Lokasi Hulu Dungun. Sejam setengah perjalanan dari Kuala Trengganu...Jika menggunakan LPT keluar di exit Bukit Besi kemudian menuju ke Ajil mengikuti jalan lama.. Dari simpang jalan utama Bukit Besi-Ajil perlu memandu 35km lagi.
Dari kejauhan boleh melihat air terjun Chemerong
Menurut nota yang disediakan ...Air Terjun Chemerong adalah tertinggi di Malaysia...Ada juga terbaca tertinggi di asia...Mungkin tertinggi menurut kategori tertentu.. Kategori mengalir dari ketinggian yang tinggi barangkali..
Jika air terjun dari tebing yang tinggi rasanya Air Terjun Sandang Gile atau Teo Kalep Lombok Indonesia lagi tinggi...
Air terjun Teo Kalep
Air terjun Sandang Gile...
Untuk sampai ke kawasan air terjun tertinggi perlu mendaki sejam pendakian.
Gunung ini antara puncak yang sering didaki oleh pendaki gunung
Memasuki kawasan hutan lipur Chemerong dikenakn bayaran rm2 seorang...Jika ingin mendaki dikenakan bayaran rm5...Maklumat terkini jika ingin mendaki gunung perlu ditemani tour guide. Untuk memudahkan bantuan jika sesuatu tidak diingini terjadi..Disamping itu dapat memastikan pendaki menjaga etika di gunung terutama aspek menjaga kebersihan taman.
Kawasan rekreasi di kaki gunung terpelihara..Prasarana memuaskan.
Gerai makan ada..tempat persalinan bersih..khidmat sewa pelampong pun ada..
Jika keberatan mendaki ke puncak...berkunjung saja air terjun di kaki gunung..Rendah saja..Terdapat kemudahan tempat perkhemahan...wakaf.. juga bekalan air bersih..
Air yang jernih lagi dingin...
Jomlah apa lagi.. Ajaklah keluarga atau teman-teman berkunjung ke sini menikmati keindahan alam .
No comments:
Post a Comment