Tuesday, October 21, 2014

Ride Unisza Pattani...

17 &18hb Okt 2014. Jumaat dan Sabtu

Tujuan pogram adalah untuk mengeratkan silaturahim penduduk antara dua negara. Pogram amal pelajar tahun akhir Jurusan Perubatan Unisza  beserta bikers bersama penduduk tempatan di kampong terpilih Selatan Thai, Daerah Pattani. Pogram disertai lebih 100 orang peserta pelajar, pensyarah dan bikers..




 Pelepasan konvoi dilakukan oleh Prof Dato Dr Yahya.,  Naib Chanselor Unisza..


 Konvoi diiringi oleh pasukan polis trafik Malaysia sehingga ke sempadan sebelum diambil alih oleh pasukan polis Thai. Urusan pasport dan membawa masuk kenderaan berjalan lancar walaupun lewat dek kerana terlalu ramai peserta... ..


Kali ini aku tak bawa motor ke Siam. Walaupun menonggang motor dari KL,  motor diletakkan di Unisza saja...Tidak terlibat dengan urusan imegresen membawa masuk kenderaan. Tumpang van Unisza kerana mengalami kecederaan lengan jatuh basikal di pagi hari sebelum ke Trengganu..


 Jumaat di Sg Golok...Kelewatan urusan imegresen menidakkan kami untuk solat jumaat... Tak mengapa.. Kami bermusafir...


Singgah digerai untuk makan tengahhari...Makanan sedap dan harga  berpatutan...Dengan pelbagai lauk seorang dikenakan tidak melebihi 50bath atau 5 ringgit.. Jika di tanah air aku rasa bisa saja melebihi 10 ringgit dengan juadah yang diambil

 Harga semasa minyak di Thai Ron 95 dalam 37.24 Baht.atau RM3.72.. Harga tidak sama antara stesen minyak ke stesen minyak.. Mereka mengenakan harga pasaran...Tiada subsidi dari kerajaan...Namun perbezaan ketara setelah menyeberangi sempadan  Thai setelah memandu dari Trengganu  juga Kelantan adalah keadaan jalan raya yang luas tanpa tol..Terasa  kerdilnya Malaysia.



Bikers turut berkesempatan mengunjungi sebuah perkampongan untuk menyerahkan sumbangan...Difahamkan selatan Thai dihuni lebih 80 peratus muslim...Secara zahirnya keadaan ekonomi penduduk setempat tidaklah sesusah mana, Namun dengan sedikit sumbangan saudara seagama dari negara berbeza dapat memupuk semangat ukhuah sesama umat..



Jam 4 ptg kami tiba di penginapan Park View Hotel. Dengan bilik yang luas lagi selesa caj juga sangat berpatutan 800 Bath satu malam...Apa lagi yang diinginkan untuk percutian..,Penginapan dan makanan halal tersangat mudah diperolehi.. Untuk kelainan Selatan Thai memang sangat menarik  dikunjungi cuma hati tetap berdebar disebabkan Selatan Thai terutamanya Daerah Pattani ini memang sentiasa panas...Sehari sebelum kami tiba 6 buah sekolah dibakar...Untuk memastikan keselamatan..., konvoi kami diiringi oleh pasukan keselamatan
Ternyata pilihan yang tepat menaiki van kerana sepanjang perjalanan hujan... Bukan takut berhujan tapi dikhuatiri luka dilengan semakin sukar sembuh jika berpanjangan basah...



Pelajar tahun 4 dan tahun akhir Jurusan Perubatan Unisza bersedia untuk berkhidmat.. Pogram Amal warga sehat dengan penduduk setempat...




Pemandangan yang sangat biasa di Selatan Thai...Halangan-halangan yang dikawal oleh tentera ini kedapatan di merata tempat...



\Pogram hariini diadakan di bangunan Majlis Perbandaran Sao Bana...Pattani



Penduduk setempat mengambil peluang membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh pelajar perubatan diawasi oleh para pensyarah berpengalaman.,..


Hehe anak aku yang juga mengambil jurusan perubatan di Alexendria  Mesir dan sedang bercuti turut menyertai pogram itu...Sedang eloklah kerana pelajar unisza ini merupakan batch yang sama dengan dia..


 Majlis bertukar-tukar cenderhahati antara dua pihak...



Jika para pelajar menyertai pogram memeriksa kesihatan penduduk setempat, para bikers turut menyertai pogram amal membersih kubur.. Dengan  kerja pembersihan kubur sebegini dapat mengingatkan bikers dengan kematian... Walaupun ajal maut di tangan tuhan secara umumnya bikers dan kematian memang sangat hampir...Ibarat mentimun melanggar luka dilanggar lagilah luka.


Bumi selatan Thai memang sentiasa panas....Kami sempat  bersembang dengan tentera yang kebetulan berada bersama konvoi kami.. Mereka sendiri musykil dengan keganasan yang dicetuskan.. Menurutnya rata rata penduduk berpuashati dengan pentadbiran sediada.. Motif sebenar serangan masih ;lagi misteri...

Diakhir pogram para bikers tidak melepaskan peluang bergambar mengabadikan kenangan di bumi Pattani...




InshaAllah akan ada lagi pogram sebegini dimasa akan datang di tempat lain pula...

2 comments:

  1. Menarik ! Teringin nak jelajah Thai terutama Pattani dengan motorsikal

    ReplyDelete
  2. Apa lagi Hazwan bersegeralah ke sana...Hehe banyak yang menarik..

    ReplyDelete