click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label MPB-multipurpose bike. Show all posts
Showing posts with label MPB-multipurpose bike. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Kejohanan Basikal Trek ACC 2023..

Dalam banyak-banyak sukan/perlawanan antarabangsa yang dianjurkan di  Malaysia, seingat penulis cuma bolasepak  yang  tak pernah pergi stadium. Bukan tak minat cuma pencapaian tertinggi bolasepak belum lagi mencapai peringkat kompetitif dunia jadi tak begitu teruja untuk bersesak di stadium..Tapi jika  berentap diperingkat tertinggi dunia seperti hoki, badminton, takraw Motogp, Formula 1 basikal dll selalunya penulis tak akan lepaskan peluang menonton. 

MotoGp dan Formula 1 tak puas tengok dilapangan sebab tiket paling murah akan dapat posisi menonton tidak strategik...di akhir perlumbaan kita tak tau siapa pemenang..Disebabkan trek terlalu panjang, kita juga tidak dapat menyaksikan aksi dramatik di sepanjang trek. Lokasi strategik harga tiket dah tentu mahall.


Lumba basikal trek satu-satunya sukan level dunia yang tak sepatutnya orang awam lepaskan peluang tengok live di velodrum. Atlit kita  Dato Azizul Awang dan Firdaus Shah antara pencabar terkuat merobek dominasi pelumba hebat dunia lain terutamanya Eropah, Australia,  Japan  China Dll. Walaupun pelumba Mat Salleh memiliki kelebihan  fizikal itu tidak menghalang atlit Malaysia menewaskan pencabar. Semangat tidak menyerah kalah  ini yang kita mau...


Ini aksi separuh akhir Keirin Elit melibatkan pelumba negara Firdaus Shah. 

Fuh berbaloi pergi velodrum Ahad lepas.

Firdaus dalam kecederaan terhentak tembok dan trek, basikal rosak teruk, seat patah tetap teruskan perlumbaan..seat tiada, duduk diatas palang basikal...fotofinish dia  menamatkan perlumbaan serentak ditempat ke 3 bersama pelumba kazakhtan..

Selalunya cuma 3 pelumba yang layak ke final utk setiap heat..ini pertama kali 4 pelumba masuk final..

Azizul telah layak bersama 3 rider lain  dalam semifinal heat terdahulu ..

Di peringkat final kita yang menengok, menggigil kaki menyaksikan pelumba membesit, bersaing  rapat mencari ruang. Silap percaturan  pasti melayang macam dalam semi final.

Final, menyaksikan Azizul mengungguli emas dan Firdaus mendapat gangsa. Hebat ...






Rugi betul orang ramai tidak datang ke Velodrum Nasional  Nilai Negeri Sembilan ini...Susah nak dapat penganjuran sukan bertaraf tinggi dunia begini. Banyak seat yang kosong padahal tiket hanya Rm30 dewasa dan 15 kanak kanak.





Lift hanya disediakan dilaluan masuk ViP, tiada dilaluan awam..apa lah, langsung tak mesra warga emas dan orang kurang upaya.




Penulis berpendapat promosi kurang dibuat dengan agresif sehinggakan ramai yang tak tahu. Konsert gedik gedik pun beribu orang datang stadium. Tak percaya orang ramai tak minat dengan acara basikal. Penganjuran jamboree MTB domestik pun beribu peminat basikal ikut serta inikan lagi sukan bertaraf tinggi dunia...

Monday, November 24, 2014

Tragedi Tasik Biru Kundang...



Setelah lama menyepi disebabkan masalah talian internet kini dapat mengemas kini catatan diari lagi...

Sabtu , 15 Nov 2014.. beriadah berseorangan di laluan biasa. . menyusuri jalan ke Kuandang-Kuang dan kembali semula ke taman.. Adalah jarak kayuhan dalam 25k-30 km. Sebagaimana anggota manusia akan meragam apabila sesekali dikerah, begitulah terjadi dengan basikal aku..Memang agak lama tidak berkayuh..,dalam 10km terakhir, tayar mengalami kebocoran.. Terpaksa menelefon bantuan untuk meneruskan perjalanan.








