Peminat bola hampir pasti tau kelab bola sepak Borussia Dortmund. Dalam liga Jerman atau Bundesliga, Dortmund sering bersaing rapat dengan pendahulu liga Bayern Munich.
Dortmund hanya berjarak 20km dari penginapan kami. Jika terdapat perlawanan, peminat kuning hitam memenuhi tren. Kami bukan kaki bola, walaupun berpeluang menonton secara langsung di stadium, sayang untuk berhabis duit untuk membeli tiket.. Bukan murah..
Kunjungan pertama Dortmund dulu, turut berkunjung ke stadium untuk bergambar..Kalini mencuci mata di pusat beli belah, sesudah itu makan-makan..
Di Food court terdapat premis makanan halal..Di luarnegara kena yakin dengan paparan halal, tiada pantauan pihak berkuasa seperti jakim di tempat kita..
Jersey Dortmund 100 euro ..
Berjalan lebih kurang di pusat bandar, kemudian mencari masjid berdekatan. Suka bila mencari di internet akan muncul senaraian masjid berhampiran..
Di Jerman hampir setiap tempat akan terdapat masjid..Masjid utama selalunya ditulis dibuka 24 jam.
Hari jumaat ramai jemaah pelbagai latarbelakang bersolat di sini. Khutbah dalam bahasa Turki, tapi akan ada terjemahan bahasa Jerman.























No comments:
Post a Comment