Pada aku idea itu tersangat unik. Daripada bahan terpakai diubah menjadi ikon menggamit pengunjung
datang. Gerai- gerai dan hotel penginapan
yang dibina menggunakan bas-bas terpakai. Berdasarkan respon yang dibaca melalui media-media sosial, ramai
yang turut kagum dengan idea itu.. Yang pertama di Malaysia.
Untuk melihat
sendiri dengan lebih dekat kami mengunjungi tempat itu hujung minggu sudah...Lecehnya untuk ke sana langsung tiada tunjuk arah sempurna ...Jika
hanya berpandukan papantanda jalanraya alamat tak akan tiba ke tempat yang
dituju.. Mujur kini ada penunjuk arah yang boleh di akses melalui telefon pintar. Jalan menuju ke Dataran 1
Malaysia Klebang dan persekitaran sangat sesak.
Setibanya di sana hari telah beransur gelap, tapi pengunjung masih lagi
ramai bersantai di pantai.
Dataran 1malaysia ini adalah kawasan baru yang dibangunkan di
atas tapak laut tebus guna...Pokok pokok masih diperingkat pra matang. Melihat kepada
sambutan pengunjung ternyata pelaburan ini adalah berbaloi...Tapi masalahnya
bila terlalu mendapat sambutan, trafik akan menjadi terlalu sesak. Sistem
trafik perlu dipertingkatkan.. Mungkin perlu mengenalkan sistem trafik satu
hala. Mencari tempat parking juga bermasalah.
Kereta kuda...ok idea yang bagus..
Melihat bas- bas yang disusun berbaris di tepi jalan,
pengunjung pertama kali datang pasti menyangkakan bas- bas tersebut sedang
menurunkan atau menaikkan penumpang walhal itu adalah gerai gerai dari bas
terpakai yang diubah suai . Secara
peribadi aku berpendapat idea penggunaan bas lama ini memang sangat canggih ,
sekalung tahniah kepada pencetus idea, namun susunan bas secara berbaris memanjang begini , aku kurang berkenan . Aku berpandangan susunan begini gagal menyerlah keunikan gerai –gerai . Aku
lebih suka jika bas disusun secara menyerong sebagaimana bas yang disusun di
terminal- terminal bas...Pada aku susunan
secara menyerong lebih kemas ...Mujur
bustel disusun secara separa bulatan , jadi nampak lebih kemas dan
menarik...Diharap akan lebih menarik apabila pohon-pohon yang ditanam telah
matang nanti.
Beberapa penambahbaikan diharap dapat dilaksanakan di kawasan
ini. Payung-payung gerai sementara sangat mencacatkan keunikan yang cuba
ditonjolkan.. Tiada keseragaman dan berterabur susunannya.. Elok rasanya payung
fabric gergasi dibina di sepanjang laluan yang menempatkan gerai-gerai. Pengunjung akan lebih selesa ketika cuaca panas maupun hujan.
Keunikan bas-bas diharap dapat dieksploitasi sepenuhnya oleh
pengusaha dan dipantau oleh pihak berkaitan. Pengunjung teringin makan-makan
atau membeli cenderahati di atas bas. Namun apa yang kami perhati,
sesetengah pengusaha menjadikan bas-bas
sebagai stor barang...
Pihak berkuasa tempatan juga wajib peka dengan keperluan
surau lelaki dan wanita untuk pengunjung. Jika tandas awam boleh disediakan dengan menggunakan
bas bas terpakai..kenapa tidak untuk surau. Puas kami
bertanya dengan pemilik-pemilik gerai
namun jawapan yang diberikan sangat mendukacitakan. Takkan semua pengunjung adalah musafir kot...
guna backhoe ke , excuvator pun ok
ReplyDeleteKita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com