Malang tidak berbau.. Kekadang semua aspek keselamatan telah kita ambil, tetapi kemalangan tetap juga berlaku.., bukan kerana  kecuaian kita, tapi orang lain. Begitulah apa yang terjadi dengan kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan basikal baru baru ini. Riadah berbasikal, melalui laluan paling tepi jalan, di pinggiran Tasik Biru Kundang  tetap mengundang kemalangan.


 Menurut saksi di tempat kejadian, anak muda bermotorsikal yang menonggang secara berbahaya merempuh penonggang basikal seorang wanita awal 20an. 


Akibat kejadian itu yang pelik penonggang basikal secara zahirnya mengalami cedera ringan tetapi penonggang , motorsikal mengalami patah tangan serta kecederaan berdarah di muka dan dahi..


Kedua dua mangsa dibawa ke Hospital Sg Buluh menaiki ambulan yang dihubungi oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Iktibar yang boleh diambil dari kejadian ini.. Bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan.. Mulakan perjalanan dengan doa.. Hanya Dia yang mempu memelihara keselamatan kita.



Sunday, December 2, 2012

Sembang Hujung Minggu--Jom ronda-ronda...


 
Sahabat biker yang aku kenali di alam maya...Pergh ..hati wanita mana tak cair dengan lerekan mata Cikgu Mat...ha ha..


Perghh Abe mat sudah tayang pada wa..dia pergi Laos naik kapchai dengan isteri beliau Cikgu Zimah...Wa ada sedikit terkilan dia hanya memberitahu melalui FB..kalau dia hello awal teringin juga wa ikut serta..hati wa sedikit kecik untuk ronda sorang-sorang.. lagipun wa fikir elok bergerak berjemaah, paling tidak ada teman berkongsi masalah...lainlah kalau terpaksa...Macam Abe Mat dia berkelebihan..Pasangan beliau berkongsi minat yang sama..takda masalah duduk berjam atas motor...Tapi kalau berteman cara mana nak pergi wa tak kesah....kapchai pun kapchailah janji sampai. Nak naik basikal pun boleh...lama niat terpendam ke sana tapi belum kesampaian. Dulu bersama geng vespa hanya sampai ke sepadan Laos dan Cambodia saja..kali ini teringin meronda-ronda di Laos atau Vietnam atau Cambodia itu sendiri dengan cara sempoi begini...sampai hati Cikgu Mat tak bagitau wa...Mungkin dia nak ronda-ronda dengan pasangannya saja..ok-ok wa tak mau kacau ...Pengalaman kembara beliau boleh dikongsi DISINI

Lagi bersemangat bila tengok sepasang Mat Salleh berbasikal  di Jalan Batu Pahat ke Muar minggu baru nih....entah  berapa negara sudah dijelajahi..cukup sempoi...wa berhenti dan abadikan gambar mereka sebagai pencetus semangat sambil tunjukkan isyarat bagus kepada mereka...Orang lain terus mengorak langkah..,sedangkan wa hanya mampu menulis  menyatakan hasrat berbasikal tapi belum tertunai...siapa lah yea yang sudi menemankan wa..huhu...

Thursday, June 14, 2012

Pergh...! laju gilerr...!



 Gambar sekadar hiasan..bukan laluan Pekan -Rompin..disana tak sempat pusing kepala ..Zuup...Hilang...! apatah lagi nak ambil gambar...

Kalau di lebuhraya PLUS ke utara pemanduan kami diganggu oleh gerombolan konvoi motorsikal bermarshal, laluan antara Pekan - Rompin  pada pagi Ahad 10hb terganggu pula  oleh tonggangan laju giler mat-mat motor perang...pergh..! keadaan jalan sepanjang pantai memang cantik dan berliku, sebab itu barang kali mat-mat motor perang menguji skil dan power motor masing-masing...Aku yang gayat memerhati dari dalam kereta mengetap gigi saja melihat aksi mereka mengambil konar tajam dan terlindung dengan tiba-tiba kedapatan kenderaan menongkah arus dihadapan.. gilerr...!

