Bila Peluang Datang Menjengah
Aku percaya ramai orang pernah mengalami situasi ini. Mula-mula jual
mahal, namun apabila peluang terlepas,
barulah terbit rasa menyesal. Bukan sekali dua tapi banyak kali perkara ini
terjadi. Entah apa yang difikirkan ketika menolak peluang yang
datang...Mungkinkah kita beranggapan peluang itu akan sentiasa hadir dalam
hidup kita? Selalunya tidak begitu. Banyak contoh yang boleh kita teladani. Tawaran harga murah seperti rumah lelong. , atau peluang
mendapatkan rumah sewa dikawasan strategik
atau membeli kenderaan murah dari rakan dsb.. Semasa mula-mula ditawarkan kita seolah
keberatan untuk mengambil peluang namun sesudah orang lain menyambarnya
barulah kita menepuk dahi., terkilan kerana lambat bertindak sehingga
terlepas peluang yang bertandang.
Minggu ini berdering dering telefon aku berbunyi..itu belum
mesej atau missed call lagi. Kerana apa ..? Semua
berebutkan seunit rumah flat tingkat 5. Bila dikatakan sudah ada yang mengambilnya...mereka menamatkan perbualan dengan nada kecewa. Alamaak..Adooi.. dan macam-macamlah...Padahal
sebelum unit itu disewa ...kebanyakan yang menalifon seolah sekadar
bertanya...bila diberitahu unit masih ada...jawapan yang diterima... ooh tingkat
lima..Hehe Pelik betul.
********
Berapa Kali Mau Tanya Laa
Aku juga percaya ramai yang pernah mengalami situasi ini...
"Kira berapa..."
" Tadi makan apa...?"
Kebanyakan restoran masih lagi mengamalkan pengambilan menu makanan lebih sekali..sebelum dan sesudah makan...Hehe.. Mungkinkah ada sebab tertentu mereka berbuat demikian...Mungkinkah supaya lebih mesra dengan pelanggan..atau memberi peluang pelanggan mengingati apa yang dimakan..dsb...erm wallahualam . Bukankah lebih mudah bil dikira menurut menu yang diambil sebelum makan...Nasib baiklah ramai pelanggan yang jujur, jika tidak boleh saja menipu apa yang dimakan...Tapi sebagai pengusaha yang berpengalaman, mereka mengenal menu apa yang dihidang berdasarkan sisa makanan yang tinggal atau jenis pinggan atau mangkuk atau cawan yang digunakan, kecualilah pelanggan menyapu licin makanan atau terus membuang bekas makanan yang digunakan...
Amacam kita buat ujian ini supaya pengusaha segera berubah. Beritahu menu berbeza semasa membuat bayaran...Agak-agak pelanggan akan mendapat renungan tepat tak sekiranya mereka menyedari menu tak sama dengan apa yang diberitahu....? Hehe susah nau nak berubah...Pelik betul...!
No comments:
Post a Comment