Saturday, January 2, 2016

Kembara Mesir 2015- Melawat keajaiban dunia...



Tup tp tup tap habis sudah lawatan Barcelona..4H6M memadai berada di sini..Lebih dari itu bosan mula menerjah ..Seawal 7 pagi telah meninggalkan penginapan..menaiki teksi ke airport…Teksi mudah diperolehi…Walaupun berkomunikasi  ibarat ayam dan itik..misi terlaksana…tak perlu risau tawar menawar tambang sebab caj berpandukan meter..sebagaimana datang caj lebih kurang sama dalam 40 euro…Menariknya teksi di sini kesemuanya  baru dan berkilat seperti baru keluar dari spa…

Sementara menunggu  daftar masuk pergi ke kaunter kastam untuk menuntut semula VAT…cukai seangkatan dengan GST …Jika di tanahair GST 6 persen pelbagai tuduhan dilemparkan  kepada pemerintah.. Di  eropah mereka mengenakan VAT 20 persen..! Vat boleh dituntut  apabila meninggalkan mana-mana  negara kesatuan eropah selagi  tidak tinggal  melebihi 2 minggu ..…Kami hampa kerana tidak memenuhi syarat tuntutan.. tempoh tidak lebih 2 minggu ok. Nilai belian dalam sesatu resit juga layak...tapi  notis tuntutan  perlu disahkan oleh pekedai …Kesemua resit kami tiada cop pekedai..jadi tak boleh membuat tuntutan…Kami pengunjung novis manalah tau semua itu..

Menaiki  Aegian Air ke Cairo.. transit 8 jam di Athen …sengaja memilih cara ini..Kami tiada kekangan masa..selain mendapatkan harga tiket terbaik kami  ingin melihat sausana baru di negara berbeza..2 pagi tiba di Cairo..Ustaz sudah sedia menunggu. Jika di London dan Barcelona kami membawa haluan sendiri..di Mesir kami menggunakan khidmat jurupandu  pelajar Malaysia. Serahkan saja kepada mereka untuk mengatur iterinari  sepanjang 10 hari di sana.
















Menginap di Rumah Kedah. Blok penginapan pelajar Kedah berdekatan dengan Universiti Al Azhar…Keadaan ok sangat luas…Apartmen 3 bilik di tingkat 11 dilengkapi  bilik dan  ruang tamu dapor yang sangat luas.. Lebih dari memadai untuk kami berlima…Berlima sebab anak yang menuntut di Alexandaria akan ikut serta  sepanjang pengembaraan Mesir ini. Cuma kebersihan sedikit kurang…Berbanding dengan apartmen Barcelona bagai pucok dengan  akar ...Akan bermalam di sini selama 4 hari  sementara meronda sekitar Cairo…

Hari pertama di bumi mesir...Mujur ada membuat persiapan minda...Anak dan rakan-rakan  memberitahu akan keserabutan Cairo...Nah  apa yang diperkatakan kini terhidang didepan mata... Jauh berbeza dengan pemandangan eropah...



Memang pilihan  tepat mengambil khidmat jurupandu...Di jalanraya siapa berani akan menang...Lori, bas, kereta, tut-tut..kereta kuda ,keldai,  bahkan di sesetengah tempat unta berkongsi jalan yang sama.. Hon, brek dan lampu high beam sama penting.....Selagi boleh menyelit akan menyelit walaupun ruangan  sempit..Memotong Q kiri kanan itu  biasa. Kenderaan awam memberhentikan kenderaan ditengah  jalan untuk mengambil atau menurunkan penumpang juga biasa..Mengundur jika terlepas simpang itu biasa...Pejalan kaki selamba melintas jalan yang sibuk..,pemandu  perlu mengelak itu biasa ..Memandu berlawanan arah untuk jalan pintas juga biasa...Yang musykilnya tidak pulak tersenarai antara negara yang mengalami kemalangan tertinggi dunia...









Sebagaimana solat tidak sah tanpa wuduk..berkunjung ke Mesir juga dianggap batal/tidak sah jika tidak melawat piramid  . Jadi hari pertama terus saja ke sana..Pengunjung luar dikenakan bayaran 70 Pound Mesir bersamaan RM35..Kanak-kanak atau pelajar separuh harga...Mungkin disebabkan bukan hujung minggu pengunjung tidak begitu ramai. Mencari tempat untuk berposing tiada masalah..
















Walaupun tersenarai salah satu 7 keajaiban dunia dan sentiasa dikunjungi pengunjung pelusuk dunia...persekitaran seolah tak terurus..Gerai-gerai jualan main pacak-pacak saja...



Secara peribadi Cairo sesuai untuk pengunjung yang inginkan kelainan..Jika ke sana untuk bersantai sambil menenangkan jiwa...Ermm rasa bukan tempatnya kot...

Ikuti coretan lagi di entry akan datang

Coretan hari terakhir Barcelona  boleh dibaca DI SINI



2 comments:

  1. Seronok juga dapat melawat tempat orang walaupun keseronokan itu tak mungkin bertahan sekiranya terlalu lama berada di sana...

    Rumah sendiri juga tetap selesa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betol Kakcik...melawat sesatu tempat untuk merasai sausana baru..sesudah itu ingin saja beredar...

      Delete