Tapi taklah semua yang bawak laju sembrono macam tu..sebahagian ada yang menonggang berhemah. Sampai konar terlindung  mengambil sedikit waktu, yakin selamat baru membuat pintasan..Cuma hati jangan mudah terbakar dengan mamat yang tiba dahulu dengan pelbagai kutukan nanti...Sebab itu kepada penonggang baru, anda kena tebalkan telinga sekiranya ingin menyertai kumpulan seperti ini. Lagi anda layan lagi teruja mereka menyakat anda... tips mudah- buat taktau saja....atau lagi mudah mufarakah saja dari kumpulan ini...he he...peganglah moto ini..."Apalah guna keterujaan 10-15 minit, sekiranya kesengsaraan akan ditanggung disepanjang hayat."

Untuk merasai kemeriahan konvoi seperti ini cubalah join atau pasang telinga semasa mereka berhenti minum/makan nescaya banyak maklumat atau tips berguna yang boleh dikongsi berama..Cuma kekadang sesetengah rider sembang saja lebih..bawak 200 ke atas saja...sering bertukar ganti padding lutut..pergh...asyik-asyik cerita nak upgrade motor lebih power bla bla..lagi orang khyusuk dengar lagi seronok menggoreng..walaupun kekadang sampai hangit bau temberang...! ha ha...








Monday, March 5, 2012

Cermin sisi basikal...

Mula-mula saja aku tanya, samada ada tak cermin sisi basikal. Rasa leceh betul bawak basikal dijalan raya bila terpaksa menoleh ke belakang setiap kali nak mengelak lopak, menyeberang jalan, memotong kenderaan dsb..Laa ada rupanya. Belek-belek dan runding harga terus setuju. RM 60 satu. Argh pasang sajalah walaupun nampak tak berapa cantik. Nampak pelik..! anak aku bagitau..tak kesahlah..yang penting keselamatan. Mana tau sedang asyik kita menoleh kebelakang, tanpa disedari lopak besar menunggu di depan ...atau anjing melintas..tak ke parah..?



"Bai..pasang baik-baik aaa...!"

"Hokkey..!"


Amacam..? Mesti ramai mat-mat rempit gelak kat aku..heran jugak dengan diorang nih., cuba korang periksa motor diorang..mana ada cermin sisi...Tak taulah, dah elok-elok ada cermin sisi, ditanggalkannya...Relakah kita berseronok sementara, tapi bahana yang bakal menimpa berpanjangan...memang tidak berbaloi...!

Ish lawo jugak basikal aku ni erk...! Ha ha..

Monday, February 27, 2012

Lagi cerita pasal basikal...


Aku tak boleh tahan dah, semalam sepetang Ahad pergi dari satu kedai ke satu kedai...Tujuan..? he he nak cari basikal. Basikal jalanan lah pulak. Dulukan dah beberapa kali aku cuba bawak MTB lalu jalanraya..macam tak best je...

Amacam cantik tak basikal baru aku...? Budak-budak muda mesti tak suka sebab aku pilih kaler orang tua..Kaler Gold  ko..! Rakan -rakan ada cadangkan supaya beli set tayar saja, boleh tukar ganti dengan basikal sediaada, tapi bila dah fikir-fikir, aku rasa idea tu hanya molek secara teori dan garenti tak boleh pakai secara praktikal. Alaa sekali dua rajinlah bertukar ganti tayar, lepas tu aku yakin salah satu set tayar mesti duduk dalam stor...lagi membazir. Set tayar depan belakang lekeh-lekeh RM200 lebih. Bila check basikal ni  semalam  harga dalam RM690, belum tawar lagi.


