Sebagaimana tulisan terdahulu jika melawat Cairo untuk
keindahan dan kedamaian elok lupakan lah…Tapi jika inginkan kelainan dan
menjejaki sejarah silam di sinilah tempatnya…Walaupun beribu tahun peristiwa
berlalu banyak kesan sejarah yang masih utuh dan boleh dilihat dengan
jelas .
Hari kedua kami melawat beberapa tempat bersejarah..Dimulai dengan kubu Salehudin al Ayubi…Kubu yang dibina dilokasi strategik di atas bukit untuk mempertahankan Cairo dari musuh luar..Dari sini boleh melihat panorama Cairo..Di sana terdapat muzium polis dan tentera…Juga masjid-masjid yang dibina oleh dua Sultan di era berbeza yang kini dijadikan muzium..Salah satu masjid mirip kepada masjid biru di Turki.
Melawat muzium yang menempatkan mumia Firaun dan koleksi beliau..Bayaran masuk ke Muzium 75 Pound Mesir . Untuk memasuki ruang pameran mumia dikenakan lagi bayaran 100Pound. Disini boleh menyaksikan mumia Firaun dan ahli keluarga. Mumia berusia ribuan tahun masih dalam keadaan baik. Jika diruangan lain foto boleh diambil., dikawasan ini adalah kawasan larangan…Pegawai muzium sentiasa memerhati gelagat pengunjung.
Berpeluang melawat masjid yang diberitakan terbesar di benua Afrika…Sekadar binaan yang luas dengan tiada nilai estatika ...Bersebelahan terdapat pasar harian..Jika di Barcelona pasar awam tersangat indah disini tersangat kontras…Yang menarik perhatian adalah melihat alat timbangan…Betul betul klasik…Rupanya peralatan ini masih digunakan secara meluas di Mesir…
Bersolat jumaat di masjid Universiti tertua dunia Al Azhar sesudah itu mengunjungi makam Saidina Husin cucunda Nabi Muhamad SAW yang terletak di Masjid Husin..Bersebelahan saja dengan masjid Universiti Al Azhar…Makam ini hanya meyemadikan kepala Saidina Husin..Jasad beliau disemadikan di Iraq..Memang menarik jika menyelidiki terlebih dahulu latarbelakang tempat bersejarah sebelum lawatan...Disini terdapat pasar popular Al Khalili sementara menunggu bapak-bapak bersolat ibu ibu bolehlah berbelanja disini..
Masjid Al Husin |
Makam Saidina Husin... |
Pasar Al Khalili |
Disebelah malam menaiki bot di Sungai Nil.. Sekadar memenuhi syarat kunjungan. Tak begitu teruja . Persekitaran tersangat biasa-biasa ..Mengambil pakej yang paling singkat 30 minit dengan caj 20 Pound Mesir seorang…Di atas bot dapat melihat gelagat pengunjung arab melayan muzik-muzik tarian gelek sambil menari..Diperhatikan hampir keseluruhan warga Mesir sememangnya amat meminati tarian.gelek …Tidak hairanlah tarian gelek sangat popular di Mesir..
Di dalam perjalanan ke tempat dinyatakan berkunjung ke Makam Anwar Sadat presiden Mesir ke 3 yang mati ditembak ketika menghadiri perbarisan hari kemerdekaan Mesir..Makamnya berada bertentangan dengan pentas perbarisan di mana dia ditembak…Satu satunya makam yang berada disini.. Kubur dikawal pengawal …Dengan pakaian seragam merah hitam teringat pengawal di Bungkingham Palace…Sangat percaya dimasa akan datang pengunjung akan diperiksa selain akan dikenakan bayaran…
Di Mesir semua
tempat kunjungan awam termasuk pusat
beli belah utama akan melalui
pemeriksaan rapi sebagaimana di
lapangan terbang..Beg-beg dan individu dikhendaki melalui imbasan
X- ray. Inilah akibat apabila
negara sering bergolak..Pergerakan orangramai sentiasa dicurigai.. Tentera-tentera masih ditempatkan
di lokasi stategik..di seluruh Cairo bahkan Mesir..Apakah kita tidak bersyukur
negara kita masih aman…?
Esok kami akan melawat lagi tempat bersejarah lagi…Tasik
Qarun juga tinggalan istana Qarun…Juga melihat satu lagi keajaiban dunia air
terjun digurun pasir dan mengakhiri lawatan esok melawat tinggalan Kincir air
Nabi yusuf…
Coretan Hari Pertama dan ke 2 Cairo boleh dibaca DISINI
Coretan Hari Pertama dan ke 2 Cairo boleh dibaca DISINI
No comments:
Post a Comment