Thursday, January 12, 2012

Apa khabar Kg Raja, Besut sekarang...?







Pemandangan diatas diambil pada 2hb Jan 2012 yang  lalu.. Kami rakamkan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kg Raja Besut, melalui jalan pantai..Jalanraya sebahagiannya sudah dinaiki air. Sebuah van nampaknya sudah terperangkap dalam banjir...air takdalah dalam sangat sebab garisan putih masih boleh dilihat, heran juga bagaimana van itu boleh terpadam enjin...walaupun berdebar aku redah jua..,takut lagi ditunggu,  semakin dalam jalan ditenggelami air kerana  hujan turun tanpa henti dan langit gelap...

Kiri kanan jalan ibarat lautan..Dihalaman  rumah kedapatan kenderaan sudah ditenggelami air..hu..hu kesihan kepada tuan punya kenderaan itu...

Hampir seminggu lebih berlalu ..Apakhabar kampong tersebut sekarang...? sudah surut kot...

2 comments:

  1. tapi di kl dah mula panas...air pun x lama lg kalau panas berterusan kena catu..

    ReplyDelete