Thursday, September 20, 2012

Rumah Tamu MRSM...


Mereka yang mempunyai anak sekolah di MRSM rasanya tahu sekolah memiliki kemudahan tersebut, namun berapa ramai pernah menggunakan kemudahan itu aku kurang pasti. Sekiranya diamati, kebanyakan MRSM sewaktu mula dibina dulu kebanyakkannya berada jauh dari penempatan ramai. Pembinaan MRSM baru pun meniru konsep serupa..jauh dari penempatan..Barangkali sengaja dibina sedemikian untuk mendapatkan sausana pembelajaran yang tenang.  Bila melalui jalan yang sunyi tetiba terdapat bangunan tersergam..itulah MRSM. Kini dek kerana pembangunan di kawasan persekitaran  menjadikan seolah-olah MRSM tersebut dibina dicelah-celah kesesakan bandar.



Sebab itu  semasa pembinaan dulu disediakan rumah tamu untuk pengunjung luar dan ramai yang tak tahu termasuk kami,  rumah tamu turut dibuka kepada ibubapa pelajar. Benar, kami dapat menggunakan kemudahan itu semasa melawat anak kami di MRSM Besut baru ni dengan caj bayaran RM50. Padahal semasa di MRSM Kg Gajah Perak atau di MRSM  Kuantan dulu kami berkeinginan menggunakan kemudahan yang ada..Kami pun silap..tak rajin bertanya...Rugi..rugi..! Ramai ibubapa pelajar mengandaikan rumah tamu hanya dikhususkan kepada tetamu MRSM saja.  Melihat kepada sausana bilik, aku rasa amat jarang dihuni. Sungguh sayang bilik yang luas dengan pelbagai kemudahan tidak dimanfaatkan sebaiknya.


Seiring dengan peredaran masa pihak koperasi seharusnya mengambil kesempatan untuk menjenamakan semula rumah tamu sebagai sumber menjana pendapatan koperasi. Sekiranya diwar-warkan kepada ahli keluarga pelajar aku percaya rumah tamu akan sentiasa penuh terutamanya dihujung-hujung minggu. Biarpun hasil kutipan  tidak seberapa, bila dikumpul membukit juga..Daripada rumah tamu dipenuhi habuk dan sawang lebih baik dimanfaatkan kewujudannya. Sekiranya tahu, ramai ibubapa yang duduk jauh dari sekolah hatta yang tinggal berhampiran  ingin menggunakan kemudahan tersebut untuk berkumpul dan bermalam dengan anak-anak mereka. Kelebihan bermalam dengan anak-anak ini tidak boleh diperolehi sekiranya ibubapa tinggal di hotel atau homestay melainkan mendapat kebenaran membawa anak keluar dari pihak sekolah. Lagipun kami ibubapa teruja untu merasai semula pengalaman tinggal di asrama, satu pengalaman yang tidak boleh dinikmati bila tinggal diluar kawasan sekolah..

MRSM Jeli, mempunyai kemudahan bebarapa unit rumah tamu yang boleh digunakan oleh orang ramai kerana kedudukan rumah tamu tersebut berada ditepi jalan utama dan berasingan dari bangunan MRSM utama. Aku juga pernah menggunakan kemudahan tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan. Aku rasa pembinaan MRSM baru patut meniru konsep ini supaya pihak koperasi dapat menjana pendapatan dari sumber yang pelbagai disamping memupuk semangat keusahawanan dikalangan ahli koperasi itu sendiri.


30hb ini aku akan ke MRSM Besut lagi sempena Majlis Restu PMR 2012...dan awal-awal aku sudah minta anak menempah rumah tamu untuk kami...sementara orang lain belum tahu lebih baik aku chop dulu ha ha...


No comments:

Post a Comment