tanpa gambar...





Wednesday, January 23, 2013

Jom Ayuthaya--Yeha Bangkok 14hb Dec 2012...

Aku sambung semula cerita Kembara Ayatuhaya yang terputus ditengah jalan....

Walaupun tajuk kembara adalah Kembara Ayuthaya, tapi matlamat utama adalah ke Bangkok. Selama ini ramai yang menyarankan supaya menghindari Kota Bangkok kerana kesesakan yang teruk selain kekhuatiran tersesat semasa berkenderaan di kota yang dihuni lebih 8 juta penduduk. . Aku ingin merasai sendiri pengalaman itu.


                            

                                          
Antara candi yang terdapat di Ayuthaya, Thailand...

                                             Candi di Muara Takus, Sumatera...

Sebelum memasuki Kota Bangkok kami singgah dulu di  Ayuthaya City. Kota lama yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia Unesco  berkedudukan  70km dari Bangkok. Aku teruja melihat tinggalan kota lama melalui ciri binaan yang mungkin mempunyai pertalian  rapat dengan candi-candi lain di Nusantara. Ternyata rupabentuk binaan tidak jauh berbeza dengan candi yang pernah aku lawati di Muara Sungai Takus Sumatera. Melalui foto-foto, binaan juga tidak jauh berbeza dengan candi Borrobodur di Pulau Jawa Indonesia atau Angkor Wat di Kemboja atau candi Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah Malaysia...

Ekspidisi bermotor pada cuti tahun baru cina 1-16 Febuari 2013 ke Angkor Wat  Kemboja sesungguhnya amat aku nanti-nantikan..Owh hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

Lawatan ke Ayatuhaya juga tidak lama kerana hari telah beransur gelap. Kegusaran memasuki Kota Bangkok memaksa kami memendekkan lawatan...

Daripada Ayatuya kami menggunakan lebuhraya bertol untuk ke pusat bandar Bangkok. Oleh kerana masing-masing memiliki GPS Garmin, kami berkeputusan untuk tidak berkonvoi dalam perjalanan ke Kota Bangkok sebaliknya bertemu saja di lokasi yang telah diset bersama sebelum memulakan perjalanan. Cara ini lebih mudah. Kekhuatiran menempuh kesesakan akan menyukarkan pergerakan bersama. Tidak mengapa, Walkie talkie ada. Sekiranya berjarak kurang 5km, kami masih boleh berhubung sesama sendiri...

Perjalanan dimalam hari ternyata lancar bila  kenderaan kurang. Argh ternyata gambaran yang diwar-warkan selama ini tidaklah seburuk yang disangka. Berpandukan GPS mudah saja kami menelusuri Kota Bangkok dan mencari penginapan. Untuk memudahkan lawatan di Bangkok kami  mencari lokasi penginapan berhampiran dengan stesen MRT. Pergerakan di Kota Bangkok kelak hanya dengan menaiki MRT , Skytrain dan bermudik sampan di Sungai Chao Phrya.

Setelah bertemu semula dilokasi yang telah diset bersama, kami berpendapat elok saja letakkan kereta di pusat membeli belah dan tinggalkan keluarga disana sementara kami meronda-ronda berjalan kaki mencari tempat penginapan. Cara ini lebih mudah berbanding mencari dengan  menaiki kenderaan di lokasi yang amat asing bagi kita orang luar. Malam hujung minggu memang sukar memperolehi tempat penginapan berkos murah atau sederhana. Kebanyakan hotel bernilai 1000 baht kebawah semalaman penuh dengan pengunjung.Setelah puas mencari, dapat hotel penginapan 2200 baht semalaman. Ok tiada masalah.

Mengandaikan kesukaran mendapatkan makanan halal setibanya di Bangkok..kami  makan petang dan membawa sedikit bekalan di gerai muslim tepi lebuhraya Nakon Sawan. Ternyata tindakan kami tepat..Selesai check in dihotel jam sudah menunjukkan pukul 11 malam...Ingin mencari kedai halal dilewat malam pastinya suatu yang teramat sukar...Makan..makan terus saja tidur...


Monday, January 7, 2013

Jom Ayutthaya- Aksi monyet yang menghiburkan...hehe.





Lawatan ke kilang payung, kebun strawberry dan pertunjukan monyet berkesudahan jam 5 petang waktu tempatan. Kembali semula ke Chiangmai untuk makan malam. Semasa di kebun strawberry aku  mengusulkan kepada sahabat  untuk terus saja ke Chiang Rai yang berjarak tak lebih 200km dari Mae Rim... alang-alang sudah menempuh jarak sejauh ini lebih baik dilanjutkan sedikit sehingga ke sempadan Myanmar...Disebabkan kesuntukan masa dan memikirkan anak bujang beliau yang ditinggalkan keseorangan di rumah, hasrat itu tidak kesampaian. Ok-ok  aku mencadangkan saja.

Semasa di Chiangmai kami membeli set GPS Garmin sebagai persediaan memasuki Kota Bangkok. GPS sediada menggunakan komputer tablet. Kekurangannya berbanding GPS Garmin, gps komputer tablet tidak mencadangkan laluan alternatif sekiranya tersesat sebaliknya menganjurkan laluan yang sama. Set GPS bernilai 3990 baht yang mempunyai peta empat negara Thailand, Malaysia, Singapura dan Brunei....









Di Chiangmai bertembung dengan sekumpulan konvoi bermotor 4-Nation dari Malaysia yang menginap dihotel berhampiran kami tinggal...