Hari Isnin tadi, ronda lagi kedai basikal di Batu Cave, jumpa set basikal sama..Tawar punya tawar dapat turun sehingga RM580..ok not bad. Terus sambar sebab hati dah berkenan dan menepati bajet aku bawah seribu..Kebetulan kawan yang temankan aku beli MTB merah ni pun nak datang ke kedai..Argh sebelum dia racun, lebih baik aku bayar terus..Susah kalau dengar pandangan orang lebih-lebih nanti., garenti bajet lari..ha ha..Macam Mtb merah ni dulu..bajet sebenarnya bawah 3k, bila keluar basikal , harga sama dengan10 biji basikal baru aku tu..huh giler dah lebih mahal dari kapchai...

Dah alang-alang ada dua set basikal, aksesori pun kena le cari dua, kecuali blinker. Senang terus pasang kat basikal tak ubah-ubah. Dua set aksesori ni selepas diskaun dapatlah harga RM95. Dijumlahkan semua basikal dan aksesori RM675. Bolehlah tu..Tak sampai sebulan nanti dapatlah cover balik duit beli basikal ni...he he.. selamat dari bayar tol dan jimat duit minyak sebab naik motor sebulan..RM600, itu aku kira kalau 20 hari je guna motor dengan selamat duit tol  RM15 sehari. Duit minyak jimat Rm15juga  berbanding kereta... Tak ke dah RM600? .. baki RM.75 lagi.?.argh aku tak hisap rokok..dah jimat 200 ringgit..! Perokok lain dah tentu kena keluarkan jumlah tu  kalau sehari mereka tutoh sekotak rokok harga RM10 sekotak..ha ha..

Entah naik basikal murah atau mahal taklah berbeza sangat pun. Syok je aku kayuh petang tadi..Lainlah kalau kita penonggang profesional, boleh mengoptimumkan kelebihan teknologi terbaru. Sebab tu kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan basikal ni, jangan dengar sangat pendapat rakan dan jurujual.. beli berpada-pada je..Yang selalu terjadi, kawan beli kita beli, murah taknak..yang mahal saja jadi pilihan.. kawan upgrade lagi mahal, kita ikut upgrade..semata-mata tak nak ketinggalan ..kawan berkayuh pagi petang, kita simpan pagi petang..apa barang beb..


Blinker ni bukan saja berguna ketika berbasikal tapi amat berguna ketika bermotorsikal. Semasa berkonvoi diluar negara blinker seperti ini dapat memberi tanda pengenalan kepada rakan terutamanya diwaktu malam..siang boleh nampak sesama rakan, bila malam semua kenderaan lain turut berlampu maka susahlah untuk mengenali rakan kecuali bila grup kita memasang set seperti ini..Mudahlah untuk kita mengenal pasti rakan yang lain...Lip..lap..lip..lap..ha ha...kawan aku didepan tuuu...!

Wednesday, October 19, 2011

Basikal bata...

 Berikut antara koleksi gambar yang aku cilok dari rakan FB. Kat FB tu bila dibiarkan susah pulak nak cari bila dah lama nanti.. Lebih baik aku turut abadikan di blog ini...paling tidak dapat juga berkongsi dengan rakan-rakan lain..sekali lgi mintak maaf kalau foto ini anda yang punya..ha ha..

Hendak seribu daya ..taknak seribu dalih...!

Friday, August 5, 2011

100000km...Ride rivew

Bila aku check-check balik tripmeter motor-motor aku BM-65000km..!, Piaggio x9 masa jual dulu 30000km, V strom pun dah melebihi- 5000km..pergh 100000km lebih beb..! itu tak campur ride dengan motor kapchai ...semua mileage ni aku kumpul dalam masa 2 tahun 3 bulan saja...Dapat lesen motor 11/5/2009 .Tarikh ni juga motor BM aku keluar dari showroom..psst..psst..bulan pertama je 4 kali aku tumbang bodo..Sebelum daripada tu mana pernah aku bawak motor ..setakat naik motor kat kampong beli suratkhabar tu adalah...

He..he.. aku kategori lambat panas laa..orang lain semua dah menyampah bawak motor tapi aku baru nak mula...Sebab tu masa nak beli motor pertama  dulu aku tak tanya sapa-sapa...terus saja sambar 1200cc.. kalau tanya mesti semua nasihat jangan terus beli cc besar nanti susah nak handle...argh mujur aku tak tanya...berapa lama dah habiskan takuk-takuk cc motor di pasaran 70, 100, 125, 135.., 150..200..dsb argh lambat-lambat..! lagipun  nak jual balik motor bukan senang macam  jual kacang putih .. Nak jual motor kecik pun susah.. inikan pulak nak jual motor besar.....lainlah kalau korang sanggup potong harga..argh buat apa..!

Kepada sesapa yang hati berbelah bagi nak beli motor cc kecik dulu ke besar.., tiru saja macam aku...jangan tanya-tanya... tau-tau motor ada depan rumah...ha ha...

Thursday, August 4, 2011

Basikal fixie...

Ha ..ha  entry aku semalam tanpa kata-kata..pandai-pandailah korang menafsirkan apa yang aku cuba sampaikan dan harini cuba check, sama tak dengan apa yang ada dalam kepala hotak aku...trend berbasikal sekarang ni dah berpusing semula macam dulu-dulu  cuma diberi penjenamaan  dan diberi sedikit penambahbaikan., tiba-tiba menjadi kegilaan semula...Kalau korang perhati basikal berkaler-kaler terang dan bertayar halus macam nih dah mula bersepah-sepah di taman-taman. kat tempat akulah..taktaulah tempat korang...seingat aku basikal sebegini sangat popular masa aku kat sekolah rendah dulu ... Bezanya dulu  guna tayar standard dan takdalah berkaler terang-benderang berbanding sekarang. Anak pompuan aku pun sibuk merengek mintak belikan basikal fixie nih. Harga pun 4-5 ratus keatas lah jugaak..

Dulu orang panggil basikal prewel mati..he he..  ingatkan sebutan kat kampung aku je rupanya kat tempat lain pun panggil prewel mati..Barangkali perkatan  prewel ni diambik dari perkataan 'Freewheel' kot.. Bagi yang tak faham fixie atau prewel mati ni adalah basikal yang menggunakan gear belakang satu speed yang tetap, kayuh ke depan boleh..kayuh kebelakang pun boleh...lagi kecik gear lagi laju tapi kalau naik bukit harus putus urat keting sebab berat..ha ha..

Cuma yang belum muncul lagi adalah basikal stail chopper yang mempunyai sepit udang panjang...Sepit udang tu fork lah ho ho..dulu kami kasi sambung sepit udang standard nak jadikan lebih panjang...lagi panjang lagi macho..pergh..! dulu-dulu lagi kami dah bikin custom bike...Kayuh keliling kampong...kalau nampak awek kontrol macho beb..yang awek pulak kunun-kunun kontrol ayuu.. ha ha...

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Kalau ku tahu...

Mekanik Bob sedang memasang besi perlindung enjin yang sangat mahal...

Helmet Shoei Multitech- dapat diskaun menarik beli di Big Bike Shop Puchong milik sdr Shahril
Mesh jacket- Beli kat Naza beli dapat harga staf..
Besi pelindung enjin-RM1200 beli on line.. Germany

Inilah barangan yang aku beli guna sebahagian duit jual skuter aku baru ni...paling tak berpuas hati beli besi pelindung enjin motor aku..dah aku survey kalau beli disini dan beli online..kalau beli disini barangan pun ambik masa lama nak dapat sebab motor suzuki aku tu berapa kerat je yang minat..jadi stok aksesori terhad..bila check di internet pulak harga memang tak jauh berbeza..jadi klik confirm jelahh beli online.. tapi aku terlupa cukai kastam memang gila...korang tau berapa cukai asal dikenakan kat besi pelindung tu..? RM460 beb..! gila..."Biar betul tuan.."...aku tunjukkan besi penghadang enjin kat pegawai kastam..."ni haa.. cuba tengok.." ., kalau peralatan canggih tu aku boleh terima, ini hanya besi penghadang enjin..!..logik ke cukai hampir sama dengan harga barang...kalau setakat 10 peratus aku boleh terima...argh mengarutlah..

Inilah masalah beli barang diluar. Silap percaturan sangat tak berbaloi membelinya...Nak salahkan kastam 100 persen pun tak boleh juga..diorang ikut buku panduan..Aku terpaksa berjumpa pegawai dari bilik ke bilik merayu supaya diturunkan cukai besi aku tu...Pihak kastam tak sepatutnya menaksir cukai barangan termasuk bayaran kos penghantaran...Dalam kes aku harga penghadang 152 Euro , postage 55 euro jumlah 207 Euro.. kastam kenakan caj asal 35% sebab silap menaksir barangan dibawah aksesori kereta. Dekat 460 tu..! Bila di ubah ke aksesori motor 25%...masih juga tinggi dekat Rm360...Rayu punya rayu dikeluarkan harga postage dari taksiran...tapi terkena juga bayar RM260...hendak tak hendak bayarlah juga...

Mujur masa aku beli tong dulu diorang taksirkan ikut kategori beg..kenalah 10 %.,kalau ikut kategori aksesori motor...naya aku..kena cukai dekat seribu tuu...! kalau macam ni punya mahal lebih baik beli dari pembekal tong PLUS yang diorang guna untuk pungut sampah kat highway..ataupun beli dari pembekal yang penoreh guna angkut getah buku..design pun tak banyak beza..he he..

Apa nak buat dulu laju je KLIK...menyesal pun tak guna...

Thursday, June 30, 2011

Palang handle...

Elok Mail Motor pun jual aksesori jugalah....amacam mail...?
Cuba korang check aksesori ni kalau beli di kedai motor...confirm harga cecah ratus-ratus...diorang akan kelentonglah aksesori ni dah test kat offroad, bla..bla..Tapi mail cakap cari je kat kedai basikal....


Sebelum pasang palang V Strom aku dah cuba bawak jauh baru-baru ni...lengkap dengan tong belakang. Aku puas hati. walaupun gegaran adalah juga terasa tapi tak seteruk yang aku sangka bila bawak pada kelajuan melebihi 110. bila dah konsisten bawak pada kelajuan tinggi dilebuhraya LPT tak terasa jarum mula berlegar-legar dijajaran 120-130. ha ha..jangan ingat 120-130 km/jam..meter motor aku mph wei bermakna bergerak pada kelajuan 180-200km/jam...ok lah tu untuk motor DP. Masa trip tu seramai 7 orang.. FJR, GTR, Fazer1, fazer6, er6f,er6n dan Strom1000 ..selamba berdesup diorang potong aku..aku berada jauh dibelakang ..korang agak jelah berapa laju diorang bawak..takpa aku tak kesah pun...

Sekarang aku dah pasang palang handle., palang beli kat kedai basikal RM16, upah pasang RM10.. he he..pasang bukan sebab nak bawak laju macam diorang..aku nak bagi selesa ikut kelajuan aku saja...dah test semalam di lebuhraya baru LATAR..argh serupa macam sebelum pasang je..tapi masih bermanfaat kot untuk menghalang handle dari bengkok kalau-kalau motor tertumbang..Gegar yang aku maksudkan tu takdalah gegar yang teruk sangat..cuma jari-jari terutama sebelah kanan kekadang tu terasa kebas..kekadang hilang...penyakit motor dua silinder kot.. barangkali nak bagi selesa kena guna motor enam silinder macam BM baru atau Goldwing ..ha ha..

Saturday, June 4, 2011

Hepco-Backer versi Sumatera....Anggun lagi bergaya.







Inilah koleksi tong serbaguna yang dapat aku rakam sewaktu ride di Sumatera.

Tuesday, April 26, 2011

2WD dan 4WD...pilihan anda..?

Masa aku beli motor besar pertama dulu., bapak aku pendam saja perasaan nak tegur kat aku. Bila dah 2, tiga kali aku balik bawak motor, baru dia bersuara.. ...terima kasihlah diatas nasihat.. Mak/Bapak mana la yang mau tengok anak dia melarat. Dia risau aku perabih duit ke tempat tak tentu hala. Bukannya dia tak bagi beli  tapi pastikan sudah ada tabungan untuk kegunaan dimasa kecemasan. Aku sengeh dan angguk-angguk saja..yea..yea dengaar...Kesempatan balik baru ni sebenarnya aku saja nak tengok reaksi dia bila tengok aku bawak motor baru. lagi, he he.. tapi tak kesampaian sebab motor baru aku buat hal pulak...

Aku pun sebenarnya sependapat dengan bapak aku..jangan bazirkan duit tak tentu hala..

Tapi aku beli motor ni bukan untuk main gitu-gitu saja..aku beli untuk buat kerja. Aku rasa aku dapat berjimat dari segi masa , duit dll dengan bermotorsikal nih. Bini aku pun ngomel , anak aku pun sama.. 'motor yang satu lagi kan dah ada..'  ish..ish  'yang itu mana boleh lanyak  masuk site'..ha ha..alasan kukuh..Kenderaan kan keperluan. Harga motor baru aku ni pun jauh  lebih murah dari pick up Hilux, Storm dll., daripada aku beli kereta tapi hari-hari cuma naik sorang lebih baik aku sambar motor..minyak jimat..tol tak kena..dan dapat jugak bantu pengguna kenderaan lain dari bersesak teruk bila semua orang berebut  nak berkereta.. Tak betul ke aku..? ha ha..


Friday, April 22, 2011

Aku suka dengar bunyinya...



Barang yang aku beli online baru-baru ni...

Suzuki V Strom DL1000

Tong rupa  ni le yang aku beli dalam kotak di atas tuu...boleh muat 35 liter getah susu ni...motor ni kat gambar nampak macam lawa tapi kat luar macam tak seberapa la... lampu depan tu yang aku tak berapa berkenan...


Lepas Jumaat tadi aku pergi ambik motor  aku kat Naza PJ ..  Impresi pertama aku bila mula menunggang di jalanraya adalah bunyinya...Pada kelajuan 140km/jam, walaupun aku tak guna helmet full face bunyinya pergh.. syok betol didengar. lebih-lebih lagi bila memulas lebih minyak untuk memotong kenderaan..yess memang bunyi macam ni yang aku cari.. Karakter V-twin barangkali...Berbeza dengan enjin boxer BM aku yang agak memekakkan  kalau tidak menggunakan helmet full face. Enjin boxer BM aku syok didengar  hanya bila mengenakan suit helmet full face dia hatta pada kelajuan tinggi. . Hari Ahad ini aku nak bawa V Strom ini ke Johor untuk tugasan pertama dia  iaitu lawatan tapak di Kluang. Barulah boleh membuat penilaian selanjutnya...tapi tak maulah aku perah gila-gila sebab dalam pantang brader...

Lagi yang aku suka dengan V Strom ini walau pun tinggi tapi ringan.. berat dia dalam 205kg saja kurang 20kg berbanding BM aku..sebab tu agak  mudah dikendalikan walau dalam kesesakan . Kedudukan memang tinggi tapi bila hulur kaki errgh takda lah  tinggi  sangat..kaki boleh sentuh tanah dengan yakin walaupun terpaksa  menjinjit ..cuma ketinggiannya membuat aku sedikit gayat ...belum biasa barangkali..tong pun aku ingat bila dah sebulan guna baru aku nak pasang supaya terbiasa dengan gaya tonggangan yang serba baru ini..

Jom sarapan kat PD pagi Ahad ni..ha ha..

Friday, April 15, 2011

Latep's first...ha ha..

Bukankah sebelum bermulanya banyak langkah mesti didahuluhi dengan langkah pertama..? pertama ini aku import sekotak ..mana tau lepas ini sekontena...pastu sekapal..pastu berkapal-kapal ,,berangan-barangan...argh berangan bukannya kena bayar...


