Untuk menikmat pemandangan Barcelona seeloknya menaiki bas Hop on Hop off..Bas ini akan melalui
kawasan tumpuan pelancong. Terpulang kepada pengunjung samada ingin turun atau
sebaliknya. Pakej sehari tanpa limit 52 Euro seorang…Jika menggunakan tren
bawah tanah tiket lebih murah tapi pengunjung tidak berpeluang melihat
pemandangan persekitaran.
Menariknya bandar-bandar di Eropah ni., terdapat banyak
bangunan-bangunan lama yang mempunyai ciri binaan unik... Ditambah dengan
persekitaran yang kemas lagi bersih…Rasa tak puas mata memandang…Memang cemburu
melihat kebersihan bandar disini…Kerja
pembersihan sentiasa ada namun tidaklah begitu teruk kerana sikap masyarakat
yang tidak sesukahati membuang sampah merata
.
Familia La Sagrada...Destinasi wajib Barcelona. |
Di Barcelona mendapatkan makanan halal adalah mudah …Banyak kedai turki
maupun arab yang menyajikan hidangan halal…walaupun sesetengah kedai terdapat
juga yang menjual minuman keras..Sekiranya ke tempat serba asing..tips mudah google saja Muslim Community
Centre/ Mosque..jika tersenarai lokasi selalunya di kawasan itu akan banyak
restoran halal. Masjid boleh dikunjungi
berdekatan dengan Las Ramblas
Street..Kawasan pejalan kaki yang popular di Barcelona…
Apabila berada dibandar eropah berhati hati dengan
barang berharga anda …Barang-barang berharga hendaklah disimpan ditempat
selamat…Sebagaimana insiden terhadap anak kami bilamana beg sandang diselok pencopet sewaktu
menaiki tren bawah tanah…Mujur di sedari
dan tiada barang berharga disitu …
Barcelona tidak besar..Hari kedua habis melawat tempat tempat menarik berpandukan senaraian
google. Hari ketiga melawat Pasar awam berdekatan Las Ramblas Street dan petangnya ke Taman Warisan Dunia Park Guell yang tidak jauh dari penginapan kami..…
Pasar awam Marvelous...!
Pasar awam Marvelous...!
Secara peribadi lawatan ke taman warisan indah khabar dari rupa..Entah kriteria apa yang melayakkan tersenarai sebagai taman warisan dunia…Taman hasil rekaan Arkitek sama yang merekabentuk La Familia Sagrada..
Esok kami membuat lawatan di luar Barcelona..Sesudah itu
akan menyambung kembara ke Cairo…
No comments:
Post a Comment