Tuesday, July 21, 2026

3H2M Pantai Timur-Gua Musang

Kita lupakan kebun, berbaki sikit lagi rumput berpotong, membaja pejal sudah, foliar pun sudah, untuk memulihkan lagi semangat berkebun, ponteng  rutin kebun Ahad dengan mengulangi rutin ronda-ronda 1 Malaysia.

Ke selatan sudah, ke utara sudah, destinasi 3H2M ke Pantai Timur lagi..

Kita suka bergerak awal pagi, rutin harian memang terjaga tidur awal, memanfaatkan badan segar, terus bergerak awal...ditambah lagi rutin orang lelaki memang dituntut berjemaah di surau maupun masjid.., dah alang-alang keluar terus bersiap bersama persalinan musafir, singgah di mana-mana masjid dalam perjalanan..

Kelebihan gerak awal pagi, jalan lapang kenderaan tak banyak, pukul 6 pagi Di plaza tol Gombak sebelum 10 sudah tiba di Gua Musang..

Sengaja  mencuba lebuhraya Lingkaran Tengah Utama LTU, untuk mengetahui kemajuan terkini., ermm rupanya masih sama, seksyen Raub-Kuala Lipis masih belum dibuka. Sebahagian Kuala Lipis- Gua Musang sudah dibuka, hanya memasuki Gua Musang seksyen tersebut terbengkalai. Struktur jambatan sebahagiannya sudah siap dan terbiar..

Kali terakhir melalui jalan Kuala Lipis -Gua Musang kira- kira 12-15  tahun dahulu, sewaktu anak ke 4 belajar di Besut tingkatan 1-3, ketika itu fasa ini baru dimulakan pembinaan. 

Seandainya LTU yang berhubung dengan LPT siap sepenuhnya, perjalanan bakal lancar, mungkin kuranglah rungutan warga Kelantan tersangkut di jalanraya sehingga berpuluh jam setiap kali pulang beraya..








Di Gua Musang singgah di Masjid Tengku Razaleigh yang mempunyai seni bina ala ala Masjidil Haram. Masjid dibuka sejak 2022. Keadaan terkini cat mula kelihatan suram.








Bersarapan pagi di dataran Muse Ecopark. Muse Park bersebelahan dengan stesen KTM Gua Musang.

Sejak kunjungan  Gua Musang terdahulu, Masjid Tengku Razaleigh dan Muse Ecopark merupakan 2 tarikan baru Gua Musang. Di dataran ini terdapat  cafe, kedai serbanika, kolam renang dan  Masjid Buluh bersempena binaan yang dibuat dari buluh

Menariknya lagi disini terdapat aktiviti rock climbing dan flying fox di mercutanda Muse Ecopark... 






 

No comments:

Post a Comment