Wednesday, March 14, 2012

Sikap ibubapa mewarnai hidup anak-anak...

Cuti sekolah datang lagi. Sebagaimana dialami sebelum-sebelum ini, boleh dikatakan kebanyakan tempat sesak..jalan biasa sesak, lebuhraya sesak.., tempat berkelah sesak dan banyak tempat lagi sesak. masing-masing  guna  peluang mengambil anak sekolah, membawa anak berjalan dsb. Aku percaya yang agak  lengang waktu ini adalah pejabat-pejabat. Nasib la orang yang berurusan dengan pegawai berkaitan.. tunggulah sehingga mereka naik bercuti.

Aku agak lah stastistik pengguna lebuhraya pasti meningkat sewaktu mula dan akhir cuti sekolah. Aku tak nak tulis faktor lain tetapi lebih kepada peningkatan disebabkan ibubapa atau ahli keluarga mengambil/menghantar sendiri anak-anak yang belajar disekolah diluar daerah dan tinggal di asrama. Kalau dulu tak ramai ibubapa yang berbuat demikian, atas faktor kemampuan barangkali, tapi kini aku rasa kebanyakan ibubapa tak sanggup membiarkan anak-anak menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik dari sekolah masing-masing.

Ada baik dan buruk tindakan ini. Tapi aku nak sentuh lebih sikit pasal keburukan. Ini pendapat aku ok, mungkin berbeza dengan pandangan kalian. Untuk anak-anak perempuan aku rasa oklah demi keselamatan, melainkan mereka boleh berpakat berjalan secara kumpulan, tapi untuk anak-anak lelaki terutamanya yang berada di Tingkatan 3, 4 dan 5, aku rasa agak kurang sesuai. Berikan mereka sedikit kepercayaan. Biarlah mereka berdikari. Lagipun sekarang ramai anak-anak dibekalkan handphone samada secara terang-terang atau sembunyi. Kita masih boleh memberi tunjuk ajar dari jauh dengan memberi pandu arah.

Dulu ada pelajar seawal tingkatan satu telah mendaftar masuk asrama diluar daerah bersendirian..! Ini cerita benar ok yang diceritakan dan dialami sendiri oleh senior-senior kami. Aku tak fikir ibubapa sekarang sanggup berbuat demikian dan secara peribadi aku pun tak sanggup membiarkan anak sekecil itu membuat pelbagai urusan sendirian. Padahal sekiranya diberi peluang atau terpaksa mereka boleh melakukannya.

Contoh diatas merupakan sebahagian tindakan ibubapa yang tanpa disedari memupuk sikap negatif dalam diri anak-anak..Sekiranya kita terlalu melindungi anak-anak sewaktu kecil dikhuatiri kebergantungan kepada ibubapa masih tidak boleh dirungkai sehingga dewasa kelak. Daya tahan anak-anak menghadapi cabaran semakin kurang seiring dengan kurangnya keyakinan diri. Berapa ramai anak-anak muda kini yang tahan berkerja setempat dalam satu tempoh yang lama. Pantang bermasalah mereka lebih rela berhenti dan melepak dirumah mak/ayah. Mereka apa kesah, duduk melepak pun mak/ayah boleh tanggung.

Aku ada seorang kenalan. Anak beliau umur awal 20an. Dan ibu beliau, walaupun berkerja, sanggup balik ke rumah semata-mata untuk menghantar anaknya yang telah dewasa untuk solat jumaat..! Tak kembali ibu, tak solat lah anak..!

Siapa yang harus dipersalahkan...? Fikir-fikirkan..

4 comments:

  1. Masa Saya sekolah dulu.. Budak-budak dari Sabah & Sarawak daftar masuk Asrama sorang-sorang jer tak de pun berhantar! Bila masuk ke U pun sama..

    Maklumlah kos tinggi tinggi kalau nak berhantar. Tapi itulah yang membuatkan mereka ni lebih cepat menyesuaikan diri dan kuat semangat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu-ibu kena lebih cekal, kerana mereka ini yang berlebih-lebihan..hu hu..

      Delete
  2. lagi2 anak muda zaman sekarang.. semua benda nak ada depan mata..
    lagi2 yg dah terbiasa semua ada, bila susah sikit dah mengungit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul..kekadang makan pinggan main letak saja dalam sink, bukannya nak terus cuci...isshh sekadar contoh..

      Delete