Semasa melayan phone akan lalu iklan- iklan produk, dan macam tau tau barangan tersebut memang kita sedang mencarinya.
Topi mengkuang lebar tapi tak boleh lawan dengan payung kepala ini...Dan lagi topi mengkuang cepat reput.. Bila iklan payung ini muncul tak teragak agak membelinya..Harga RM13..Payung boleh lipat untuk kegunaan kebun terutamanya ketika memotong rumput..
Kipas camping bersaiz midi menggunakan usb memang dah lama cari..biasanya gajet menggunakan usb ni jimat letrik..Harga Rm30, boleh dikatakan murah .. sebab kita pernah membeli kipas mini boleh caj semula berharga rm60.
Biar pun agak mahal tapi dah lama pakai, mantap serta tahan lama ..dengan sekali caj boleh tahan melebihi 10 jam..
Kipas midi dipadankan dengan powerbank katanya boleh tahan sehingga 3 hari.. jadi tambahan kipas midi usb boleh diguna dikebun maupun ketika bercamping..
Kipas midi terpaksa dipulangkan kerana tidak berfungsi..beli melalui platform besar urusan pemulangan mudah..cuma duit belum dikembalikan..




No comments:
Post a Comment