Laluan antara Tol Sungai Buluh sehingga ke Bukit Tagar memang bahaya terutama dikala hujan. Jalan disini licin kesan tirisan air lori sampah yang sentiasa berulang alik dari pusat pengumpulan sampah di tepi lebuhraya berdekatan Taman Kipark Selayang dan memasuki tol lebuh raya di Sg Buluh untuk ke Pusat pelupusan sampah di Bukit Tagar. Jika diperhati keadaan dua lorong paling kiri lebuhraya, permukaan jalan berwarna kehitaman kesan tirisan air sampah sehingga membentuk lapisan nipis yang akan menjadi teramat licin terutama bila hari hujan...Mungkin ini salah satu faktor mengapa sering berlaku kemalangan di sepanjang laluan ini ..
Dan petang tadi, setelah dimaklumkan rakan-rakan, aku tak sangka rupanya mangsa maut melibatkan motorsikal kawasaki GTR di Lebuhraya Karak sebelum terowong Genting Sempah baru ni, aku pernah bersua dengannya kerana terlibat dalam projek yang sama di Puchong tapi tidak begitu mengenali beliau . Mangsa Dato' Majura adalah Juruperunding M & E projek pembinaan ibupejabat LKIM di Pulau Meranti Puchong.. Patutlah semacam aku kenal tetekala menatap foto mangsa.
Dan gambar di atas pula adalah gambar anak sedara aku yang terlantar di Hospital Batu Pahat kerana terjatuh motor sewaktu mengambil selekoh jam 2 pagi dalam perjalanan dari Tongkang Pechah ke Senggarang untuk menemui rakan.sehari sebelum hariraya lepas. Tulang peha kanan patah 3. Mujur sewaktu kejadian tiada kenderaan lalulalang dan sempat ke tepi jalan untuk membuat panggilan kecemasan ke rakan dan famili. ..Memang sengaja mencari nahas, awal dinihari menonggang motor sendirian bertemu rakan. Macamlah tiada hari esok...
Salam takziah kepada yang terlibat dalam ujian ini. Nasib kita tidak diketahui..Sama-sama berdoa semoga terhindar dari malapetaka sebegini...Amin..
No comments:
Post a Comment