Sambil melepak di atas katil.., membuat bacaan lagi di internet tempat menarik untuk dilawati di Barcelona. Antara tersenarai pertunjukan air pancut di hadapan bangunan Muzium Nasional Barcelona ...
Bermula 7 mlm. Sedang elok…Makan sudah..membersih pakaian sudah …Badan pun tak
berapa letih jadi bersiap dan terus saja
ke sana. Rumah penginapan pula sangat hampir dengan stesen metro…Sebagaimana di
London, di Barcelona juga terdapat keretapi bawah tanah …Pakej tiket yang
berbeza…di London terdapat harga
siling..di Barcelona cuma diberi kad
diskaun …
Tempat pertunjukan juga tidak jauh dari rumah hanya melepasi
dua stesen metro…Andaian asal jika termasuk
dalam senarai ' mesti tengok' mestilah pertunjukan yang
menakjubkan..rupanya hambar …pencahayaan bangunan persekitaran juga tidak membangkitkan mood…Terasa suram…Tidak sebagaimana lawatan ke Guanzhou China dulu…Terkejut melihat keadaan bangunan yang
biasa-biasa bertukar
luarbiasa dimalam hari bila dihias dengan lampu berwarna warni…
.
Beredar tanpa menunggu pertunjukan selesai. Membeli cenderahati dari peniaga tanpa lesen asean terutamanya Bangladesh yang ramai di sepanjang laluan ke dataran. Orang Bangladesh ni memang ada di mana-mana..Barang jualan dipamerkan diatas kain hamparan untuk memudahkan mereka lari bersama barang jualan apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.Uniknya mereka menggunakan kain alas berwarna putih...Walaupun tanpa lesen kelihatan seragam dan tersusun .
Jika tadi pertunjukan hambar...Dalam perjalanan balik dapat menyaksikan pertunjukan anak-anak muda menari ala-ala breakdance...Aksi aksi menari pelbagai gaya yang bukan sebarangan orang mampu melakukannya. Aktiviti yang ok untuk menghangatkan kesejukan malam selain menjana duit tambahan.
Esok kami akan meronda bandar Barcelona pula...Harap harap senaraian tempat menarik sememangnya menarik....
Coretan terakhir London boleh dibaca DI SINI
No comments:
Post a Comment