Hujung minggu lepas sempena cuti Hari Malaysia, merupakan hari yang sibuk bagi kami dan pastinya kepada mereka yang mempunyai anak tinggal di asrama. Walaupun baru 2 minggu sekolah bermula setelah cuti panjang sempena hari raya, anak anak diberi peluang bercuti lagi namun tidak untuk pelajar yang akan menduduki SPM dan PMR. Memandangkan hanya sebulan lagi pelajar PMR akan menduduki peperiksaan maka sebagai ibubapa kenalah pulak melawat mereka untuk memberi sokongan moral.
Dan tahun ini 2 orang anak aku terlibat dalam kedua-dua peperiksaan itu.. Sesudah subuh Sabtu 15 Sept 2012 kami menjemput anak yang bersekolah di MRSM Trolak sebelum meneruskan perjalananan ke MRSM Besut Trengganu melalui Cameron Highland -Gua Musang-Kuala Krai-Macang-Jerteh...Laluan ini akan menjadi antara laluan tetap kami ke Besut untuk tahun mendatang selain laluan Kuantan-K.Trg melainkan anak aku dapat berpindah ke sekolah lain . Beliau berpeluang untuk berpindah ke sekolah berhampiran dengan keluarga setelah PMR nanti. Itupun sekiranya permohonannya diterima.
Seorang pengusaha gerai mencadangkan kami mengikuti laluan C.Highland-Gua Musang-Felda Aring-Kuala Berang-Jertih...ho ho..Kami tak sanggup, kecuali jalan di Felda Aring telah dinaik taraf. Kami pernah bermotor melalui laluan itu dulu Kenyir-Felda-Aring-pertama kali lalu.
Kami tak singgah di Hentian Bharat Tea House..ramai pengunjung di sana sebaliknya makan tengahari di Tanah Rata...
Seperti biasa C.Highland ramai dengan pengunjung, Jalan melalui Tapah sesak dengan kenderaan sebelum menghampiri Tanah Rata juga apabila menuruni puncak menuju simpang ke Gua Musang.. Berselisih juga dengan kumpulan mat-mat motor besar...tapi tak ramai...hairan.. biasanya ramai mat-mat motor perang melayan konar Simpang Pulai- C.Highland...
Setiap kali melalui CH aku sering terdetik alangkah baiknya sekiranya usaha naik taraf terus dilakukan untuk menjadikan CH kawasan tarikan pelancong dunia. Aspek kebersihan, landskap dalam bandar, susunatur gerai-gerai dan pembangunan lain perlu diberi perhatian. Yang merosakkan pemandangan adalah gerai yang berselerak selain kebersihan masih ditahap rendah. Payung digunakan pula ibarat pasar malam.. berkeladak pulak tu..Seeloknya diperkenalkan garis panduan penggunaan payung-payung atau bumbung di setiap gerai mahupun kedai. Larang sama sekali penyambungan/pengubahansuaian setiap gerai atau kedai yang merosakkan pemandangan ...Dan paling penting penguatkuasaan segala garispanduan itu..Ishh kenapa tempat pelancongan orang lain sangat menarik dilawati... sayang sausana nyaman sebegini tidak dieksploitasi sebaik mungkin.
Pemandangan yang menarik di Kuala Besut...Muara dilihat dari gerai santapan malam kami...masih kurang pengunjung sebab hujan baru berhenti...
Tiba di Besut jam 6 ptg, bermakna 12 jam perjalanan kami. Paling membosankan laluan antara Gua Musang -Macang- Air Putih..Taktaulah samada keletihan atau keadaan jalan memang teruk atau kedua-duanya. Malam itu kami bermalam di Rumah Tamu MRSM Besut...Yea aku nak tulis pasal Rumah Tamu di entry akan datang...

No comments:
Post a Comment