Saturday, March 31, 2012

Cerpen...Masuk kiri keluar kanan...2

Ikut perancangan asal nak ikut laluan  Bandar Muazam-Kuala Pilah -Seremban -KL. Bila mengenangkan  kereta yang bermasalah tukar haluan ikut Kluang dan masuk Lebuhraya PLUS di Ayer Hitam. Jarak tak jauh dalam 100 Km lebih sikit saja. Bila dah tiba Lebuhraya PLUS nanti lapang hati sikit kerana kemudahan trak penunda banyak.

Masuk saja jalan Mersing-Kluang, aku makin rasa tak sedap hati..jalan sunyi beb..Laluan Endau -Rompin memang le sunyi..jauhkan lah bala dari menimpa..signal phone kekadang ada, selalu takda. Sebab tu aku teragak-agak nak menumpangkan sorang mat salleh yang ingin menumpang..Betul..!, bila aku berhenti dan bagi tumpang, enjin terpadam tapi nasib baik boleh dihidupkan semula. Dia cakap ingin ke sawah padi organik di Kahang..oklah..nak ke Kluang pasti melalui jalan yang sama..Kita pun bersembang dengan mat salleh ni..umur muda lagi dalam 23 tahun berasal dari Perancis. Dia meronda jalan darat dan laut sebelum tiba Malaysia dari Singapura. Sebelum tu puas meronda Rusia, China, Thailand. Masuk Langkawi ikut jalan laut tumpang naik kapal layar dari Phuket dan sambung ke Singapura.., pun naik kapal layar. Lepas Malaysia akan pergi ke India. Selepas enam bulan akan balik semula ke Perancis..Tuu dia...Tambah dia lagi meronda macam ni tak banyak pakai duit kecuali untuk makan minum saja..yang lain-lain tu tumpang-tumpang  orangramai atau  kenalan yang dikenali melalui FB dll.

Sebaik menurunkan Mat salleh tu di sawah padi organik di Kahang enjin kereta ikut sekali padam. Kalau aku terus mencuba aku rasa bateri pulak yang habis nanti..Aku bagitau bini aku, kalau mat salleh tu boleh sampai ke Malaysia. takkan kami perlu merungut dengan ujian sekecil ini..Keputusannya kami pulak tiru mat salleh tu 'hitch hike' kenderaan yang lalu lalang..ha ha..dapat naik pick up sayur. Sampai le ke Kahang

Kereta...? Aku tinggalkan dulu di tepi jalan. Kena cari jalan lah ni nak cari trak penunda...(Bersambung...he he cerpin kan..)






Thursday, March 29, 2012

Cerpen...Masuk kiri keluar kanan...

Menghantar anak mendaftar baru ni meninggalkan kenangan yang pasti akan terpahat dibenak fikiran. Bila-melalui simpang itu nanti pasti akan menggamit kenangan lama. Hu hu..Kereta wa secara tetiba terpadam semasa  berhenti dilampu isyarat. Amaran tidak, apa tidak..tiba-tiba enjin padam..sudah..! Puas cuba hidupkan enjin semula, namun hampa..terpaksa tekan lampu hazard , buka pintu dan mengangkat tangan memberitahu orang belakang kereta kami bermasalah.. Mujur apik konduktor bas di belakang kami dan penonggang motorsikal memberi bantuan, menolak kereta keluar simpang. Terimakasihlah yea..

"Aiyoo banyak berat ooo.!"..

He he..macamana tak berat.., hampir kosong almari, anak aku bawak segala barang miliknya.. segala jenis baju, seluar, kasut, selipar, baldi, gayung, berus dll..itu belum jajan-jajan. Sungguh memang berat..dahla kereta tua aku memang berat...

Bermacam-macam andaian menyerbu kepala otak ..nak kata minyak, penanda aras masih tak menyala..bateri..? tak mungkin, belum setahun tukar...Telifon pomen di KL tak berjawab pulak, maklumlah dah 9.30 malam..Segera SOS abang wa yang kebetulan tinggal dalam 5km dari tempat kejadian, kami memang nak bermalam di rumah dia pun..sambil tu minta beliau membawa minyak petrol sekali., mana tahu penunjuk aras petrol rosak. Aku pun terfikir jugak, akhir sekali isi minyak adalah di Shell R N R Dengkel, Lebuhraya ELITE...RM70..Sepanjang lebuhraya aku bawak dalam 140, sesekali tersesah juga  satu enam, satu tujuh ..keluar ikut tol Johor Bahru menghala Pasir Gudang dan Kota Tinggi..! boleh tahan kereta tua aku nih dah sampai Pekan Kota Tinggi, minyak belum cecah reserve lagi...itu sebab aku fikir mungkin jarum minyak rosak., barangkali minyak ditangki kering...

Bila dah tuang minyak, cuba 2, 3 kali start, tetiba vrom..vromm...argh lega...Keesokan pagi cuba start..pun ok., sekali pulas terus hidup. Betul lah kot pelampong penanda aras minyak rosak sebagaimana dibagitau pomen aku yang menalifon semula malam tu. Sepagian di Mersing berulang alik antara pekan dan asrama sehingga urusan pendaftaran anak aku selesai, kereta pun tak nampak tanda-tanda bermasalah...

Sehinggalah semasa nak balik KL.., pulas punya pulas enjin langsung tak mau hidup...Setengah jam tunggu dan cuba semula...vroom...! enjin hidup pulak. Segera bawak ke bengkel kereta., kalau nak terpadam  dibengkel pun takpa..tak payah  cari trak penunda. Sepanjang berpusing mencari bengkel tadi, pomen aku di KL  suruh hantar kereta ke bengkel kawan dia di JB..! giler ke apa, dibuatnya enjin padam lagi kat lampu isyarat, naya kami.. Kalau kena tolak lagi, bertambah panjang lah muncong bini aku..silap-silap boleh gantung dua hanger baju...! Cari saja bengkel di Mersing. Sampai di bengkel pertama walaupun susah tapi boleh hidup...disebabkan bengkel itu tak biasa repair kereta jenis continental, disuruh pergi ke bengkel kedua. Di sini off..on, off ON..bukan sekali dua, tapi banyaaak kali..langsung takda masalah...isshh, hangin betul aku..kalau iya pun nak rosak..rosak lah depan pomen...!

Kami ambil keputusan teruskan perjalanan ke KL...(Bersambung..)

Hu.hu..rupanya kereta aku teringin juga nak naik trak penunda...Enjin padam di Kahang, 40 KM dari Bandar Kluang...

Bukan kami tak suka...



26 March 2012, Anak bongsu, hari pertama di MRSM Mersing..Pengambilan Ting. 1 ke 3. Hari pertama malu-malu lah tu...ha ha..

Ada orang cakap wa halau anak-anak pergi duduk asrama. Ada betul dan ada salah. Betul, sebab kami inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Selain pencapaian akademik, kami inginkan anak-anak belajar berdikari, susah senang cuba diatasi sendiri tanpa terlalu bergantung pada ibubapa. Cabaran mendatang lebih hebat. Persaingan semakin sengit. Di asrama budak-budak kena belajar bersosial, bertoleransi sesama mereka. Kemudahan-kemudahan seperti bilik air perlu dikongsi bersama. Belajar mematuhi jadual yang diatur pihak sekolah. Berbanding di rumah aktiviti utama, fb,fb,fb, tidur.tidur.tidur...issh naik rimas menengok..di asrama kan banyak aktiviti yang disusun untuk penghuni asrama. Tahu pulak mereka patuh dengan peraturan ... Argh banyak lagilah senarai kebaikan yang menyebabkan ramai ibubapa suka menghantar anak-anak ke asrama.. Tidak dapat dinafikan terdapat juga keburukan-keburukan.

Salah . Kami hantar bukan kerana tidak suka anak-anak berada disisi. Bila berjauhan sayang dan kerinduan datang membuak-buak. Kekadang emak ayah yang lebih-lebih dari anak-anak itu sendiri. Minggu pertama hantar, hari-hari talifon. Sehingga mereka rasa rimas. Hujung minggu, belum sempat pagar asrama  dibuka , ramai emak ayah berbaris nak jumpa dengan anak-anak. Kami dah berkira-kira nak jengok anak di asrama  lagi awal bulan nih, he he..padahal baru saja tiba rumah semalam dari hantar anak mendaftar sekolah, sebab tu korang tengok kawasan asrama dah jadi seperti tapak pesta bila tiba hujung minggu. Bagus lah kan...

Berjalan jauhlah motor-motor dan kereta aku lepas ni.. Tasik Puteri, Rawang-Alor Gajah-Besut-Mersing.. Perghh..!


Friday, March 23, 2012

Dulu dekat, sekarang jauh...

Ibarat mencampak batu didalam tasik, riak air yang terbina membentuk gelombang halus, semakin lama makin menjauh. Begitulah dengan kami, seorang demi seorang anak-anak mula berada jauh dari sisi. Kitaran hidup. Mula Seorang, berdua, 3,4,5,6,7...7,6,5,4,3, eik sekarang dah berdua balik. Dalam tempoh 22 tahun. Begitulah pantasnya masa berlalu...Sekarang bertambah lengkaplah jelajahan kami satu Malaysia. 5 penjuru Malaysia menjadi saksi kehadiran kami.. Kuala Nerang-Utara/Barat, Besut-Utara/Timur,  Kuantan-Tengah/Timur, Tasik Puteri,Rawang-Tengah/Barat , Alor Gajah-Selatan/barat, Mersing-Selatan/Timur.

