Friday, May 30, 2025

Anak Syurga...

Salam Jumaat

Allah maha upaya membentuk ciptaan menurut kehendaknya.  OKU  mental sejak lahir merupakan insan terpilih. Tidak disangkal lagi mereka ini adakah ahli syurga...Bertuah keluarga yang redha dan sabar dengan anugerah anak istimewa ini.

Pengidap Down sindrom memiliki perwatakan dan rupa yang hampir sama... Di taman kami  sekurangnya terdapat 2 orang istimewa ini. Mereka rajin solat berjemaah ke surau dan bersolat mengikut citarasa sendiri...Setiap kali datang akan membetulkan susunan sejadah..Di majlis tahlil atau yasin, mereka akan mengagihkan surah surah yasin dan air minuman...

Insan istimewa ini tetekala jemaah bersembang diluar surau, anak syurga ini menaiki mimbar dan berkhutbah..Walaupun tak faham apa yang dituturkan tetapi terselit perkataan Allah ..Allah

 Diperhatikan juga  sesudah memasukkan wang ke dalam tabung masjid sering menadah tangan berdoa.. Katanya doa untuk ibu dan bapa. MasyaAllah Tabarakallah...

Ketika dihampiri, terkial-kial juga untuk nemahami apa yang dihajatkan, rupanya meminta mengambil foto bersama gambar imam masjid.  


Di atas ini merupakan mesej yang ditulis insan istimewa kepada imam masjid taman...Penuh yakin menulis..Dia tulis.., ini Abang Hensem hehe


2 comments:

  1. Syurga tempat mereka... Semoga ahli keluarga dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka..

    ReplyDelete
  2. Adik Taufik ada penyakit Down Sindrome... memang mereka dengan dunia mereka sahaja....Tapi BEsar pahala bagi mereka yang menjaga nya

    ReplyDelete