20hb Ogos 2014
Lokasi Taman Tasik Bdr Country Homes Rawang...Anggaran panjang trek -300m
Syabas...! Ada penambahbaikan terhadap prasarana di satu satunya taman rekreasi di kejiranan ini.. Walaupun tidak luas tapi memadai untuk berrekreasi diwaktu pagi atau petang. Kawasan nampak terbela., cuma penyelengaraan perlu lebih kerap kerana sudah terdapat kerosakan terhadap trek maupun peralatan yang terdapat di sana. Trek boleh lagi dpanjangkan dengan membina laluan baru .. Boleh manfaatkan setiap inci kawasan yang ada .
Tapi ada perkara yang sangat serius untuk penambahbaikan... Mentaliti...! Bukan sedikit duit dibelanjakan untuk mengindahkan sesatu kawasan.. Keindahan yang ingin ditonjolkan itu kekadang tidak mampu bertahan lama... Duit yang dibelanjakan ibarat menyampurkan pewarna ke dalam air longkang...Pewarna yang diharapkan menaikkan seri, terbazir begitu saja dek kalah dengan kehitaman air longkang.
Sikap suka membuang sampah merata-rata ini sungguh menjengkelkan...Namakan ...Kotak, puntung rokok..tin..botol minum..bekas makanan dsb dibuang tanpa sekelumit rasa bersalah walaupun terdapat banyak tong sampah disediakan...
Diperhatikan juga kawasan ini seringkali digunakan sebagai tempat ponteng pelajar-pelajar sekolah berhampiran sambil menghisap rokok...Alahai tengok lubang hidung pun berselupat dengan hingus..Butang baju dibuka serta pakaian dilepaskan begitu saja..entah apa yang bersarang dibenak pemikiran mereka ..Terasa hebatkah...Pelajar-pelajar yang aku hampiri menyatakan mereka teringin mencuba hasil pengaruh kawan-kawan...Adooi lemah betul pertahanan diri...Aku hanya memberitahu terpulanglah kepada diri masing-masing..Duit yang terbazir duit mereka, cuma mengharapkan duit diperolehi secara baik..maklumlah budak sekolah..sekotak rokok bukan murah harganya..Yang bakal menanggung sakit juga diri mereka...Cuma aku beritahu kotak-kotak dan puntung rokok jangan dibuang bersepah...Masukkan dalam tong sampah...
'Baik Pakcik..' Ermm tak taulah perli atau betul-betul menerima teguran...
Jom- Jom kita berubah...Kita mampu mengubahnya...
No comments:
Post a Comment