Keluaran 1998 sehingga kini masih padu. Untuk destinasi dekat atau ke puncak kebun memang telah teruji, sejak di overhaul dan dibuat pelarasan enjin, sangat tangkas memanjat bukit.., ketika awal-awal dulu, lembab untuk memanjat .
Bunyi enjin mengaum, kini lebih lembut..Cuma kekurangan, ketika jem melekat AC menjadi tidak begitu sejuk, berpunca dari kompresor yang sudah agak uzur, tapi tidak seteruk dulu sesudah diservis.. Pada pemanduan biasa AC cukup sejuk, tiada keperluan untuk menukar kompresor baru.
Semalam teruji membawa jalan jauh dan memasuki pusat bandar Kuala Lumpur ketika orangramai bersesak ke segenap destinasi sempena cuti panjang hujung minggu bersambung cuti merdeka Isnin. Hati tetap risau kotlah enjin terlampau panas, alhamdulillah AC dan enjin lulus. Penggunaan minyak petrol 4wd memang agak tinggi untuk jarak pemanduan dalam 300+ km, hampir habis Rm50
Motor cermin tingkap juga perlu ditukar, walaupun telah ditukar 2 kali tetap rosak lagi, barangan ciplak online, memang tidak boleh diharap.




No comments:
Post a Comment