Kami menyewa kereta ke Bath. Selain penumpang ramai , luggage juga banyak . Tidak berbaloi menaiki kenderaan awam., Ditempah secara atas talian..Sehari 70 Pound.. Disebabkan kereta tidak dikembalikan ditempat dimana diambil, tambahan 30 pound dikenakan .. Sesudah Bath bercadang melalui Southamton-Brighton sebelum menuju destinasi akhir Gatwick… Flight ke Barcelona nanti adalah melalui Airport Gatwick..Menurut google maps perjalanan tidak jauh. Memang berkeinginan menaiki kereta untuk melihat pemandangan rentas negara sekurang-kurangnya sebahagian selatan UK.. Tidak berkesempatan semasa belajar dulu
Sesudah mengambil kereta , terus melawat
Winsor Castle berjarak dalam 130km dari Kota London. Mengabadikan foto dan membeli cenderahati, meneruskan
perjalanan ke Bath
Satu lagi bandar bersejarah ...
Memandu dilebuhraya …Laluan bebas tol..Gaya pemanduan warga sana boleh tahan kasar…Sesetengahnya mencilok kiri kanan tanpa lampu isyarat.. Walaupun lebuhraya akan melalui bulatan-bulatan…Jika jalan susur terdapat juga lampu isyarat..Pantang tersilap akan ada yang membunyikan hon panjang
Keluar dari lebuh raya penunjuk arah waze membawa kami melalui laluan kecil..Jika sebelum ini takjub dengan kemajuan binaan terdahulu..hati mula cuak…Musykil bagaimana 150 tahun dahulu mereka telah berjaya membina terowong didasar bumi..Di abad ini keadaan jalanraya negeri mereka ke Bath boleh dikatakan dhaif. Laluan dua lorong lagi sempit.
Tiba di bandar bersejarah Bath
Walaupun bandar lama tapi bangunan kekal terpelihara kemas dan bersih..Takjub dengan seni binaan orang dahulu. Mereka begitu teliti dan tekun membina bangunan-bangunan berbanding dengan orang sekarang yang mengambil sikap lebih kepada janji siap…Lihat saja Big Ben atau London Bridge …Teringin saja mengabadikan foto disegenap sudut..Sana cantik sini cantik situ cantik..
Yang seronoknya di UK ini umat islam ada
di merata tempat…Di Bath juga terdapat pusat islam…Walaupun hanya bangunan
kedai..bangunan ini dijadikan tempat untuk bersolat jumaat.. Kedai makanan halal juga banyak di Bath..
Jam 3.30 petang mula meninggalkan Bath….Perlu
bersegera untuk melalui jalan yang serba asing... Musim sejuk sausana cepat
gelap. Sejam menuju Southhampton hati bertambah gundah…Penunjuk arah waze
membawa kami ke jalan-jalan sempit…berulang kali merujuk google maps…Betul
laluan itu..Kami mengambil keputusan berpatah balik..Tak sanggup meredah
kegelapan malam dilaluan sebegitu…Semakin muskil..adakah ini Britain yang
telah mencapai kemajuan beratus tahun dahulu…
Berpatah balik ke Bath seterusnya memasuki lebuhraya
sebagaimana mula datang tadi..Jam 9 malam tiba di Gatewick..Hotel penginapan hanya 2km dari
lapangan terbang… Penerbangan kami ke Barcelona esok jam 10 pagi..
Kembara hari ke 3 boleh dibaca DI SINI
|
Saturday, December 19, 2015
Kembara Bumi Mesir -Bandar bersejarah Bath
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
No comments:
Post a Comment