Destinasi yang akan kerap dikunjungi ketika ini dan masa mendatang Besut, Rawang, Alor Gajah dan Mersing. Pergh..! Hari Isnin 26 March 2012 ni bermulalah episod hidup baru kami. Anak perempuan yang kecik akan mendaftar tingkatan 1 di MRSM Mersing. Selepas rayuan demi rayuan samada secara online dan berkunjung sendiri ke pejabat MARA permohonan kami diterima. Takpalah demi pelajaran terbaik untuk anak-anak, kami redha dengan perpisahan ini..Mersing pun Mersinglah...

Bila hanya tinggal berdua ni, bayangan kereta sport klasik 2 pintu asyik datang menerjah je,  isssh kacau betul lah...takpa-takpa berangan bukannya kena bayar...He he..


Thursday, March 22, 2012

Dulu jauh, sekarang dekat...

Kenapa jadi begini erk..? Kerana harta anak beranak berantakan. Aku makin bimbang. Kalau dulu hanya dengar pengalaman orang yang tersangat jauh samada melalui akhbar dll., tapi kini orang yang dekat dengan aku terbabit sama. Perkara yang cukup asing dahulu , nampaknya semakin menghampiri kita. Kawan setaman aku nak saman adik ipar/bapa mertua gara-gara berebutkan harta pusaka.-rumah pusaka. Sehingga siang tadi nampaknya masing-masing dah berpatah arang. Pihak ketiga dipaksa masuk campur. Tenaga Nasional diarah memotong bekalan elektrik, Syabas diarah memotong bekalan air dan kini polis dan peguam akan campur tangan apabila masing-masing berkeras kepala. Dalam kes begini aku harap pihak peguam tak jadi batuapi..cucuk sana cucuk sini. Aku harap mereka menjadi orang tengah yang akan mendamaikan pihak bersengketa.

Aku menasihati diri sendiri, anak-anak juga kepada rakan taulan berusahalah supaya memiliki harta sendiri dan  tidak terlalu mengharap agihan harta pusaka. Jadilah orang yang memberi, bukan meminta-minta. Namun bila melihat sendiri persengketaan sebegini, aku jadi takut dan keliru. Aku ingin menjadi hartawan, tapi aku takut harta menjadi fitnah dikemudian hari. Kalau aku biarkan peluang mendatang berlalu pergi, takut-takut aku mengengkari keperluan fardu kifayah...argh ..betul, aku sedang keliru... diketika ini...

Ya Allah jauhi kami dari dugaan yang berat..Aminn


Wednesday, March 21, 2012

Bahaya..! Ia tersangat hampir dengan kita...

Minggu lepas heboh diakhbar cerita pasal seks songsang. kalau sebelum ni aku kurang jelas mengenai istilah homoseksual, heteroseksual, biseksual, sekarang ada sedikit faham. Homoseksual golongan lelaki memperlakukan lelaki, heteroseksual, golongan lelaki rela diperlakukan lelaki. Golongan ini disebut sebagai gay. Jika sesama perempuan disebut lesbian manakala biseksual pula lelaki tibai, perempuan pun tibai.

Paling memeranjatkan bilangan gay yang ramai. 3 dari 10 lelaki adalah gay dan lebih dahsyat ada mendakwa 5 dari 10 lelaki. Congak mudah, semasa berselisih bahu dengan 10 orang lelaki 3 daripadanya adalah gay. Lebih ngeri bila membayangkan, kebarangkalian 30 peratus daripada keseluruhan jemaah yang hadir semasa solat Jumaat  adalah gay...Golongan ini sukar dikenalpasti melainkan sesama diorang. Tak ke gila..! Ini sudah wabak penyakit..

Sebelum  ni bila menggunakan tandas awam selalu juga membaca contengan di dinding/ pintu tandas  golongan ini. Aku ingatkan notis budak-budak nakal. Berdasarkan stastik diatas, kemungkinan contengan ditandas-tandas itu betul adalah  tinggi. Kita dalam bahaya..! Kalau diturunkan bala nampaknya semua orang akan kena. Ikut sejarah, daerah/negeri/negara yang penduduknya mengamalkan hubungan sejenis akan diterbalikkan seolah olah ditelan bumi. Mungkinkah gaya hidup yang ditunjukkan sekarang memberi petunjuk Malaysia turut tidak akan terlepas dari dilanda malapetaka seperti gempa bumi dsb.Nauzubillah.

Semoga kita, ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga terhindar dari gejala ini.


Monday, March 19, 2012

Busathon...?

Walkathon, joghathon ha ah selalu korang dengar kan..garenti busathon tak pernah dengar..saja wa memandai guna  istilah syok sendiri sempena  aktiviti  baru ni 24 jam mengharungi perjalanan menaiki bas tanpa henti. KL-Gua Musang-Jertih-KTrg-Kuantan-KL. Bermula 9.30mlm, Hentian Putra, Sabtu malam Ahad dan tiba kembali  di Hentian Pekeliling 9.30 mlm,  Ahad malam Isnin. Kalau kira perjalanan pergi dan balik  ke/dari stesen bas masa melebihi 24jam.

Dari Jertih ke KTrg dapat naik bas ini saja...aircond pun takda...

Kalau anak lelaki, akan aku suruh naik bas sendiri, biar belajar berdikari..memandangkan anak perempuan, di awal usia remaja pula tu.. takpalah biar aku sendiri menghantarnya. kalau terjadi apa-apa tak diingini paling tidak, kurang lah penyesalan. Aku rasa baru saja menjemput anak minggu lepas sempena cuti sekolah, cepat masa berlalu dah kena hantar semula ke asrama. Terfikir kesian jugak kat anak-anak sedari kecil sudah mula terpisah dari ahli keluarga. Aku rasa ramai ibubapa turut merasai apa yang aku rasa. Namun demi pelajaran, kami redha...

Masa mengambil mula nak cuti sekolah dulu, sekeluarga kami pergi sambil melawat orang tua dikampong, Di Timur kami pergi, di Barat pun kami lawati..kebetulan anak kedua kini belajar kolej di Melaka, sedang elok lah tu buat satu pusingan  Malaya. Bila ramai-ramai  aku rasa berbaloi memandu kenderaan sendiri. Bila cuma berdua saja, aku rasa elok saja menggunakan kenderaan awam. Selain banyak guna duit penatlah memandu sorang-sorang...aku pun teringin nak kunyah-kunyah makanan pas tu tanpa sedar terlelap mata.. syok sangat membuta, ternganga mulut pun tak sedar..sebagaimana anak bini aku buat masa aku memandu sorang-sorang ha ha..

Asyik jadi pemandu je , teringin juga jadi tuan..kita melepak sambil angkat kaki kat belakang..ngap..ngap makan-makan ha ha..

Aku suka naik bas.. luas dan selesa. Cuma tak best bila nak balik semula KL baru ni tiket habis., terpaksa naik bas sangkut-sangkut. Tak sangka pula semua tiket bas express perjalanan ke KL dari pantai Timur pada Ahad baru ni abis., barangkali orang kembali semula ke KL sempena bermulanya semula sesi persekolahan. Cuba juga check flight, argh sampai RM400 lebih sehala, rasa tak berbaloi..lagipun bukannya nak kejar masa sangat., tak kesahlah naik bas sangkut-sangkut.


Bila tiket di Jertih habis terus saja naik bas biasa ke K.Trg dengan harapan dibandar besar adalah kot. Rupanya disitu pun habis. Hari Isnin ada mesyuarat, kena cari jalan juga balik KL. Kebetulan Trannasional ada satu seat kosong ke Kuantan sebelum ke Seremban. Boleh lah tu..Tiba di Kuantan tiket ke KL pun banyak dah habis..! sebelah malam ada lah..ish.ish..pusing -punya pusing dapat satu seat kul 5 ptg. Express Durian Burung. Dah lama teringin naik bas ni..Jalan agak sesak sepanjang Lebuhraya Karak.

Dalam bas bersembang dengan sorang cikgu muda...

"Dah dekat 24 jam naik bas, tak penat ke pakcik...?"

" Pakcik pergi sepadan Laos/kemboja naik vespa pun pernah nak, setakat duduk dalam bas sambil makan tidur apalah sangat..."

He..he..





Friday, March 16, 2012

Kemalangan cuti sekolah...


Berikut adalah antara foto-foto yang sempat kami rakamkan sepanjang perjalanan  KL-K.Trg-Segamat-Gemas-Alor Gajah-Yong Peng-Hulu Langat-Rawang hujung minggu lepas sempena mengambil anak-anak bercuti sekolah dan  melawat ibubapa dikampong..Keliling satu Malaya beb..Tup-tup dah seminggu cuti sekolah berlalu dan akan berakhir ., maka akan berulang semula rutin yang sama..Sunyi lagi rumah bila anak-anak kembali ke asrama masing-masing..Sebenarnya banyak lagi insiden yang tak dapat dirakam kerana dikhuatiri menganggu lalulintas. Kemalangan dipercayai kerana permukaan jalan yang licin.

 LPT 2 Bukit Besi- Ajil Terengganu. Perhatikan jalan yang basah...



LPT 2-Ajil-Bukit Besi, Terengganu. Korang tengok, berpusing semula menghala ke Ajil semula..Kemungkinan kemalangan disebabkan permukaan jalan yang beralun,  nak kata jalan  basah hari tak hujan ..

Batu Anam Jalan Segamat-Gemas, Johor



Hulu Langat- Ampang, Selangor...Macam-macam boleh berlaku. kalau ikut selekoh sepatutnya kereta ni terlajak seberang jalan sana, tapi boleh terhumban kat sebelah sini pulak..

Kepada pengguna jalanraya hati-hati ketika memandu...

Thursday, March 15, 2012

Rumah Harapan...

Zaman dah berubah. Dulu sekampong kalau duduk berjiran selalunya ada hubungan kekeluargaan..paling tidak bau-bau bacang. Anak-anak jarang yang bermastautin jauh dari kampong. Adakah situasi sekarang serupa macam dulu..? Walaupun adik beradik ramai, berapa orang yang tinggal berdekatan dengan keluarga.? silap-silap tiada..masing-masing tinggal berjauhan. Sebab itu ramai pasangan wargatua yang tinggal kesepian. Di kampong aku ramai, di kampong sebelah bini aku ramai. dan aku percaya dikampong anda pun ramai..Tak perlu tengok orang lain, keluarga kami pun cukuplah..Anak cucu kalau menjengok pun mungkin tetakala hujung minggu atau cuti-cuti umum...bagaimana dengan hari-hari biasa..? siapa agaknya yang tolong menjengok..masalah datang bukan kira masa...mungkin masa tiada sesiapa disisi masa tulah masalah menjelma...

Masalah wargatua tinggal bersendirian perlu ditangani. Telah terdapat banyak kes dilaporkan, warga tua mengalami pelbagai masalah termasuk meninggal dunia tanpa disedari orang keliling gara-gara tinggal bersendirian. Sebagaimana anda yang tidak selesa tinggal dirumah orang lain, begitulah mereka wargatua yang seboleh-bolehnya hendak tinggal dirumah sendiri. Mereka teringat rumah peninggalan, kebun, ayam itik, kucing dll..Jika anda mempunyai ibubapa, cubalah tanya dan ajaklah, aku rasa sebahagian besar memilih untuk tinggal sendirian dengan pelbagai alasan.

Aku cuba juga usulkan bersama adik beradik supaya mengumpulkan ahli keluarga, mak/ayah, makcik-makcik yang berumur untuk tinggal setempat, supaya senanglah nanti jika terjadi apa-apa. Jawapan sama keluar, sedangkan dirumah anak-anak pun tak mau, inikan pula dirumah serba asing. Mungkin perlu rukuntetangga menjengah rumah-rumah wargatua sebegini., kalau program sebegini ada...Tapi pada pandangan aku ini penyelesaian jangka pendek...

Benar sepasang ibubapa boleh membela dan menjaga 10 orang anak dan sungguh sukar untuk berlaku sebaliknya.. Mungkin adik beradik boleh berkerjasama menyediakan  pembantu/bibik dirumah, tapi apalah sangat yang boleh dilakukan oleh pembantu ini dikala kecemasan. Mungkinkah rumah wargatua perlu diwujudkan disetiap kampong-kampong..hatta taman-taman ? Yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pembantu, pembantu perubatan, ubat-ubatan, ambulan dsb.

Rumah wargatua...? aku rasa kita kena  berubah persepsi. Mungkin bukan untuk ibubapa kita., sebab persepsi negatif masih menebal tapi  mungkin untuk kita yang perlu bersedia menghuni disini...Kenapa tidak jika kemudahan disini lebih baik. Bukankah sedari kecil warga baru kini telah diasuh tinggal ditempat sebegini...Asrama super junior..., asrama junior dan akan datang asrama senior atau supersenior...!

Sekadar pandangan aku...maklumbalas anda dialu-alukan...




Wednesday, March 14, 2012

Sikap ibubapa mewarnai hidup anak-anak...

Cuti sekolah datang lagi. Sebagaimana dialami sebelum-sebelum ini, boleh dikatakan kebanyakan tempat sesak..jalan biasa sesak, lebuhraya sesak.., tempat berkelah sesak dan banyak tempat lagi sesak. masing-masing  guna  peluang mengambil anak sekolah, membawa anak berjalan dsb. Aku percaya yang agak  lengang waktu ini adalah pejabat-pejabat. Nasib la orang yang berurusan dengan pegawai berkaitan.. tunggulah sehingga mereka naik bercuti.

Aku agak lah stastistik pengguna lebuhraya pasti meningkat sewaktu mula dan akhir cuti sekolah. Aku tak nak tulis faktor lain tetapi lebih kepada peningkatan disebabkan ibubapa atau ahli keluarga mengambil/menghantar sendiri anak-anak yang belajar disekolah diluar daerah dan tinggal di asrama. Kalau dulu tak ramai ibubapa yang berbuat demikian, atas faktor kemampuan barangkali, tapi kini aku rasa kebanyakan ibubapa tak sanggup membiarkan anak-anak menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik dari sekolah masing-masing.

