Kurang berjaya dalam bidang pelajaran tidak bermakna gelap masa depan. . Setiap seorang mempunyai kelebihan berbeza. Bagi yang berjaya dalam pelajaran cara peroleh rezeki mereka mungkin berbeza dengan orang yang kurang cemerlang dalam pelajaran. .Rezeki di dunia ini cukup luas dan pelbagai. Sebagaimana pokok-pokok yang berbeza spesis walaupun tumbuh ditempat yang sama keperluan makanan adalah berbeza. Keperluan berbeza membolehkan pokok hidup subur kerana tidak perlu bersaing menyerap zat makanan yang sama. Begitulah maha hebatnya ciptaan Allah. Masing-masing mempunyai rezeki melalui cara yang berbeza.
Beginilah hasil kreativiti kawan aku...Kapchai lama bertranformasi motorcross...walaupun belum siap sepenuhnya, sudah terserlah keanggunannya...
Walaupun kurang menjadi dalam pelajaran dulu, tapi hasil tangan dan kreativiti beliau sangat menjadi dan mengkagumkan. Beliau yang membuka bengkel di kampong mampu pergi jauh sekiranya diberi pendedahan untuk mengeksploitasi kebolehan yang ada...Segera teringat ungkapan sahabat handai di FB..Bukankah anak-anak yang belajar bercakap perlu berada bersama orang yang bercakap, anak-anak kecil yang bertatih perlu berada disekeliling orang yang pandai berjalan...begitulah seterusnya...Maka jika ingin menjadi manusia hebat perlu berdamping dengan orang-orang hebat juga...Tak akan menjadi jika ingin hebat tapi bergaul dengan golongan yang pesimis...Pergh memang tersangat betullah ungkapan itu...
Ada sesiapa nak tolak kapchai lama kepada aku...haha...

No comments:
Post a Comment