Sunday, April 5, 2026

Europe26- Frankfurt 3H2M


Sabtu trip ke Frankfurt..Tempahan hotel telah dibuat 2 malam...Destinasi sesudah Frankfurt  belum ditentukan, bergantung kepada situasi semasa..





Kami menaiki tren biasa. Tren laju ICE tak termasuk dalam pakej  pas bulanan. Untuk ke Frankfurt mengambil masa 2jam berbanding tren biasa 3-4jam , tak termasuk kelewatan.. Harga tiket ICE pasti lebih mahal..Membandingkan kecepatan, tiada berbeza tersangat lama, setiap tren menggunakan trek yang sama hanya kekerapan singgahan  berbeza.



Laluan destinasi  kami perlu bertukar tren di beberapa stesen.

Jika  bukan di waktu puncak tren biasa sudah cukup selesa. Taklah takut meminum banyak air sebab tandas ada..Di Jerman atau eropah tandas awam selain berbayar, tersangatlah susah nak cari..musim dingin kurang  berbau  berbanding musim panas  hancing dilorong lorong celah bangunan.


Perlu memeriksa  tren berikutnya selain platform..Perubahan ini dinyatakan di paparan digital stesen atau apps DB yang telah dimuat turun...boleh juga menaiki tren lain yang melalui destinasi sama.. 


Tren Jerman walau ICE sekalipun  tiada seat khas kepada pemegang tiket...selagi ada ruang, penumpang tetap boleh bersesak masuk..hanya jarang berlaku di ICE. Biarpun kekerapan tren banyak, ketika waktu puncak kesesakan tetap serupa..

Biarpun jauh berjam selagi tiada seat terpaksalah  berdiri. 





Tiba juga di Haupbahnhof Frankfurt. 







Bandar bandar eropah tak dapat lari dari gelandangan..


Bab makan jangan bimbang..Keluar saja stesen kedapatan banyak restoran halal..Boleh mencuba pelbagai menu halal dari pelbagai negara..



Lari dari kebiasaan menu Turki, harini merasai masakan Thai. Cuma rasa di negara orang, janganlah dibandingkan dengan rasa negara asal..

Balik beli bekal briyani di restoran Afghan pula.


Nasi itik ala Thai..







Menuju hotel 10 minit menaiki tren.. Penginapan kami kurang 3km dari pusat bandar Frankfurt..

Esok saja meronda sana..

No comments:

Post a Comment