Saturday, December 19, 2015

Kembara Bumi Mesir -Bandar bersejarah Bath




Kami menyewa kereta ke Bath.  Selain penumpang  ramai , luggage juga banyak . Tidak berbaloi menaiki kenderaan awam.,   Ditempah secara atas talian..Sehari 70 Pound.. Disebabkan kereta tidak dikembalikan ditempat dimana diambil, tambahan 30 pound dikenakan ..  Sesudah Bath bercadang melalui Southamton-Brighton sebelum menuju destinasi akhir Gatwick… Flight ke Barcelona nanti adalah melalui Airport Gatwick..Menurut google maps perjalanan tidak jauh. Memang berkeinginan menaiki kereta untuk melihat pemandangan rentas negara sekurang-kurangnya sebahagian selatan UK.. Tidak berkesempatan semasa belajar dulu



Sesudah mengambil kereta , terus melawat Winsor Castle berjarak dalam 130km dari Kota London. Mengabadikan foto dan membeli cenderahati, meneruskan perjalanan ke Bath
Satu lagi bandar bersejarah ...

 Memandu dilebuhraya …Laluan bebas tol..Gaya pemanduan warga sana boleh tahan kasar…Sesetengahnya mencilok kiri kanan tanpa lampu isyarat.. Walaupun lebuhraya akan melalui bulatan-bulatan…Jika jalan susur terdapat juga lampu isyarat..Pantang  tersilap  akan ada yang membunyikan hon panjang









Keluar dari lebuh raya penunjuk arah waze membawa kami melalui laluan kecil..Jika sebelum ini takjub dengan kemajuan binaan terdahulu..hati mula cuak…Musykil bagaimana 150 tahun dahulu mereka telah berjaya membina terowong  didasar bumi..Di abad ini keadaan jalanraya negeri mereka ke Bath boleh dikatakan dhaif. Laluan dua lorong  lagi sempit.

Tiba di bandar bersejarah Bath

Walaupun bandar lama tapi bangunan kekal terpelihara kemas dan bersih..Takjub dengan seni binaan orang dahulu. Mereka  begitu teliti dan tekun membina bangunan-bangunan berbanding dengan orang sekarang yang mengambil sikap lebih kepada janji siap…Lihat saja Big Ben atau London Bridge …Teringin saja mengabadikan foto disegenap sudut..Sana cantik sini cantik situ cantik..






Yang seronoknya di UK ini umat islam ada di merata tempat…Di Bath juga terdapat pusat islam…Walaupun hanya bangunan kedai..bangunan ini dijadikan tempat untuk bersolat jumaat.. Kedai makanan   halal juga banyak di Bath..

Jam 3.30 petang mula meninggalkan Bath….Perlu bersegera untuk melalui jalan yang serba asing... Musim sejuk sausana cepat gelap. Sejam menuju  Southhampton hati bertambah gundah…Penunjuk arah waze membawa kami ke jalan-jalan sempit…berulang kali merujuk google maps…Betul laluan itu..Kami mengambil keputusan berpatah balik..Tak sanggup meredah kegelapan malam dilaluan sebegitu…Semakin muskil..adakah ini Britain yang telah mencapai kemajuan beratus tahun dahulu…

Berpatah balik ke Bath seterusnya memasuki lebuhraya sebagaimana mula datang tadi..Jam 9 malam tiba di  Gatewick..Hotel penginapan hanya 2km dari lapangan terbang… Penerbangan kami ke Barcelona esok jam 10 pagi..


 Kembara hari ke 3 boleh dibaca  DI SINI

No comments:

Post a Comment