Kalau ditanya aku secara peribadi, sekiranya terdapat pilihan, aku lebih suka pergi bersama grup muasasah. Sesetengah orang memperli mahasusah..hehe Hatta kalau aku berkemampuan untuk pergi bersama pakej yang lebih mahal yang membolehkan pasangan suami isteri duduk sebilik.. Biarlah orang cakap kufur nikmat pun tak kisahlah.. Seronok duduk sebilik ramai-ramai...lelaki bilik lain, pasangan bilik lain...Walaupun kerap berjumpa tapi bila berjumpa dengan pasangan rasa lain macam.....Tanyalah orang yang pernah pergi haji..gelora dia semacam beb haha... Tak seperti 2003/2004 dulu, bilik pasangan walaupun searas tetapi diletak sedikit jauh. Kali ini bilik pasangan bersebelahan saja...Dan lagi aku sangat suka tiada sorang pun tahu siapa anda dan siapa orang persekitaran anda kerana masing masing pergi dengan pakej harga yang sama, Pertama kali hampir 10k.. kali kedua hampir 15k...anda berpangkat atau anda kuli , anda multi milionir , anda rakyat marhaen dsb tiada orang kesah dan peduli. Semua orang kelihatan sama.
Kami duduk sebilik 8 orang. 4 orang vateran berusia lewat lima puluhan dan selebihnya semi vateran umur dibawah 50 tapi atas 40. Pandai pulak pihak tabung haji menyusun jemaah. Sesetengah jemaah cakap susahlah bergilir-gilir nak guna tandas, Alhamdulillah tidak bagi kami. Susunan yang kami dapat cukup cantik. Jemaah vateran atas faktor usia kot sering terjaga seawal 1 pagi. Sesudah itu terus bergerak awal ke masjid. Bermula dari itu dituruti dengan jemaah yang lain...Penghuni semi vateran menduduki carta paling lewat bangun ...Kekadang setengah jam nak subuh baru bergegas mencari tandas...Walaupun menghampiri kelab vateran, kerapkali carta 2 terakhir jadi milik aku..hehe...
Mula-mula sampai dulu disebabkan kedudukan masjid yang jauh ramai juga jemaah yang menaiki teksi ataupun van untuk kesana. Walaupun tambang kekadang mencecah sehingga 20 riyal untuk jarak perjalanan kurang 1km itu. Daripada menyakitkan kaki lebih baik berhabis sedikit demi keselesaan. Bila jemaaah seluruh dunia mula memenuhi segenap ruang, teksi tidak dibenarkan lagi menghampiri kawasan masjid..Hanya laluan sehingga jarak tertentu saja dibenarkan. Langsung tak berbaloi menaiki teksi malah lebih cepat sampai jika berjalan kaki...bermula dari itu ramailah mula menapak ke masjid. Minggu pertama memang terasa kebas. Dek terbiasa menapak hari-hari badan mula menyesuaikan diri. Berjalan kaki mengambil masa 20-30 minit.
Walaupun ini kali ke 3 aku ke sana termasuk umrah 2008, terasa cuak juga untuk bergerak berseorangan melihatkan persekitaran yang serba serbi berbeza berbanding dahulu . Kebetulan isteri aku uzur syarie. Berbekalkan pengalaman terdahulu, aku tidak menyertai grup besar bersama pihak Tabung Haji untuk menyelesaikan umrah. Lagi cepat umrah diselesaikan lagi cepat bertahalul dan terlepaslah pantang-pantang semasa berihram.
Menapak keluar hotel, apa yang perlu dibuat adalah mengenalpasti mercutanda dengan mengambil gambar supaya mudah mengenalpasti laluan balik ke hotel. Lagi mudah berkenalanlah dengan jemaah yang tiba lebih awal di Tanah Suci dan tinggal di hotel yang sama dan kebetulan ingin ke masjid juga ketika itu. Jangan main serbu terus ke masjid walaupun berpengalaman. Memang mudah untuk ke sana, lebih-lebih lagi menara jam besar Masjidil Haram akan kelihatan dari kejauhan. Yang sering menjadi masalah adalah untuk kembali semula ke hotel penginapan. Ramai yang terperangkap. Beberapa kali aku didatangi jemaaah kekadang bukan berusia sangat pun, bukan saja dari Malaysia bahkan dari pelbagai negara yang hilang arah untuk kembali ke hotel. Jika tinggal dihotel yang sama bolehlah membantu dengan mudah, masalahnya jemaah tinggal dihotel dan lokasi yang berbeza. Haru beb berinteraksi seperti ayam dan itik...!
Cukup dulu coretan kali ini. Komen pembaca dialu-alukan. Sila maklumkan pengalaman/maklumat bagaimana yang ingin dikongsi. Takdalah aku syok sorang menulis tanpa memberi manfaat kepada pembaca... Maaf gambar-gambar tak sempat upload lagi...
Coretan terdahulu boleh di akses DISINI

No comments:
Post a Comment