Ada baik dan buruk tindakan ini. Tapi aku nak sentuh lebih sikit pasal keburukan. Ini pendapat aku ok, mungkin berbeza dengan pandangan kalian. Untuk anak-anak perempuan aku rasa oklah demi keselamatan, melainkan mereka boleh berpakat berjalan secara kumpulan, tapi untuk anak-anak lelaki terutamanya yang berada di Tingkatan 3, 4 dan 5, aku rasa agak kurang sesuai. Berikan mereka sedikit kepercayaan. Biarlah mereka berdikari. Lagipun sekarang ramai anak-anak dibekalkan handphone samada secara terang-terang atau sembunyi. Kita masih boleh memberi tunjuk ajar dari jauh dengan memberi pandu arah.

Dulu ada pelajar seawal tingkatan satu telah mendaftar masuk asrama diluar daerah bersendirian..! Ini cerita benar ok yang diceritakan dan dialami sendiri oleh senior-senior kami. Aku tak fikir ibubapa sekarang sanggup berbuat demikian dan secara peribadi aku pun tak sanggup membiarkan anak sekecil itu membuat pelbagai urusan sendirian. Padahal sekiranya diberi peluang atau terpaksa mereka boleh melakukannya.

Contoh diatas merupakan sebahagian tindakan ibubapa yang tanpa disedari memupuk sikap negatif dalam diri anak-anak..Sekiranya kita terlalu melindungi anak-anak sewaktu kecil dikhuatiri kebergantungan kepada ibubapa masih tidak boleh dirungkai sehingga dewasa kelak. Daya tahan anak-anak menghadapi cabaran semakin kurang seiring dengan kurangnya keyakinan diri. Berapa ramai anak-anak muda kini yang tahan berkerja setempat dalam satu tempoh yang lama. Pantang bermasalah mereka lebih rela berhenti dan melepak dirumah mak/ayah. Mereka apa kesah, duduk melepak pun mak/ayah boleh tanggung.

Aku ada seorang kenalan. Anak beliau umur awal 20an. Dan ibu beliau, walaupun berkerja, sanggup balik ke rumah semata-mata untuk menghantar anaknya yang telah dewasa untuk solat jumaat..! Tak kembali ibu, tak solat lah anak..!

Siapa yang harus dipersalahkan...? Fikir-fikirkan..

Thursday, March 8, 2012

Loan rumah punya hal...

Terasa hina betul aku sebagai peminjam. Aku percaya ramai pembaca di luar sana yang turut mengalami nasib sama kena kejar dengan orang bank sebab terlewat  membuat bayaran pinjaman perumahan, kenderaan dll. Pantang terlewat bayaran, tak cukup dengan sms., akan adalah nanti pegawai bank bertugas mula membuat panggilan. Baiknya, tak perlulah kita nak membelek diari takut-takut terlupa membuat bayaran.., orang bank bukan sorang bahkan 2 , 3 orang sehari mengingatkan  supaya menjelaskan bayaran walaupun terlewat sehari dari tarikh patut kena bayar..Yang tak elok pulak, kita cepat naik hangin  sebab mereka ni tak kira pagi, petang , siang atau malam di hari biasa, bahkan di hujung minggu atau cuti umum  tetap gigih menuntut bayaran. Macamlah hutang kita ni besor sangat hinggakan kalau tak dapat kutip seolah-olah habis duit nak bayar gaji.  Jadi maafkan aku kepada mereka yang berprofesion  mengejar bayaran sebegini sekiranya  terhambur kata-kata kesat kepada kalian . Kekadang kita sedang beremosi...Benar, mereka menjalankan tugas..Cuma kekadang aku  tak tahan.. masa mood kita sedang berserabut, masa tu lah  panggilan seumpama ini masuk...pemanggil pertama aku boleh terima tapi kalau sampai dua tiga orang mengejar .. fuh memang  hangin satu badan.. aku musykil , adakah mereka takda rekod mencatatkan setiap panggilan.. kita dah cakap sekian-sekian haribulan...cakap sekali sudahlah..apa perlunya  2, 3 orang lagi memanggil meminta kepastian tarikh bayaran.

Pagi tadi, telifon aku berderu-deru masuk panggilan...tentunya perihal kerja..Mood aku betul bercelaru..tetiba masuk satu panggilan yang aku rasa kenal siapa yang memanggil...

"Asalamualaikum.. maaf, encik, terimakasihlah semalam kami dah terima bayaran rumah encik.."

Sikit punya baik intro nak psyco aku...tapi kalau hati sedang bengkak, memang silap haribulan lah si pemanggil..

"Hah..ok lah tu"..

" Boleh tak kami dapatkan tarikh bayaran lagi,,?"

" Bayaran apa lagi..? Bukan kah baru semalam saya bayar..!, Berapa tahun loan saya tertunggak..?"..suara aku dah mula tinggi...aku gerram sangat-sangat...aku tahulah aku berhutang..tapi rekod bayaran balik aku  boleh dikatakan cemerlang.

" 1 bulan en.." balasnya...

Argh...! terus aku letak talifon..malas nak layan lagi..nanti dapat dosa kering aku membebel banyak kat pemanggil. Bila otak sedang biul, mana sedar mulut melaser nanti.

He he ..itu pagi tadi ok..sekarang hangin sudah hilang...maaf banyak-banyak kepada petugas bank. Nanti aku bayarla...

Salam malam Jumaat...








Tuesday, March 6, 2012

Kereta klasik...

Kekadang elok juga jadi katak bawah tempurung..kita tak kesah dengan dunia luar. Macam orang asli yang tinggal  jauh di hutan pendalaman tu..mereka apa peduli dengan dunia luar. Apa perlunya TV, apa gunanya kereta, motor, rumah besar , sijil berjela bla.bla bla..kitaran hidup macam orang lain jugak, kecil, membesar, beranak pinak  dan akhirnya menuju tempat sama juga..Kubur....Kepala aman damai tak perlu fikir pasal hutang..Bila kita dengan dunia kita, tanpa pengaruh dunia luar, keinginan yang bukan-bukan tak le menerjah membuak-buak..bila luas pemandangan dan ramai rakan inilah jadinya., tak pernah puas dengan apa yang ada. Persekitaran kadang-kadang mempengaruhi emosi kita.

Semalam pergi kedai Mail Motor. Jiwa  jadi kacau lagi..depan bengkel sengaja dia tayang motor Suzuki Katana 500 old school, yang sudah dibikin cantik. Tanya harga, dia jawab RM13500. nak kata mahal, secara perbandingan, motor Honda CB90 aku tu rasa lagi mahal, dekat 7k aku dah habis., bila bawak 50km/jam bergegar satu badan berbanding motor Katana tu yang masih rileks membesit 150km/jam keatas. Rasa macam berkenan..hu hu..

Tak taulah aku, main motor ni pun macam bermusim jugak kot..dulu bila tiba main gasing, sekampong gila main gasing, main guli pun gitu, main lastik, gelang getah pun sama, baling tin susu, rejam kotak rokok dll. Bila malam rakan motor telifon, dia tanya berminat tak dengan Honda Bailey 160 harga 3500, sudah bikin tip top..ish.ish..dalam hati rasa macam nak..Apahal ni semua geng macam dah beralih arah main motor klasik pulak. Rakan yang ini sekarang dah gila main motor retro..motor Kawasaki ZZR1200 dah tukar kepada Kawasaki W800.. dan 2 bijik lagi motor lama lain ada tersadai belakang rumah dia  nak bikin jadi cantik..

Lepas termenung sejenak,  argh malaslah nak tambah lagi masalah, motor klasik aku tu pun dah berbulan tersadai tak boleh start sebab bateri habis., . Motor yang lain tu pun, asyik yang satu je yang aku lenjan.  Bila keinginan nak bertukarganti motor ala-ala burok menjelma segera ku pujuk hati ini...cukup-cukuplah tu dengan motor...pakailah apa yang ada..pejam celik nanti jadi klasik jugak motor yang dimiliki. Tapi petang tadi bila ternampak  pasangan Mat Salleh bersama van VW beatle dengan plat no dan bendera Denmark, semakin teruja pulak nak layan kereta klasik  . arghhh..pulak dah..!


He he..Kalau dapat kereta sport klasik ni lagi ok kan...!




Monday, March 5, 2012

Cermin sisi basikal...

Mula-mula saja aku tanya, samada ada tak cermin sisi basikal. Rasa leceh betul bawak basikal dijalan raya bila terpaksa menoleh ke belakang setiap kali nak mengelak lopak, menyeberang jalan, memotong kenderaan dsb..Laa ada rupanya. Belek-belek dan runding harga terus setuju. RM 60 satu. Argh pasang sajalah walaupun nampak tak berapa cantik. Nampak pelik..! anak aku bagitau..tak kesahlah..yang penting keselamatan. Mana tau sedang asyik kita menoleh kebelakang, tanpa disedari lopak besar menunggu di depan ...atau anjing melintas..tak ke parah..?



"Bai..pasang baik-baik aaa...!"

"Hokkey..!"


Amacam..? Mesti ramai mat-mat rempit gelak kat aku..heran jugak dengan diorang nih., cuba korang periksa motor diorang..mana ada cermin sisi...Tak taulah, dah elok-elok ada cermin sisi, ditanggalkannya...Relakah kita berseronok sementara, tapi bahana yang bakal menimpa berpanjangan...memang tidak berbaloi...!

