Saturday, August 22, 2026

4H3M Padang-Malin Kundang

Sebelum bertolak ke Padang lagi,  Itenirari melawat  tapak kesah rakyat Malin Kundang  di Pantai Air Manis Padang paling dinantikan. Di Malaysia kesah ini dikenali juga dengan Si Tanggang.

Sejauh mana kebenaran cerita ini wallahualam...















Si Tanggang lahir dari keluarga miskin, sejak kecil bapanya telah meninggal dunia, si ibu mencari kayu api sebagai sumber rezeki, diceritakan si tanggang merantau untuk mengubah nasib dan menjadi saudagar kaya, berkahwin dengan puteri raja..Sekembalinya dari merantau dia tidak mengaku ibunya yang miskin. Akibat derhaka ibunya menyumpah sehingga Si Tanggang dan segala isi kapal menjadi batu.




 

Ketika ribut kapal dikatakan telah terputus dua..Memang jelas rupa seperti bangkai kapal begitu juga batu menyerupai seseorang bersujud seolah memohon ampun, hanya kepala adalah tambahan kerana dikatakan telah rosak dihakis ombak..


Sejauh mana sahihnya cerita ini wallahualam..dinding  kapal maupun tali dikatakan asli walaupun seakan telah dipulihara dari keadaan asal.

Biarpun sekadar cerita rakyat,  tetap boleh mengambil pengajaran dari cerita tersebut, anak anak jangan durhaka kepada orang tua begitulah sebaliknya, orang tua janganlah ringan mulut mendoakan perkara tidak elok terhadap anak anak..

Penulis sendiri menyaksikan bagaimana kata kata buruk ibu terhadap anaknya menjadi nyata... Sering mengucapkan perkataan bodoh dan tak berguna dan benar kini anak menjadi penagih dadah tegar..


Sedihlah tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dibiarkan kotor..






Kita yang diberi kesempatan meronda pelbagai tempat mengakui, rata rata destinasi asia tenggara memang masih jauh untuk berdiri seiring dengan negara maju, biarpun dianugerahkan kecantikan alam semulajadi, tangan tangan manusia yang merosakkan keindahan...

Tak taulah kenapa mentaliti manusia negara sedang membangun rela membiarkan suasana kekal selekeh. Penampilan bangunan dan gerai-gerai pacak usang diburukkan lagi dengan sikap manusia yang suka membuang sampah merata..





Mengakhiri lawatan singgah ke Masjid Agong Padang..


'Mambali andak mambali buliah caliak caliak kadalam..'

'Membeli atau tak membeli boleh saja melihat lihat di dalam..'






Rabu 19hb tamatlah ronda ronda 4H3M Padang...


No comments:

Post a Comment