click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 16, 2026

Europe26-Hercules Monument Kassel

Sementara menunggu sesudah zuhur untuk lawatan Menumen Hercules, yang dikatakan sebagai tarikan utama tapak warisan dunia Bergpark Wilhelmshohe,  merayap dulu pusat bandar Kassel.

Berbanding daerah lain yang sudah kami lawati, komuniti muslim di sini sangat ramai..Selain  keturunan Turki dan Arab, ramai juga keturunan Afghan dan Somalia...Premis perniagaan makanan dan keperluan harian banyak diusahakan oleh mereka..



Macamana nak teringat rumah bila makanan menepati selera mudah didapati dan harga di Kassel  lebih mesra poket.

Jika ditempat lain hidangan sebegini hampir pasti melebihi 20 euro..disini hanya 12 euro.  Kebab yang sering kami beli pun hanya 6 euro berbanding 8 euro ditempat lain. Size hidangan cukup besar untuk makan berdua..





Masjid Turki dan Arab hanya bersebelahan..









Ermm bermalam juga di Kassel walaupun asalnya hanya ingin melawat balik hari...jarak pun dah jauh lebih 200km dari rumah atau hampir 3jam menaiki tren. Dah alang alang jauh  keinginan melawat Berlin atau Praque berputik semula..Menginap di hostel tengah pusat bandar . Harga satu malam Rm200



Bayangkan saja harga pakaian dalam RM

Dek kerana memang tiada niat untuk meronda tempat lain, keperluan meronda memang tak dibawa..jadi beli saja..

Sesudah zuhur terus melawat Monumen Hercules.





Patung bogel Hercules di puncak bangunan..



Pagi tadi kami berada nun jauh dibawah..










Monumen sedang dalam proses renovasi.






Pandangan peribadi, walaupun keindahan keseluruhan tidak dinafikan, tapi monumen adalah  biasa-biasa, mungkin sejarah disebalik pembinaan yang melayakkan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia..Kalau nak dibandingkan dengan bangunan bersejarah lain seperti Borobodur atau Angkor wat, size binaan  monumen Hercules adalah kerdil. 

Hasrat berkunjung ke Berlin atau Praque berkubur lagi...kelengkapan ala kadar lain dah ok, yang menghalang adalah...orang rumah tak bawak ubatt..

Ermm balik lah besok..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK