Thursday, April 18, 2013

Homestay Rawang-Promosi..promosi..promosi..!



Selama ini ramai yang mengenali homestay kami melalui internet atau melalui mulut ke mulut. Sehinggakan ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudan homestay tersebut. Persoalan aso dan rakan-rakan berjogging yang tertanya-tanya  kehadiran tetamu berbeza saban minggu diharap terjawab dengan pemasangan banner mini ini dipagar homestay kami...hehe tak sangka rupanya ramai penduduk tempatan memerlukan penginapan seperti ini.


Wakaf bersantai turut disediakan...



Jangan risau dengan kenderaan anda..kawasan parking luas...


Demam pilihanraya beb..Banner yang dipasang tenggelam dengan banner partai...Petugas-petugas atau pengundi-pengundi luar jika memerlukan penginapan disini jangan lupa hubungi kami...

Untuk memudahkan penduduk setempat menghubungi kami sekiranya memerlukan  kemudahan penginapan bolehlah berhubung ditalian telifon yang kami pamerkan di ruangan iklan  Masjid Cahaya Iman Bdr Country Homes.



 Homestay yang bakal dibuka

Sebagai mana dipamerkan diruangan sebelah kanan atas blog ini...1 unit Banglow dan sebuah apartmen ditawarkan ketika ini ...Namun sebelum pertengahan tahun ini sebuah lagi homestay akan dibuka di Bandar Tasik Puteri. Apartmen terletak ditingkat satu deretan rumah kedai  baru saja diperolehi melalui lelongan awam dan kini  dalam proses ubah suai. Selain penduduk setempat diharap orang luar turut bermanfaat untuk pelbagai tujuan . Sesiapa yang mempunyai ahli keluarga menuntut atau berkerja  di UiTM Puncak Alam atau Unisel Berjuntai Bestari yang kesukaran mendapatkan tempat penginapan bolehlah menginap di homestay kami. Tempoh perjalanan ke sana hanya mengambil masa 30 minit...

Pasaran homestay ini nampaknya lebih kepada penginapan hujung minggu. Persepsi orang ramai homestay adalah penginapan keluarga dan tidak dibuka kepada pengunjung solo. Pengunjung hari biasa tersangatlah kurang. Untuk menggalakkan pengunjung sendirian turut menempah dihari biasa, kami  menawarkan bilik serendah RM 50 semalam. Untuk bilik terpilih lah yea...

Tempahan boleh dibuat sekarang bergantung kepada kekosongan...

3 comments:

  1. salam. boleh saya tahu homestay ini dimana dan berapa harganya semalam? terima kasih,

    ReplyDelete
  2. wasalam cik normala...maaf lambat respond sb saya outstation..untuk mengetahui lebih lanjut berkenan homstay ini sila rujuk di facebook ep homstay atau tekan link di blog ini di sebelah kanan atas. tkasih

    ReplyDelete
  3. wasalam cik normala...maaf lambat respond sb saya outstation..untuk mengetahui lebih lanjut berkenan homstay ini sila rujuk di facebook ep homstay atau tekan link di blog ini di sebelah kanan atas. tkasih

    ReplyDelete