Friday, April 3, 2015

Ekspedisi TransJava: Bogor-Sukabumi 350km


Ekspedisi hari ke 7 boleh dibaca di pautan ini Cerebon -Bogor

Sangkaan laluan semalam sudah cukup teruk.. Rupanya laluan harini lagi teruk. Jalan Bogor ke Banten berjarak hampir 130km lebih 70 peratus melalui jalan teruk.








Tidak hairan sebab keluar saja dari Bandar Bogor , GPS membawa kami ke laluan kuari. Bayangkan jalan yang rosak akibat dilalui oleh lori lori bermuatan bongkah batu  granit dan anak-anak batu dari sungai. Terbit kemusykilan ..adakah ini jalan utama ke Banten.., takkan jalan seteruk ini..rasanya ada jalan lain yang lebih bagus..


Minyak motor yang dibeli menggunakan botol. 


Betul... ketika berhenti digerai diberitahu jalan ini hanya digunakan penduduk setempat dan pengusaha kuari. Terdapat jalan yang lebih baik untuk ke Benten katanya lagi.. Inilah masalahnya bila terlalu bergantung kepada GPS ..Mungkin ini laluan terpantas...Yang bagusnya kita dapatlah meneroka tempat yang jarang dikunjungi dan boleh melihat sendiri sausana sebalik tabir sesatu tempat yang dilawati..                              




Kelihatan pekerja memecah batu secara manual.. Kerja memunggah batu ke dalam lori juga dilakukan secara manual. Hanya menggunakan tulang empat kerat , penukul dan penyodok .. Hebat hebat.. Sah.. pekerja bebas dari penyakit 3 serangkai.. Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung.. hehe.. Apa taknya,  hari -hari bermandi peluh, segala toksik dan lemak bisa dinyahkan dari anggota badan.

Sekitar tengahari tiba di Banten. Terus menuju ke masjid tertua di Banten. 

Beginilah rupa kawasan tumpuan disana. 






Jika dinilai secara luaran tiada yang istimewa disini..Biasa biasa saja.  Barangkali nilai sejarah masjid ini yang menarik minat orang ramai berkunjung ke sini...Peniaga-peniaga dengan barang dagangannya..Jurufoto bebas mencari pelanggan untuk mengabadikan foto...Yang memungut derma pun ramai...

Walaupun hari biasa pengunjung tetap ramai., bayangkan jika hujung minggu atau hari kelepasan am  Tapi sayang keadaan persekitaran daif dan tidak terpelihara...


Sebagaimana masjid lama di Jawa, terdapat kuburan orang alim di sana.. Diperhatikan pengunjung beratur untuk berada di beranda masjid untuk bertahlil yang dipimpin oleh orang tertentu...

Meneruskan perjalanan..

Setelah merentasi pelbagai daerah di Pulau Jawa, keadaan di Jawa Barat memang jauh ketinggalan dari segi arus pembangunan.  Walaupun di peta jalan yang kami lalu dari Banten- Malingping adalah jalan utama tapi keadaan dia perghhh..

Jalan merentasi pulau dari utara ke selatan...










Lebih 95 peratus jarak 70km berkeadaan rosak teruk.. Sebahagian jalan dalam proses baik pulih dan pembinaan semula..




Teruk tak teruk motor salah sorang peserta mengalamai kebocoran tayar..Bukan belakang bahkan tayar depan juga..Meminjam kata salah seorang peserta... "Memang Camel..!"... hehe mengingati pogram popular  tv  suatu masa dulu mengenai ekspedisi mencabar dalam Camel Throphy..



 Yang ini adalah gambar hiasan..Rakan motor yang tersungkur di Thailand...

.Malam itu seorang peserta tersungkur kerana termasuk lubang..mujur tiada kecederaan serius dialami..Tak dapat bayangkan jika kami membawa motor besar dari tanah air..Dengan keadaan jalan yang teruk..ditokok dengan kesesakan.. Tersangat yakin akan ramai peserta yang tersungkur.


Jangan terperanjat ok.. Penonggang wanita ini bermotorsikal dari Sukabumi- Banten- Sukabumi berjarak lebih 400km..! hah malu kami dengan mereka.. Setidaknya kami naik motor seorang sebuah.. mereka berboncengan. Malam itu penonggang ini menyertai konvoi  kerana disalah satu sektor perjalanan..laluan agak sunyi dan sering berlaku rompakan..

Cadangan asal kami bermalam di Pelabuhan Ratu berjarak 80km lagi ke Sukabumi.. Simpati dengan penonggang wanita ini yang terpaksa berada semula di Mukabumi kami meneruskan perjalanan juga. 

Jam satu pagi tiba di Sukabumi...


No comments:

Post a Comment