Terasa hina betul aku sebagai peminjam. Aku percaya ramai pembaca di luar sana yang turut mengalami nasib sama kena kejar dengan orang bank sebab terlewat membuat bayaran pinjaman perumahan, kenderaan dll. Pantang terlewat bayaran, tak cukup dengan sms., akan adalah nanti pegawai bank bertugas mula membuat panggilan. Baiknya, tak perlulah kita nak membelek diari takut-takut terlupa membuat bayaran.., orang bank bukan sorang bahkan 2 , 3 orang sehari mengingatkan supaya menjelaskan bayaran walaupun terlewat sehari dari tarikh patut kena bayar..Yang tak elok pulak, kita cepat naik hangin sebab mereka ni tak kira pagi, petang , siang atau malam di hari biasa, bahkan di hujung minggu atau cuti umum tetap gigih menuntut bayaran. Macamlah hutang kita ni besor sangat hinggakan kalau tak dapat kutip seolah-olah habis duit nak bayar gaji. Jadi maafkan aku kepada mereka yang berprofesion mengejar bayaran sebegini sekiranya terhambur kata-kata kesat kepada kalian . Kekadang kita sedang beremosi...Benar, mereka menjalankan tugas..Cuma kekadang aku tak tahan.. masa mood kita sedang berserabut, masa tu lah panggilan seumpama ini masuk...pemanggil pertama aku boleh terima tapi kalau sampai dua tiga orang mengejar .. fuh memang hangin satu badan.. aku musykil , adakah mereka takda rekod mencatatkan setiap panggilan.. kita dah cakap sekian-sekian haribulan...cakap sekali sudahlah..apa perlunya 2, 3 orang lagi memanggil meminta kepastian tarikh bayaran.
Pagi tadi, telifon aku berderu-deru masuk panggilan...tentunya perihal kerja..Mood aku betul bercelaru..tetiba masuk satu panggilan yang aku rasa kenal siapa yang memanggil...
"Asalamualaikum.. maaf, encik, terimakasihlah semalam kami dah terima bayaran rumah encik.."
Sikit punya baik intro nak psyco aku...tapi kalau hati sedang bengkak, memang silap haribulan lah si pemanggil..
"Hah..ok lah tu"..
" Boleh tak kami dapatkan tarikh bayaran lagi,,?"
" Bayaran apa lagi..? Bukan kah baru semalam saya bayar..!, Berapa tahun loan saya tertunggak..?"..suara aku dah mula tinggi...aku gerram sangat-sangat...aku tahulah aku berhutang..tapi rekod bayaran balik aku boleh dikatakan cemerlang.
" 1 bulan en.." balasnya...
Argh...! terus aku letak talifon..malas nak layan lagi..nanti dapat dosa kering aku membebel banyak kat pemanggil. Bila otak sedang biul, mana sedar mulut melaser nanti.
He he ..itu pagi tadi ok..sekarang hangin sudah hilang...maaf banyak-banyak kepada petugas bank. Nanti aku bayarla...
Salam malam Jumaat...
"

Hehe.. Sesekali kita pun boleh lupa :D
ReplyDeletekadang2 bkn org dr bank, tp ejen
ReplyDeletedepa dpt komisen kot