Friday, July 31, 2026

Santai Kembara Bukit Fraser

Rutin mingguan Khamis dan Ahad ke kebun, keesokan harinya  sesudah subuh berkubang air panas K.Kubu Bharu, sesudah berkubang ni yang selalu tak keruan...terus balik pun lebih banyak bergolek, jadi merayap mengikuti roda berputar mencari tempat sarapan.

Kalini ke Bukit Fraser lagi, dah agak lama tak ke sana..tak jauh pun sekitar 40km dari KKB,  pemanduan menjadi lama sebab melalui jalan sempit dan berlingkar untuk ke puncak..Udara di atas nyaman, suasana tenang, kurang  tumpuan berbanding Cameron Highland.
 



Pertama kali membawa Kembara Kebun ke Puncak Fraser, kalau Kancil pun pernah sampai, Kembara sedikit cuak sebab pernah overheating..Walaupun sudah sekian lama di overhaul trauma tu masih ada..

Fuh rupanya Kembara sangat mantap, sejak enjin sudah dibikin  deruman tidak sekasar dulu, lembut saja melayan laluan berliku lagi berbukit, biarpun AC berada ditahap tinggi, enjin tidak begitu terasa underpower, tukaran gear juga lembut namun adalah juga sesekali sentap bila melayan liku curam. Suhu enjin kekal rendah..Biarpun telah berusia puluhan tahun keseluruhan masih sangat padu.



Barangkali terkejut jika  ada yang menjenguk  kabin,  di luar berkilat,  bahagian kabin dipenuhi dengan perkakas dan alatan kebun, cangkul, mesin rumput, chainsaw, kapak, parang dan segala macam tong mengisi barang keperluan kebun.







Hari jumaat ramai camper mula memenuhi tapak perkhemahan. Bercamping telah menjadi gaya hidup kini. Berbanding kunjungan terdahulu kini terdapat banyak papantanda tunjuk arah campsite. Bukan saja khemah yang dipacak, ramai mulai menggunakan  campervan, camperlori  dll




Suasana di puncak yang dingin sangat sesuai untuk bercamping atau bersantai.





Bersarapan di cafe Hotel  d'Puncak. Bufet sarapan pagi hanya Rm16 seorang biarpun sajian terhad menu nasi lemak, meehoon goreng, roti bakar,  telur rebus, telur goreng bersama hidangan sisi lain seperti sausage, bake bean, air minum panas maupun sejuk, buahan, harga sedemikian boleh dikatakan sangat murah..

Kebiasaan kami bersarapan di cafe lain, hari Jumaat port sarapan kami hanya dibuka sesudah Jumaat..di situ menjamu selera di beranda cafe disajikan dengan pemandangan tanah tinggi yang menawan. Setelah puas melepak baru turun balik...
 


Bukit Fraser ternyata menawarkan tempat santai menarik, bersih, kemas dengan suasana nyaman..

No comments:

Post a Comment