Untuk menyingkatkan  masa perjalanan ke Bangkok dan mengurangkan kos penginapan, kami bermalam di Lampang lagi. Setibanya di Lampang kami menginap di hotel yang sama semasa berpergian sebelum ini. 

Ikuti diari perjalanan seterusnya  ke Ayuthaya dan Bangkok....

Thursday, January 3, 2013

Kembara Ayuthhaya- Kilang payung, Kebun Strawbery dan Monkey Show..

Berdasarkan carian di internet sukar juga mencari tempat menarik unik untuk dikunjungi di Chiang Mai...antara lain carian menyenaraikan zoo, pertunjukan gajah, sekolah monyet, aktiviti berkayak, berbasikal, melawat sekolah memasak , kilang payung, melawat wat dsb sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi...sedangkan bagi aku hanya senaraian dua yang pertama menarik minat...Pertunjukan gajah telah dilawati di Lampang dan pagi itu tumpuan kami terarah kepada melawat sekolah monyet di Mae Rim berkedudukan 40Km dari Chiangmai. Kebetulan kebun strawberry dan anggur juga terdapat di tanah tinggi Lameung yang tidak jauh dari Mae Rim. Dengan bantuan GPS, kami  melawat kebun Strawberry dahulu di ikuti dengan lawatan ke Mae Rim ....

Untuk tidak menghampakan kaum ibu dalam perjalanan ke Samoeng, kami menyinggah kilang payung di Kampheng San. Lawatan yang dijangka sekejap rupanya berlarutan sehingga berjam disana...





 Kilang payung kertas berstrukturkan buluh yang semakin pupus dihidupkan untuk tatapan pelancong...

                            
 Aktiviti melukis pelukis-pelukis kreatif yang asalnya khusus melukis corak pada payung-payung kertas turut ditawarkan kepada pengunjung untuk melukis corak pada  pada baju, handphone dsb.



Kami turut membeli sentuhan artis ini...

Bermotor sudah, bekenderaan empat roda sudah..kembara akan datang insyaAllah berbasikal pulak...he he..

Tanpa diduga bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang kebetulan berasal dari Bandar Baru Kundang, Selangor  yang sangat hampir dengan taman perumahan kami...mereka berombongan melalui pakej pelancongan yang dibeli semasa Matta Fair menaiki Air Asia. Kos melawat Chiangmai selama 5 hari 6 malam adalah RM1700 seorang. Terkejut beruk bila diyatakan kami hanya memandu dari Kuala Lumpur ke sini...he he apa yang nak dihairankan ...sedangkan dengan berbasikal, ramai yang telah mengelilingi dunia apalah sangat menaiki kenderaan empat roda yang serba selesa...selagi ada kemahuan disitu ada jalan...alah bisa tegal biasa...

Lawatan seterusnya adalah ke tanah tinggi Lameung...beriya benar ahli rombogan yang lain ingin melihat tanaman strawberi Thai...erm padahal sama saja dengan strawberi Cameron Highland...




 Kebanyakan kebun strawberi yang kami kunjungi ditanam diplot tanah bersekala kecil..kebun-kebun besar terdapat di pendalaman berdekatan Daerah Pai yang  hanya selesa diakses menggunakan pacuan empat roda....



Namun begitu kebun sekecil ini turut dipromosi sebagai salah satu produk pelancongan yang mesti dikunjungi...



 Aku percaya sekiranya ladang sawit dan getah kita yang luasnya saujana mata memandang boleh dieksploitasi untuk menarik minat pengunjung luar merasai pengalaman baru yang tiada ditempat mereka...






Lokasi  kebun strawberry agak terpencil di Lameung melalui jalan kecil berliku..bagi mereka yang pernah sampai ke Mae Hon Son ataupun Pai ..laluan adalah lebih kurang sama tapi berskala kecil. Agak lambat  tiba di Mae Rim untuk lawatan ke sekolah monyet...Ikuti coretan esok...



Wednesday, January 2, 2013

Jom Ayutthaya-Chiang Mai...










Setibanya di Chiangmai, kami memilih penginapan berhampiran dengan tapak bazar malam...Sememangnya sukar mencari penginapan yang murah kerana pelancong luar  yang ramai. Berjaya mendapatkan hotel 900 Baht sebilik. Lokasi ini sangat berdekatan dengan masjid di Halal Street Hilal Town, Chiang Mai.. Kedapatan banyak gerai dan restoran menjual makanan halal disini. Makanan western, arab   india dan pastinya thai mudah diperolehi..pengamatan aku, tomyam di utara Thailand rasa berlemak seperti di bubuh susu..Aku lebih suka tomyam selatan.....

                           

                           
Oleh kerana kami tiba awal, malam tersebut  kami meronda bazar malam dan kawasan persekitaran...bila kepenatan cari saja tukang urut kaki yang banyak menyediakan khidmat di kawasan pasar dengan harga serendah 150 baht....

Tiada banyak bezanya antara pasar malam uptown disana dan di Malaysia..tapi mereka mempromosi keunikan pasar malam kepada pengunjung luarnegara.  Dan benar.. sausana seumpama pesta..gerai-gerai yang didirikan sepanjang jalan dan kawasan parking dipenuhi pengunjung-pengunjung luar terutamanya mat-mat salleh. Harga jualan tidaklah murah dan perlu tawar menawar. Tiada barangan yang aku beli...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK