Sunday, May 31, 2026

YR Gunting Soeharto Kembali...

Fuh bukan senang nak menghidupkan kedai. Mencari tukang gunting serasi adalah cabaran. YR Gunting Soeharto adalah percubaan membuka kedai gunting di Felda. Tinjauan awal mendapati Felda mempunyai potensi kerana ketiadaan kedai gunting  sepenuh masa sedangkan penduduk ramai..Penduduk terpaksa keluar ke bandar untuk bergunting rambut.

Enam bulan berlalu, peningkatan pelanggan ada, namun belum cukup memberangsangkan, pola menggunting rambut penduduk agak berbeza dengan mereka yang di bandar..untuk mengetahui samada kedai berdaya maju kena menunggu paling kurang setahun, ketika itu sudah boleh menilai samada meneruskan atau berpindah ke tempat lain. 

 Tahap kesabaran tukang gunting mula menipis. Persekitaran kedai tidak sebagaimana di pekan- pekan yang meriah di waktu petang membawa ke malam. Di sini 9.30 malam suasana sudah sepi.. Bila banyak masa menunggu pelanggan, mula bermain perasaan,  teringat keluarga di kampung..perbelanjaan disana, keperluan disini..

Sehari sebelum aidil fitri tukang gunting balik ke kampung..tersangkut dikampung kerana menjaga ayah yang sakit sehingga ke penghujung hayat. Sejak dari itu kedai tutup. 

Mencari pengganti adalah cabaran, ramai yang tak sanggup bila mendapat tahu kedai baru 6 bulan beroperasi.

Jumaat 29hb Mei mendapat pengganti baru.


Padlock terpaksa dipotong kerana kunci bersama tukang lama..








Kedai diwar-warkan di grup  wasap felda-felda berhampiran akan dibuka semula Sabtu, tapi  malam itu ada yang telah datang bergunting seolah tidak menyabar menunggu hari esok. Alhamdulillah setidaknya memberi suntikan semangat kepada kami, terutamanya tukang gunting baru.. Ramai yang bertanya kenapa kedai lama ditutup, ini memberi petunjuk yang baik..


 

Felda Soeharto dihujung minggu ramai orang luar berkunjung.  Jalan utama dijadikan jalan alternatif jika berlaku kesesakan di hiway

Terlalu awal untuk menilai tukang gunting baru, cuma sedikit lega bila diberitahu ingin menetap di Malaysia paling kurang 3 tahun, lebih sesuai untuk kedai baru, namun pelbagai insentif tetap diutamakan supaya betah. Kita faham mereka ke sini ingin mencari duit..

Orang begini tahaf kesabarannya tinggi berbanding mereka yang ingin menjengok kampung setiap 6 bulan sekali,  perbelanjaan ulang alik pastinya tinggi,  pelbagai insentif pun tidak mencukupi..Kita lepaskan saja..

Saturday, May 30, 2026

Honda Beat..

Kalau boleh berjimat kenapa perlu membazir. 

Kita memang sedang mencari motor kecil biar senang bergerak dalam  taman, anak pula dah tak guna skuter ini, jadi kita belilah dengan harga kasih sayang.. Setakat mencari sepeket minyak masak atau pergi surau atau cari kudapan petang tak payahlah keluarkan kereta..cepat dan jimat..



Enjin bersesaran kecik  mengerang ketika mendaki bukit, jadi kurang selesa untuk perjalanan jauh.

Honda Beat 110cc sangat sesuai untuk penggunaan ringan dalam taman.


 
Minyak tersangat jimat, isi RM5 dah penuh tangki..Tonggangan Wangsa Maju-Antara Gapi Serendah minyak tak turun pun setakuk. 



Melalui Jalan Pintas Rawang. Di lokasi ini  viral terdapat besi terjongket, kini dalam proses penggantian. Sambungan antara 2 jambatan adalah komponen utama dalam pembinaan jambatan untuk membenarkan pengembangan dan penguncupan struktur.


Saiz motor cukup-cukup  memasuki gate mini. 

Gate auto utama tidak terbeban setiap kali ingin keluar masuk. Jangka hayat motor dan switch board boleh dilanjutkan.

Minyak dah lah mahal bercatu pula, dengan adanya motor kecik serba serbi jimat.


 

Thursday, May 28, 2026

YR Gunting Tadika..Pogres Terkini

Kedai gunting marhaen untuk terus berdaya saing mesti peka dengan kos operasi bulanan. Kos sewa kedai dan bil utilities mesti pada kadar paling sederhana. Apatah lagi jika kita bukan tukang gunting dan hanya sebagai pelabur. 

Untuk kedai dikenali memerlukan masa paling kurang 6 bulan, sepanjang tempoh tersebut mesti mengeluarkan modal untuk menampung kos operasi, selain sokongan kepada tukang gunting.

 Jika kedai telah dikenali sekalipun, sukar untuk terus bertahan jika sewa kedai mahal. Pendapatan tak berbaloi untuk kekal beroperasi, seolah kita bertungkus lumus untuk diberi ke tuankedai. Ini yang terjadi kepada YR Gunting Tmn Wilayah 1, YR Gunting Tmn Wilayah 2 dan terbaru YR Gunting Kayu Ara, kedai terpaksa berpindah randah kerana sewa asyik dinaikkan.


Atas faktor ini pengganti kiosk bas mini memilih menyewa tapak dengan menaik taraf pondok usang sediada. ..Risiko untuk sewa  dinaikkan sewenangnya  juga kurang kerana kita sendiri mengeluarkan modal menaik taraf pondok...

Pembinaan memanfaatkan barangan sederhana untuk meminimakan kos.

Lokasi tidak jauh dari lokasi sekarang, dan kelebihan lagi tukang gunting sudah dikenali ramai untuk menarik pelanggan terus berkunjung.


 














Sejak YR Gunting Desamas diubah menjadi separuh kedai, partition hadapan tidak lagi digunakan dan tersadai begitu saja... Partition aluminium berkaca dan juga pintu  boleh dimanfaatkan lagi dengan sedikit modifikasi.


Banyak penjimatan menggunakan barangan terpakai.

YR Gunting Tadika dijangka mula beroperasi seawalnya pertenghan Jun ini..

Wednesday, May 20, 2026

YR Gunting Tadika...




Hayat Kiosk Gunting Bas Mini menanti hari, dah tak sanggup mempertahankannya lagi. Bas pun dah uzur. Sebelum ini bersemangat memberi nafas baru, mengecat baru, menyediakan ruangan menunggu ala ala pondok menunggu bas.. 

Ketika pemeriksaan akhir, pegawai majlis perbandaran memaklumkan permohonan lesen setelah segala syarat dan dokumen dikemukakan hampir pasti  diluluskan..

Setelah tiba tarikh pemakluman, didapati permohonan tidak diluluskan atas sebab pertikaian tuan milik tanah...Surat kebenaran penggunaan tapak oleh JMB Apartmen tidak terpakai kerana Majlis perbandaran mendakwa tapak itu miliknya.

Bukan lesen yang diterima tetapi surat pengosongan tapak yang kami dapat.    
Biarpun telah menerima notis pengosongan, kiosk masih beroperasi. Sedar tak sedar operasi menjangkau  lebih 6 bulan..

Boleh saja berdegil curi curi meneruskan operasi tapi kita tak sanggup melihat keadaan bas yang semakin menyakitkan pemandangan..

Biarpun kami ditawarkan pindah digerai berhampiran, gerai terlalu kecil selain kos pindah, kos ubahsuai dan kos sewa bulanan tinggi tidak berbaloi untuk menerima tawaran itu.

Bas dijangka dipindahkan seawal pertengahan bulan Jun 26 setelah hampir 5 tahun beroperasi disitu..Bas mula beroperasi mulai Jun 2021.

Kini tapak baru telah diperolehi tidak jauh dari tapak bas. Trauma memohon lesen kiosk bas, bas akan dipindahkan ke kebun rakan..

 Sementara itu kami memilih mengubahsuai tinggalan pondok usang bersebelahan bangunan Tadika Kemas.


 






Tak taulah apa agaknya rupa  tranformasi pondok usang ke  YR Gunting Tadika setelah siap nanti.

YR Gunting Tadika dijangka beroperasi selewatnya 1 July 2026.


Friday, May 15, 2026

Servis Cub-cross

 




Setelah sekian lama tertangguh harini teringat, tanpa berlengah terus hantar motor ke bengkel untuk tukar minyak hitam. Pilih minyak paling sederhana Rm25.

Dengan penampilan yang begitu menjolok mata, tanpa lampu depan belakang, motor  hanya digunakan ke masjid subuh, atau ngopi ngopi berhampiran.

Jika kebun luas syok guna motor ini dikebun, sangat lasak. Biar pun berbulan tidak diguna, dengan sekali start enjin terus hidup..sejak ada atv kebun, motor ni dibawa balik kerana sukar beroda dua.. Rupanya Atv beroda 4 lagi banyak kerenah, tak sesuai melayan kebun berbukit, sekejap saja ada masalah timbul..Kini Atv  masih tersadai di kebun..


Wednesday, May 13, 2026

Starter Kembara...

Bila menghidupkan enjin  kadangkala kedengaran bunyi bising. Mungkin starter sudah dipenghujung hayat..

Semasa mmenukar kepala blok  enjin dulu pomen sudah memberitahu, kemungkinan starter bermasalah, ketika itu bunyi tidak begitu kuat, kini hanya dengan bateri baru, baru  boleh menghidupkan enjin..

Daripada bermasalah di ceruk kebun, starter ditukar baru.. Satu set berserta upah RM360.



Saturday, May 9, 2026

Autogate...

Autogate adakala memudahkan adakala menyusahkan..kelebihannya  tak payah turun kereta membuka kunci gate, lebih lagi ketika hujan. 


 

Rumah lama berpuluh tahun tiada autogate, ok saja. Hujan ribut dihadapi tanpa autogate.

Berpindah ke rumah lain teringin juga berautogate, tapi itulah sejak menggunakan bermula September 2024, belum pun 2 tahun autogate sudah 2 kali  bermasalah, masalah pertama mengenai motor, penggunaan bawah setahun, motor diganti  percuma..

Kerosakan kedua ini ingatkan motor juga, dulu motor sebelah yang rosak, kali ini menjangkakan motor yang satu lagi pula yang rosak..rupanya bukan.. Pemeriksaan mendapati  control panel yang terbakar..Kerosakan diluar tempoh waranti perlu membeli alatan yang rosak. Jimatlah sikit sebab bukan motor yang rosak, satu unit motor Rm650..Control panel Rm480.

Setelah diganti baru ni tak taulah sampai bila bertahan..

Macam-macam. Baik baik tiada masalah berautogate, sengaja cari penyakit..


Thursday, May 7, 2026

Kunjungan Kebun Bukit..

Setelah hampir 2 bulan  ditinggalkan, harini berkesempatan menjenguk kebun. Berdebar untuk melihat perkembangan terkini..

Sampai saja disajikan pemandangan tanah keliling pondok lama disodok babi..Semak menepati jangkaan, taklah terlalu semak sebab sebelum ditinggalkan rumput telah dipotong..

Pertumbuhan keseluruhan pokok tidak sebagaimana diharapkan..Ingatkan pokok pokok semakin meninggi, rupanya hampir tiada perbezaan ketara..bahkan ada yang semakin mengurus..ada juga yang mati..Lebih sadis ada pokok remaja  yang tercabut disodok babi..Kalau anak pokok boleh diterima..pokok remaja melebihi 3 kaki pun tak selamat..

Paling sedih sebahagian pokok durian macam dah terus terbantut tumbesaran. Mungkin panas berpanjangan membantutkan tumbesaran. Beberapa minggu terakhir ini baru hujan mulai turun.











Berehat setelah memotong rumput sambil merenung nasib  pokok-pokok. 


Pokok markisa di tepi pondok pun nyaris tercabut akar..


Durian atau pun avocado yang ditanam dari biji nampaknya lagi lasak dan cepat besar cuma bimbang pokok membesar lambat berbuah..

Ditapak sama dulunya pokok durian kahwin kini disulam dengan pokok dari biji.


Nangka cempedak.. Besar sebegini pun belum tentu selamat..Dulu, di tempat yang sama pokok cempedak tercabut disodok babi..

Disinilah pokok nangka hampir sama besar dengan pokok nangcem diatas tercabut sehingga akar..Entah dah berapa kali disulam pokok nangka, tetap menjadi mangsa walaupun pokok dipagar dengan tong, tayar juga jaring...


Lagi mangsa kerakusan babi..pokok asam gelugur



Pokok nangka ini mujur dipinggiran cerun, barangkali tiada tempat berdiri...tayar berjaya disongket...




 Pokok rambutan menjadi pengubat duka..Pokok ini asalnya pokok tua yang termasuk dalam sempadan semasa pengukuran. Dahan tua dipotong untuk pertumbuhan pucuk baru..Alhamdulillah kalini berputik lebat..


Pokok rambutan yang ditanam ini sudah 2 kali berbuah..yang kedua ini berputik lebat..

Jika pokok kecil dimusuhi babi..dah berbuah dicemburui monyet.. Tak pastilah samada dapat merasa buah..

Fuh bukan senang jadi petani..

Wednesday, May 6, 2026

Bateri Kembara, Iriz..

Balik jer dari Jerman, enjin Iriz dan Kembara langsung tak boleh dihidupkan...sebelum pergi dah dapat tanda yang kedua- dua bateri lemah..Lama ditinggalkan terus tak mau hidup.


Bateri pun sudah berusia hampir 2 tahun dan pernah di caj semula..Tak mau mengambil risiko kereta tersadai ditengah jalan, kali ini terus tukar baru. RM280, mungkin sedikit mahal sebab beli online termasuk penghantaran dan pemasangan.. 



Selain bateri, bearing roda juga bermasalah..bawa laju jelas berdengung. Mujur cuma seunit yang perlu ditukar...

Minyak ATF pun dah sampai masa ditukar.. alang- alang masuk bengkel terus servis sekali tukar minyak hitam dan filter..Kos Rm850.



Tangki minyak mesin rumput pun mengalami kebocoran..Minyak keluar di celah rekahan penyambung. . Sudah balik ni ķena baiki/tukar yang mana perlu untuk menjalani semula rutin kehidupan.

Kebocoran dan cuba ditampal tidak juga berkesan..Lagipun mesin ini sudah berusia belasan tahun ..



Bateri Kembara telah dihantar caj semula...Harapnya bateri masih berkeadaan elok..Kembara lah harapan untuk memanjat kebun bukit..Tanpa khidmatnya, perlu menapak jauh..

Sejak balik belum lagi menjengah kebun..Harapannya pokok- pokok membesar dengan sihat, buah-buah sedang meranum. Sebelum ditinggalkan pokok rambutan sedang berbunga, pokok nangka ada yang berputik..begitu juga dengan durian belanda

Pokok besar yang ditakek mati pun semoga rebah tanpa menghempap pokok yang ditanam..

Kebun berkeadaan semak sudah dijangka tapi rasanya taklah semak terlalu tinggi sebab sebelum ditinggalkan rumput sudah berpotong..

Namun didalam hati sudah pasrah seandainya ada pokok yang disodok dan buahan sudah tidak berbaki.