Trailer terbabas ke dalam longkang, mangsa selamat.
Tarikh 18hb Ogos 2013, Ahad
Lokasi : Lebuhraya Elite selepas exit Putrajaya menghala utara
Kereta terbabas ke dalam parit, Mangsa selamat
Tarikh 18 hb Ogos 2013, Ahad
Lokasi : Laluan Behrang-Sg Besar
Kenderaan terbakar, Mangsa selamat
Tarikh: Rabu 21hb Ogos 2013
Lokasi: Lebuhraya Plus arah utara bertentangan kawasan rehat Rawang
Pick up terjunam ke dalam sungai, Mangsa selamat.
Tarikh 23hb Ogos 2013, Jumaat
Lokasi : Jalan Rawang- Batu Arang, berhampiran simpang masuk Bdr Country Homes bersetentang dengan Stesen Minyak Shell
Kemalangan terburuk negara terkini tahun ini pastinya melibatkan bas masuk gaung di Genting Highland baru ni. Lebih 50 nyawa melayang. Kejadian kecil banyak., antaranya sebagaimana dipaparkan diatas. Kejadian dirakamkan sepanjang perjalanan kami dalam urusan seharian.
Apa mesej kejadian melibatkan pelbagai kenderaan ini...? Semua pengguna kenderaan berisiko menghadapi kemalangan...Apabila kemalangan melibatkan motorsikal, ramai yang bersuara bermotorsikal berisiko tinggi. Maka ramai yang phobia menonggang motorsikal. Jika kemalangan melibatkan kapalterbang, ramai yang phobia menaiki pesawat. Begitulah seterusnya...phobia menaiki kenderaan tertentu mengikuti peristiwa yang berlaku.
Pengajarannya, tak perlulah phobia menaiki apa saja kenderaan kerana semua kenderaan berisiko. Kita pun tak tau samada risiko itu akan terjadi terhadap kita atau tidak. Usah terlalu memikirkan risiko yang kita sendiri tidak pasti sehinggakan takut menaiki apa saja kenderaan. Yang penting hemahkan pemanduan/ tonggangan..selebihnya kita berserah kepada yang maha kuasa.
No comments:
Post a Comment