Wednesday, October 19, 2016

Lombok Bali-Pantai Areguling dan Kute

19hb Sept 2016 Hari terakhir  di Lombok..

Majoriti masyarakat Lombok berketurunan sasak...Melawat  rumah tradisi mereka di selatan Lombok.. Keunikan rumah tradisi dibina berdinding dan berbumbungkan  lalang  dan buluh..lantai pula dari adunan tanah liat dan taik lembu.. .







Berpeluang juga melihat aktiviti tradisional menenun  dan membuat tembikar...Tertarik dengan tenunan samping. Berpandukan motto Biar menyesal membeli daripada menyesal tidak membeli,maka bertukar tangan duit 300 ribu dan kain sampin..Lagipun harini hari terakhir..sebelum ini memang tiada membeli apa-apa buah tangan lagi.



Sesudah itu menuju ke Pantai Areguling dan Pantai Kute...Mat salleh juga ramai...Diperhatikan ramai mat salleh yang telah bermastsutin di sini...Dimaklumankan rumah-rumah di puncak bukit itu kebanyakannya dimiliki oleh warga asing..Berbanding kawasan barat ternyata prasaran di kawasan pantai  di selatan  tidak begitu baik...



 Di Pantai Areguling dan Kute ramai pedagang jalanan...Kelihatan peniaga kanak-kanak  begitu yakin berjual dengan pengunjung termasuk  Mat salleh...Mereka menjual buah-buahan..cenderahati juga pakaian...Mereka akan berkerumun  sekiranya kita menunjuk minat untuk membeli.Di pantai ini ternyata barangan mereka lebih murah...Kain sampin yang dibeli di rumah tradisi tadi hanya berharga 150k disini ...






Inilah antara aktiviti penduduk tempatan di pantai...bermain terup.. Untuk mengujakan lagi permainan..siapa yang kalah akan digantung pemberat ditelinga..

Memandangkan hari masih muda hasrat melihat matahari terbenam dibatalkan..Tak sanggup menunggu lebih lama...Sekembali ke Mataram menyinggah ke lombong emas... Lombong emas terbuka...Kelihatan lori-lori  kecil mengangkut tanah dan batuan ke halaman rumah penduduk setempat  untuk proses pemisahan emas mentah. Teruja melihat penduduk kampong menggunakan kaedah tradisional memisahkan deposit emas mentah dari batuan. Ternyata bukan kerja mudah, Melihat kepada hasil diperolehi, hanya yang cekal mampu membuat kerja ini.



Kembali bermalam di Mataram...

20 Sept 2016..

Dah tak sabar kembali ke tanah air...Cukuplah ekspedisi kali ini..10H8m...Kos keseluruhan tak termasuk oleh- oleh dalam RM 1620 seorang...Untuk tempoh tersebut dapat melawat Bali dan Lombok rasanya sangat berbaloi...

Namun untuk grup yang kecil adalah lebih puashati jika dapat menguruskan sendiri urusan penginapan  ..makanan dan jadual lawatan...  Kenderaan bersama pemandu saja perlu disewa   Kita tiada masalah komunikasi dengan penduduk setempat..Pemandu kenderaan boleh bertindak sebagai  jurupandu..Lagipun Lombok dan Bali taklah sebesar mana.. Dengan cara ini kos boleh lagi dijimatkan selain lebih memenuhi citarasa kita.

Secara keseluruhan lawatan..Kira boleh lahh..

Sehingga bertemu lagi dilain ekspedisi..

No comments:

Post a Comment