Sunday, April 19, 2026

Europe26-Dortmond

Peminat bola hampir pasti tau kelab bola sepak Borussia Dortmund. Dalam liga Jerman atau Bundesliga, Dortmund sering bersaing rapat dengan pendahulu liga Bayern Munich. 

Dortmund hanya berjarak 20km dari penginapan kami. Jika terdapat perlawanan, peminat  kuning hitam memenuhi tren. Kami bukan kaki bola, walaupun berpeluang menonton secara langsung di stadium, sayang untuk berhabis duit untuk membeli tiket.. Bukan murah..


Trak pembersih jalanan di laluan tram...Terjawab sudah siapa yang membersih sampah di trek. Di hentian tram ramai saja yang mencampak puntung rokok..



Kunjungan pertama Dortmund dulu,  turut berkunjung ke stadium untuk bergambar..Kalini  mencuci mata di pusat beli belah, sesudah itu makan-makan..

Di Food court terdapat premis makanan halal..Di luarnegara  kena yakin dengan paparan halal, tiada pantauan pihak berkuasa seperti jakim di tempat kita..



Pakaian sejuk Dortmund 45 euro


Jersey Dortmund 100 euro ..





Suka membandingkan harga barangan, untuk membeli semacam tidak berbaloi,  kecuali untuk barangan yang memang kita berkenan dan harga di tanah air akan jauh lebih mahal seperti jaket musim dingin. Anak berkerja sini, akan datang jika diberi kesempatan tetap kena bertandang lagi.



Tandas di Jerman berbayar 0.50-1.50 euro mengikut tempat..






Berjalan lebih kurang di pusat bandar, kemudian mencari masjid berdekatan. Suka bila mencari di internet akan muncul senaraian masjid berhampiran..

Di Jerman hampir setiap tempat akan terdapat masjid..Masjid utama selalunya ditulis   dibuka 24 jam.















Masjid Dortmund berada 5km saja dari pusat bandar. Baru perasan, pernah datang ke sini ketika kunjungan pertama dulu.

Hari jumaat ramai jemaah pelbagai latarbelakang bersolat di sini. Khutbah dalam bahasa Turki, tapi akan ada terjemahan bahasa Jerman. 







 



No comments:

Post a Comment