3 pokok avocado dibeli online, mati sepokok semasa penghantaran dan sepokok lagi cantum tunas ke anak pokok penanti dari benih biji. Ikutkan kesemuanya nak ditanam di kebun bukit, menanti waktu sesuai sebab pokok masih belum stabil...
3 pokok beli online sepokok Rm50, mujur semuanya diterima hanya kecewa bila memaklumkan ke penjual sepokok telah patah, sepatah haram tak berjawab..Saiz pokok pun tidak sebagaimana diiklankan..
Bila bertandang ke kebun Khamis baru ni banyak pokok yang kena sodok babi, berubah fikiran, sepokok nak tanam belakang rumah..setidaknya ada yang selamat inshaAllah..di kebun biarpun dipagar rapi, risiko mati lebih tinggi..
Belakang rumah berkawasan luas, Sebelum ini memang berazam tak mau menanam apa apa pokok namun sendiri memungkiri janji. Cuma bilangan pokok akan dihadkan..Menanam memang mudah, menjaga tu yang susah..Lagipun kawasan taman susah melupuskan sampah-sampah pukal..Kalau ada pun berminggu baru kontraktor perbandaran datang kutip..
Sepokok avocado yang telah ditanam membesar begitu cantik sekali..
Berbanding di kebun pokok di tepi rumah lebih terjaga..sering dibajai dengan air basuhan ikan..begitu juga dengan sisa organik ditanam di pinggiran pokok. Tumbesaran lebih laju dan sihat.
Pokok avocado cantum tunas ini yang akan ditanam di kaki cerun belakang rumah. Pokok lasak longan Brasil akan ditanam sebagai sulaman pokok yang mati di kebun bukit




No comments:
Post a Comment