Ekspedisi hari ke 5 boleh di akses DISINI
Sebagai orang asing
adalah tidak adil menilai sesatu bandar
berdasarkan destinasi yang dipandu arah oleh gajet GPS.. Keadaan di sana tidak menggambarkan keseluruhan bandar.. Hotel yang kami duduki semalam berada di pinggiran
bandar rupanya.. lebih teruk berdekatan dengan pasar awam..Ibarat melawat KL
tapi dibawa ke kawasan Pasar Awam Chow kit. Jadi dapat bayangkanlah keadaan
serabutnya persekitaran. Apabila menuju ke Cerebon barulah gps menunjuk arah
pusat Bandar Semarang..Ok boleh tahan cantik
dan kemas juga…
Jalan menuju ke Cerebon pun boleh tahan cantik. Sawah padi terhampar dikiri kanan jalan.. Trafik seperti biasa lancar tapi sedikit sesak apabila melalui pekan pekan kecil.
Singgah sarapan pagi warong pinggiran jalan. Pengusaha pernah berkerja di Malaysia. Di Sungai Buluh Selangor katanya.
Harimau mati meninggalkan belang.. bikers mengembara meninggalkan sticker.. hehe.. Jangan lupa mencari stiker yang kami tampal seandainya kalian lalu dan singgah di warong ini nanti..Nama kami turut tertera di stiker itu.
Jarak harini dalam 230km saja .
Dengan keadaan jalan dan trafik yang baik sebelum 12 tengahari telah memasuki
daerah Cerebon. Menghampiri destinasi kami berpisah kepada dua
kumpulan. Peneraju kumpulan terpaksa membaiki motor beliau yang bermasalah
dengan klac bersama 2 peserta lain . Kami ke Cerebon berpandukan gps seorang lagi peserta.
Berkumpul semula di KFC Cerebon. Selesai makan terus menuju ke Hotel.
Kalau sebelum ini menginap dihotel bajet
harini hotel sedikit berbintang. Perlu sesekali memanjakan badan setelah saban
hari diperah tenaga dan keringat. Harga bilik boleh tahan mahal., Kalau semalam 3 bilik 740 ribu hari ini sebilik 740
ribu . Geram melihat air yang membiru di kolam renang. Sabar.. sesudah makan
nanti..kami akan berendam..
Melawat ke Keraton dan masjid warisan berusia lebih 500tahun.
Telaga ini juga berusia sama dengan masjid lebih 500 tahun
Maaf cakap . Luar perkarangan sangat
kotor dengan sampah sarap., tidak selayaknya kawasan istana dan masjid warisan sekotor
itu. Mungkin juga hariitu lebih kotor berbanding hari biasa. Kebetulan malam tadi
adalah malam Jumaat keliwon. Ramai jemaah berziarah sambil beriktikaf di masjid
pada malam itu.
Di Indonesia khususnya P. Jawa Jumaat Keliwon cukup signifikan kepada mereka kerana keistimewaan hari itu. Selain amalan keagamaan, banyak amalan ritual dibuat pada hari tersebut seperti memandikan senjata warisan keris tombak dll.
Mimbar di masjid..
Pedati di Istana..
Namun melihat kepada serba serbi barang warisan ditabur bunga dan minyak wangi timbul kemuskilan adakah sekadar ingin berwangi wangian atau mempunyai unsur lain..
Sesudah makan kembali
ke hotel. Ingatkan ingin berkubang dikolam renang.. Ermm hari dah larut
malam..Terus tidor saja. Hehe
Esok kami akan ke
Bogor.. Sering mendengar nama itu.. Tunggu laporan hari ke 7
No comments:
Post a Comment