Thursday, October 23, 2014

Ride Unisza-Pattani...Jom Ke Selatan Thai ...

!9hb Oktober 2014.. Ahad.

Di Thai pemakaian topi keledar hanya diwajibkan kepada yang membawa saja..Pembonceng bebas memilih samada memakai atau tidak.. Penguatkuasaan juga sedikit longgar.. Satu motor boleh dinaiki lebih dari 3 penumpang dan tidak dikenakan denda walaupun lalu dihadapan pihak polis..

Dalam pogram kami yang diiringi polis kedua-dua pembawa dan pembonceng bebas untuk memilih...







Semoga penonggang motor memakai topi keledar lebih kepada tujuan keselamatan bukan takut didenda pihak penguasa..Untuk acara santai begini ok kot...


Hehe kekadang  kekuatan fizikal tidak mampu mengatasi kekuatan semangat...Setelah mengharungi perjalanan yang jauh disulami panas dan hujan keletihan pasti menghambat diri.. Pantang ada ruang dan peluang akan terlelaplah mata...

Jika semalam aturacara melibatkan penduduk tempatan.. Hari ini acara lebih santai.. Acara disusun dalam perjalanan balik ke Malaysia...

Dalam perjalanan balik ke Malaysia, para peserta dibawa melawat ke masjid-masjid bersejarah...




Di masjid Sultan Muzafar Shah  ini pernah tercetusnya peristiwa berdarah.. Jemaah diserang  sewaktu sedang bersolat  subuh,  oleh penyerang tidak dikenali..


Kesan-kesan tembakan masih jelas kelihatan di dinding-dinding masjid..

Kami juga dibawa ke masjid  bersejarah Al Husin di Telok Manang..(Hehe nama yang betul boleh zoom di papantanda masjid) berusia lebih 300 tahun...


Binaan masjid dari kayu yang mengekalkan ciri ciri binaan dan rekabentuk asal kekal kukuh sehingga kini..Masjid yang seangkatan dengannya juga boleh dilihat di tanahair iaitu Masjid Kg Laut .. Bezanya Masjid Kg Laut telah dipindahkan dari lokasi asal muara Sungai Kelantan ke Nilam Puri Kelantan...Kekerapan banjir telah merosakkan struktur binaan... Pemindahan dan pemuliharaan terpaksa dibuat untuk tatapan generasi akan datang...



Kelas kelas pengajian agama turut diadakan di sekolah yang didirikan bersebelahan dengan masjid bersejarah ini...


Kanak kanak bermain gasing sewaktu rehat ...



Anak anak yang belum bersekolah berkubang parit..Air parit yang masih jernih belum dicemari dengan kelodak lumpur atau sisa kilang  arus pembangunan..Hehe mengembalikan nostalgia silam.. Keseronokan yang tidak dinikmati oleh generasi terkini yang lebih sibuk dengan gajet gajet elektronik...

Peserta juga dibawa bersiar-siar sambil makan-makan...




Selatan Thai memang terkenal dengan makanan yang sedap...Selain tomyam dan menu lazim lain terdapat pelbagai menu yang pertama kali kami jumpa ...

Ulam-ulaman bagaikan snek disini..Makan begitu saja dengan pencicah yang enak lagi pedas...






Hah tak tau apa nama makanan ini...

Kerabu dari rumpai laut...




Kerabu betik muda nih...

Pergh kawan- kawan ..Jika inginkan kelainan ..Apa lagi.. Jomlah kita berkunjung lagi ke Selatan Thai... Banyak yang menarik di sana..

 Hehe Sawadikaap....

No comments:

Post a Comment