Minggu ni banyak pulak pengalaman pertama yang aku alami. Walaupun mungkin tidak begitu signifikan kepada orang lain tapi tidak bagi aku...keterujaan mengalami pengalaman pertama memang jauh berbeza berbanding jika telah mengalami beberapa kali. Antara pengalaman pertama yang aku alami dalam se minggu baru-baru ni  adalah

1. Hampir 3 tahun bawak motor baru pertama kali aku menonggang motor sejauh 240km lebih dalam hujan lebat ..ya sangat-sangat  lebat tanpa henti sepanjang perjalanan dari Kuantan- Kuala Trengganu. Sedangkan masa mula-mula bawak motor besar dalam hujan adalah ke Bukit Beruntung.iaitu 3 tahun sudah. Phew.. mula-mula bawak dalam hujan memang berdebar giler.. Apa korang rasa bila bawa motor atas lantai simen licin waktu hujan..he he macam tu lah berdebarnya aku masa tu...

2.Hujung minggu lepas juga pertama kali dalam sejarah hidup aku melalui jalan Kenyir- Felda Aring. Sebelum ni hanya dengar cerita dari orang yang pernah lalu jalan itu..,ada yang bercerita terserempak  gerombolan gajah melintas dan pelbagai peristiwa lain.. Aku pun terserempak dengan gajah, tapi kat pusat pemuliharaan binatang liar..ha ha..

3. Pertama juga dalam hidup aku dapat sentuh gajah, belai gajah, bersalam dengan gajah he he jakun tak terhingga. Kat zoo kan dapat tengok dari jauh je..

4. Pertama kali beli barang secara online. Aku order barang dari Germany wei..Sumpah tak pernah...he.he . dia punya rasa berdebar sementara tunggu barang sampai susah nak cerita. Puas aku bertanya kepada kekawan yang pernah berurusan secara online. entah berapa kali aku check inbox email , nak tau perkembangan terkini.. pertama kali la katakan... Sekarang kan banyak scam di internet ..duit dipotong barang tak dapat. naya.naya ..tu yang aku cuak bila  sahkan  bayaran guna kad kredit dan SEND.  argh tawakal..tawakal..

5. Hari Rabu baru ni posmen hantar notis tuntutan barang di Pos Malaysia KLIA. yess..yess.yess barang yang aku order dah sampai...pertama kali  jugak aku berurusan dengan kastam di situ untuk urusan pengambilan barang...tax ? yea aku kena bayar tax RM399...10 percent dari nilai barangan..barang apa..? nantilah aku bagitau bila motor aku keluar Naza Jumaat depan..ha ha..

Macamana dengan pengalaman pertama korang? 

Saturday, April 9, 2011

Jom panjat bukit...!

Denai menuju ke puncak...

Flaura dan fauna...yang ini aku tipu...aku ambik gambar ni ditempat lain...tapi dekat juga dengan kawasan perumahan tempat aku..he he..

Pergh..jauh lagi nak sampai puncak yang berbendera...

panjat...panjat..!
Dimana ada kemahuan..di situ ada jalan...walaupun jauh lebih rendah dari G.Kinabalu tapi rasa tinggi macam G.Kinabalu ha.ha...

Yess..! aku orang pertama berbasikal ke puncak ini...berani potong jari..!

err..itu mcm sumatera..ha ha..

sebelah sana tu macam Singapore..kah..kah...

Joggers yang tiba ke puncak  dirakam dari kejauhan...Rupanya ramai yang berjogging ke sini pagi dan petang...ramai orang takut sakit wei...

Pemandangan padang golf  dari tempat tinggi..

Petang tadi semasa berbasikal secara kebetulan terserempak dengan joggers yang berjogging di kawasan perumahan Emerald West. Rawang. Mereka bagitau nak  ke puncak tertinggi di kawasan perumahan ini..err tak tau pulak aku...aku nak cubalah daki dengan berbasikal, walaupun tak pernah dibuat dek orang...nama pun dah mendaki..aku lebih banyak pikul dari kayuh basikal...ha ha..Best jugak sesekali berbasikal ke kawasan baru...Boleh aku ajak geng basikal yang lain ke sini lagi nanti..! Ada berani...?

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK