No Anda 1126, No sekarang 1078.. bermakna ada 48 orang dihadapan anda....Perhati betul-betul..ini bukan no giliran di bank, pejabat pos atau imegresen atau pejabat pendaftaran ok...tapi ini adalah no giliran untuk membeli keropok lekor...ha ha.! di Tok Beng, Kuala Terengganu...pergh ganah mung tokey..!
Walaupun panjang senarai menunggu tetapi ramai yang sanggup menanti...untuk mempercepatkan giliran, jumlah pembelian dihadkan sebanyak RM 100 sahaja...sabar betul mereka ni menunggu, aku sukalah juga membedal keropok lekor nih, tapi kalau dah panjang sangat menunggu, hilang selera aku...aku tujulah saja ke gerai lain..lagipun bagi aku keropok adalah keropok.. iyealah masing-masing punya citarasa tesendiri..ada yang kalau dah betul-betul suka, berbaris panjang pun takpa...samalah juga aku heran tengok orang sanggup berbaris panjang seawal 3 petang semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa yang digemari...
Barangkali penyediaan keropok secara tradisional dan ditontonkan secara langsung tambah membangkitkan selera..keropok panas segar dari periok...
Pastinya penyediaan produk segar terus dari kilang tambah mengenakkan keropok yang dihasilkan...
Syabas kepada pengusaha keropok ini, aku berpendapat mungkin pengusaha ini generasi kedua kerana terdapat penambaikan sistem pengurusan seperti penggunaan nombor giliran juga penggunaan mesin untuk menguli dan menggentel keropok yang selama ini aku tengok ramai pekerja menggunakan tangan saja..Kita berharap generasi seterusnya menambahbaikkan lagi pengeluaran dengan penggunaan mesin yang lebih canggih dan dipremis yang serba moden..barulah pengeluaran dan kebersihan boleh ditingkatkan...
Sekali lagi syabas dari kami penggemar keropok lekor...
Hebat tu... Siap pakai nombor macam bank & pejabat pos!
ReplyDeleteKang, terbaek laa.
ReplyDeleteSedang mana kepopularitiannya berbanding Keropok Losong? Mana lagi best?
haha hanif..pelanggan menjerit keriangan bila nombor dipanggil...dah panas bontot menunggu le tuu..
ReplyDeleteABN, tentang rasa tak tau pulak mana lebih sedap...yang pasti akan lebih sedap kalau dimakan masa perut sedang lapar...