Ish lawo jugak basikal aku ni erk...! Ha ha..

Sunday, March 4, 2012

Dusun sekolah...

Jom jenguk anak-anak di asrama hujung minggu ni..ha,,ha bagi yang ada anak sekolah di asrama lah yea..Kalau nak jenguk cucu, adik, anak sedara pun dipersilakan..Seronok tengok ibubapa datang menjengok anak dihujung minggu nih..dah jadi seperti tempat berkelah kawasan sekolah..ada yang membentang tikar dibawah pokok dll..Seperti tempat perkelahan lain, juadah makanan mesti tak tinggal..siap dengan mangkuk tingkat, tong air dsb..he he..ada negara rakyatnya mati kebulur, kita disini..makan..makan dan makan...kalau wakaf yang disediakan, usah mimpi le datang lambat boleh dapat..yang menunggu nak guna ramai beb..Pengusaha kantin tentu tersenyum riang bila pengunjung turut berbelanja sakan untuk ahli keluarga,

Bila berpeluang melawat sekolah anak-anak di pelbagai tempat alangkah bagusnya sekiranya kawasan sekolah selain ditanam dengan pepohon hutan yang teduh, apakata turut ditanam dengan pokok buah-buahan..sayang kawasan yang begitu luas tidak dimanfaatkan sebaiknya. Aku pernah usulkan perkara ni kat kelab Golf, diorang taknak tanam sebab takut ada pencerobohan dan merosakkan padang..kalau di sekolah ok apa...Kalau ibu bapa dapat menyumbang sepohon pokok pun jadilah, aku percaya tak cukup kawasan nak ditanam pokok buah tu..Semasa melawat anak-anak boleh le berkelah sambil menjolok pokok buah-buahan..duku,rambutan, pulasan., manggis, mangga, jambu dll Meriah kan...? Moga semakin akrab hubungan antara anak-anak, guru-guru dan ibubapa ..Kalau pokok durian jangan pulak ditanam ditepi sekolah, naya bila buah gugur nanti..Ha..ha..

Jom  pakat-pakat kita usulkan perkara ini ke pihak sekolah atau PIBG...

Friday, March 2, 2012

Kebersihan adalah tanggungjawab bersama...!

Ada orang cakap dengan aku, kalau takda orang sesuka hati membuang sampah, takda kerjalah  tukang cuci nanti...bukankah mereka telah dibayar gaji untuk menjalankan tugas itu..oowh patutlah selamba je aku tengok orang ramai membuang sampah merata-rata. Sakit hati aku tengok orang campak bekas minuman, sisa makanan  keluar dari tingkap kereta.. apa salahnya dikumpul dulu dalam kereta dan  tiba didestinasi nanti buanglah dalam tong sampah..di simpang lampu isyarat penuh dengan puntung rokok,. di kawasan rekreasi berlonggok akhbar lama yang dijadikan alas ditinggalkan begitu saja...dan banyak lagilah..

Nampaknya parah negara kalau mentaliti ini dimiliki sebahagian besar rakyat. Jika masih mengharap kepada tukang cuci, tanpa kerjasama orang ramai menjaga kebersihan, percayalah kebersihan, keindahan  tempat kita akan kekal ditakuk lama atau makin mundur kebelakang..sebab..? Pencuci hanya mampu menjalankan rutin harian. sapu sampah, kutip sampah..itupun tak menang tangan sebab yang yang mengotorkan jauh lebih besar daripada yang membersihkan. Bilamasa mereka boleh diarah untuk membuat tugasan lain...? Bukankah sekiranya tugasan asas ini minimal, mereka boleh membuat kerja lain untuk lebih mengindahkan kawasan seperti mengemaskan landskap, membersihkan jalan dari pasir-pasir dan debu, mencuci papan tanda dan kemudahan awam yang berhabuk, membersihkan longkang dari rumput rampai dll. Contoh kekotoran  ini bukan disebabkan oleh tangan-tangan manusia tetapi secara semulajadi...Barulah ada peningkatan dan bertambah ceria sesuatu kawasan...

Yang hairannya bila pemandangan semakin menyemakkan mata atau bila banjir kilat terjadi, ramai pulak  yang pakat-pakat komplen...Tukang cuci tak jalankan tugaslah...PBT makan gaji butalah..mintak SPRM siasatlah dsb dan lebih aku menyampah pandailah pulak mereka berlakon depan kamera , menutup hidung sambil menunjuk kawasan yang bermasalah...padahal aku yakin, sebahagian besar yang hadir tu merupakan punca utama kenapa masalah ini timbul...Mentaliti kerja membersih dan mengindah bukan tugasan kita tapi tugas pencuci...!

Ayuh...! kita mulakan dengan diri kita. Kebersihan adalah tanggung jawab bersama.